Wednesday, December 23, 2009

~sanah helwa~

Bismillahirahmanirahim..
Salamualaikum wbt..

Alhamdulilah semalam 22 disember 09 genap sudah umur ida yang ke-23,1986-2009 selayaknya ida berterima kasih pada bonda tersayang kerana telah melahirkan dan membesarkan ida dengan penuh tangungjawab.Tanpa dia ida mungkin tiada di dunia ini....terima kasih mak...luv u so much.

walaupun ulangtahun ida tahun ni agak di sedih kerana berdepan dengan beberapa masalah yang masih belum selesai,tetapi ida tetap bersyukur kerana masih di pinjamkan nyawa oleh Allah untuk terus hidup...Doakan ida....

Terima kasih juga pada sahabat2 yang mengucapkan selamat,tak kira jauh mahupun dekat,moga Allah merahmati kalian sehingga ke akhirnya.

selamat ulangtahun ke 23
~22 dec 09~
5 muharam 1431
sekian dlu...
sayang semua..!
wasalam.,

Monday, December 7, 2009

~walimah saya~

maaf tajuk di atas tidak kena mengena dengan entry ida di bawah serta diri ida
saja nak ganggu emosi orang2 tertentu..hehe ampunn jangan marah ya.. ! lalalala~
Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt..

Alhamdulilah,selesai sudah imtihan qosos qurani semalam,tu imtihan sani,hanya tinggal menunggu imtihan nihaie(final exam) pula yang bakal menyusul awal januari nanti,tinggal satu lagi madah untuk menyudahkan fatrah imtihan sani ni,madah usul iqtisod islami baru saja tahdid tarikh imtihan sani semalam,insyaAllah kurang dari 2 minggu dari sekarang akan mulanya imtihan usul iqtisod.Seterusnya menamatkan terus imtihan sani terakhir ida di jamiah ni...Allahuma aminn...Harap dapat doakan ida serta kawan yang lain juga.Debaran tetap terus ada,risau tetap ada,bagi kawan2 yang dah biasa tinggal di negara arab atau bermuamalah dengan arab sudah tentu faham suluk orang arab ni.Hari ni mungkin mereka kata kita adalah bakal graduan,sebulan lagi mungkin mereka akan cakap,tunda ke semester depan,nauzubillah dari perkara2 ni..apa2 pun sama2 doa moga di jauhkan dari perkara2 sebegini..Doakan....

Bagi madah Qosos Qurani ni mungkin ida akan merindui untuk belajar lagi madah ni,seronok sangat bila dapat belajar madah ni,antaranya kisah2 nabi(hehe cam budak2),dan hikmah di sebalik kejadian al quran,antara lain pulak,kisah2 israeliyat yang banyak sangat di tokok tambah.Mungkin sebab best baca kitab tu kut,apapun kita tak leh baca hanya dengan satu kitab sahaja untuk terus membuat kesimpulan,perlu ada juga kitab2 sampingan yang lain serta merujuk tafsir2 yang telah sedia ada.


ni kitab yang di gunakan,saje nak promote dengan kawan2,insyaAllah banyak di jual di kedai2 buku di sini,bagi kawan2 yang duk kat jordan ni,anda boleh di cari di kedai2 buku di jamiah sendiri,atau maktabah2 di amman atau seluruh Jordan.InsyaAllah pasti bertemu.. Jika nak tengok dengan lebih jelas lagi boleh klik pada gamba terus. tajuk bukuk qosos Al Quran Al karim,tulisan Ust Doc Fadhil Hassan Abbas,keluaran Darul Nafais ,Al urdun.., Bagi kawan2 yang kat di Mesir,ida tak berapa pasti sangat sama ada atau tidak Kitab ni,tapi insyaAllah anda boleh cari di Madradh kutub yang di adakan setiap tahun.Jangan lupa singgah di gerai Darul Nafais ni,banyak kitab2 dari bumi syam boleh di dapati.. hehe tak pasal2 promosi free2 je maktabah ni...cukup dulu cerita pasal buku..lain kali sambung lagi..
MySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpace

Musim sejuk di bumi syam ni pon sudah mula menunjukkan tanda2 cuaca makin sejuk..Tak sabar nak tunggu salji turun,..boleh tak kalo tak nak sejuk,tapi nak salji turun?mustahilkan bagi manusia...tapi tak mustahil bagi Allah..,Banyak2 musim ida paling suka hujung musim luruh hingga masuk musim panas.cuacanya tak terlampau panas dan berangin lebih kurang macam cuaca kat mesia.hehehe....,ida suka musim ni sebab tak perlu pakai tebal2 cam beruang kutub atau macam sleeping beg bergerak.dan tak perlu bersejuk-sejukkan.... tak perlu memakai stokin berlapis2 dan tak perlu nak nak pakai snow cap walaupun duduk di dalam bilik.. aha......! dan yang paling penting tak perlu study di dalam selimut yang tebal yang sangat berisiko untuk ke bulan (tidoz) dalam tak sedar... apapun musim sejuk macam ni takkan ada di mesia,melainkan pada musim hujan..hehehe... apapun semua ni jadi kenangan yang paling indah bagi ida sepanjang menuntut di bumi syam ni.
~~~teringin nak pergi Madinah~~camna ya cuacanya bila musim sejuk?MySpace

Antara musim panas dan sejuk,di situ banyak sangat perbezaan,perkataan pun dah berbezakan,sejuk-badan jadi beruang-kulit jadi puteh(ye ke?)hehe -best tido-malam panjang-makan banyak...... manakala musim panas-tak yah pakai tebal-kulit jadi gelap-susah tido malam sebab panas-makan sikit jer sebab tak lalu..(ye ke),itu orang lainlah,tapi ida ni sentiasa je berselera makan tak kire musim apapun,tak kire sedih atau gembira. dlu kat kampung selalu cakap "time tengah sihat ni la nak makan" nanti dah sakit dah tak selera takut kempunan pulak..hehe tapi jangan pakai sangat teori mak ni..hehe mak gurau je.."tekanang kek kampuang",amakkk tunggu milah baliak yo mak......saje je tu ayat tambahan,bila masa pulak den jadi milah ni..hihihi

Harini ida sangat za`lan(marah) manja dengan pemanas ni lalala~, atau di panggil sobba,sebab dia telah membuatkan stokin yang tak berdosa ini terbakar,atau membentuk satu bulatan kecil ...hehe kesian pulak sobba di salahkan..ish..ish.... salah diri sendiri sebab kusyuk sangat duk julur kaki di sobba,sobba tak bersalah sebab ini bukan kejadian pertama melibatkan stokin tak berdosa terbakar,hehehe....moralnya jangan julur kaki dekat2 lagi dalam sobba.Walaupun ada tadfiah markazi dalam bilik ni,tapi itu tak cukup untuk menampung kesejukkan di musim sejuk ni.Tadfiah ni pon sejenis pemanas juga,tapi tak bahaya seperti sobba ni.Tadfiah ni tak guna gas seperti sobba ni.Dan tadfiah ni berfungsi ikut sistem (markazi),bila di nyalakan satu hostel turun nyala.Manakala sobba ni,terpulang pada individu sama ada nak nyalakan atau tidak.MANUal,gunakan gas,dan sangat berisiko.Bagi kawan2 yang biasa guna sobba ni mesti tahu risikonya,bahaya jika tidak di tutup semasa kita tidur.dan bagi yang gunakan pemanas elektrik pula,tak ada risiko nya kecuali kenalah bersedia jika bil elektrik melambung di musim sejuk ni..Apapun 2 benda ni tak dapat jumpa di mesia..aha....~rasa cam nak pemanas yang macam kat jepun tu la,ade meja..apa ek nama die..?hehehe
ni nama dia tadfiah markazi dan dibawanya tu SOBBA

Tu belum cerita pasal air lagi...sejuk..mandi tak mandi....dan macam2 lagi.Yang tu tak yah cerita la..hehe sebab isu sensitif bagi orang malaysia yang duduk di negara 4 musim ni.Baik di negara arab,negara omputeh,negara mata kecik.. Malaysia juga tanah air tercinta.Ada air terjun,ade sungai Klang,ada Pantai2 yang cantik,ade MAKANAN yang sangat sedap,dan macam-macam lagi.Tapi ade juga benda yang tak da di mesia dan ada di negara orang.apapun setiap negara masing sudah pasti ada lebih dan kurangnya.Apapun kita kena hormat uruf masyarakat di negara kita pergi tu,serta kumpul sebanyak mungkin pengalaman yang bermanfaat.Moga musafir kita ke negara orang tak menjadi sia-sia. aminnn

Rasanya cukup sampai sini dulu ida cerita,nanti kita sambung cerita lain pula.oh ya sambil2 tu jum layan gamba2 ni, akhir kalam dari ida,selamat menyambut tahun baru hijrah 1431,serta tahun baru 2010..moga setiap langkah kita sentiasa di redhai Allah.Masa yang berlalu tak mungkin dapat kembali.Yang berlalu biarkan ia berlalu,moga tabah menghadapi ranjau yang bakal tiba .LUpa kebaikan kita pada orang dan ingatlah keBaikkan orang pada kita,Moga Allah merahmati kita semua.

sayang semua!






wassalam..

Sunday, November 29, 2009

~jum MErapu~

Bismillahirahmanirahim
salamualaikum wbt...

Salam eiduladhah al-Mubarak buat semua muslimin dan muslimat di muka bumi Allah.Dan buat para hujaj,moga antum mendapat haji yang mabrur,insyaAllah.
Alhamdulilah sudah masuk 5 kali ida beraya di perantauan (eiduladhah+eidulfitri),baru 5 kali ..hehe,orang lain lagi dah banyak kali (ye ke??)mudahan-mudahan,tahun akan datang ida dapatla beraya dengan family tercinta pula,ameenn.....
Tak tahu nak cerita apa harini,tapi nak menaip juga cam biasa,maklumlah jamiah cuti,takkan nak pie skola sengsorang plak.Boringla pula kalau tak pie skola,tapi kalo pie skola pulak rasa nak cepat2 cuti...lalalala~~MySpace

Berdebar.....
Makin pantas masa berlalu,dah nak masuk bulan disember dan tak lama lagi awal muharam....
Berdebar ida rasakan sebab tak lama lagi semester ni nak berakhir,insyaAllah final exam bermula pada 10 januariMySpace ,tapi ida dah mula da exam dari sekarang bagi madah tilawah&hifz,tu yang berdebar sangat ni,ni adalah fasal penentu...hati dah rasa nak balik sangat,tapi takmo fikir sangat pasal balik ni,selagi tak bertebuk hawiyah jamiah(kad matrik),selagi tu lah ida tak leh katakan ida akan balik.Apapun pada Allah kita bermohon moga di permudahkan segala urusan..
Apa yang ada di hadapan sekarang tu lah yang kita kena hadapi dahulu.Sekarang dalam fatrah imtihan sani,dah mula kembali sibuk balik cam biasa.. kelas,study,ngapal...dan macam2 lagi....
mujahadah melawan kesejukkan syita`,kemalasan....kemengantukkan mata....kecepatan kelaparan.... hehe...macam2 lagi...MySpaceMySpace

Apapun tak saba menanti salji turun...waaa.....moga2 tahun ni ada peluang bermain salji lagi buat kali terakhir..amennn..



Berdebar lagi....MySpace

berdebar yang satu lagi ni bila masuk disember ialah ulang tahun kelahiran ida...Bedebar sebab angka umur makin bertambah..hihi...berdebar tau,makin hari makin dekat dengan mati.....
bab ni ida tak mo tulis banyak2,sebab mesti semua orang dah tahu menda yang realiti ni,yang tak dapat di nafikan atau mengikarkan.Moga Allah panjangkan umur ida,agar di beri peluang untuk terus berkhidmat dengan orang tua ida...amenn

kat sini ida nak kongsi lagu dari Yasin,bila di hayati lirik lagunya sangat menyentuh hati,seorang hamba yang mencari cinta abadi dariNya,seorang hamba yang meluahkan rasa cintanya pada yg Esa,...itu pada padangan ida,tapi terpulang pada orang lain untuk menafsirkan maksud di sebalik lagu ni... MySpace


Rindu PadaMu
Artist: yasin

Tiada sehari yang berlalu

Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakanKasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna
Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu
Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi
Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu

Jika seluruh cinta tu dapat di berikan sepenuhnya pada pemilik cinta,pada tiada yang kecewa dan berputus asa.Tapi siapa kita untuk di gelarkan ma`sum,melainkan utusanNYA.Tiada juga manusia takkan lari dari melakukan kesilapan.Dan tiada juga manusia akan lepas dari di Uji,kerana tu adalah cara Allah menunjukkan sayangNya dan perhatianNya dia pada hambaNya..
Fitrah manusia yang kadang kala sukar menerima segala ketentuan bila berputus harapan dari sesamanya, jalan yang paling adalah kita perlu tanamkan keyakinan tu padaNya kerana kasih sayang Allah itu tidak pernah putus.HambaNya sahaja yang selalu melupai pencipta kasih sayang ini..... terima kasih Allah kerana mengurniakan kami nikmat Islam...
hihihihi.....jiwangnyaa....(sambil cuba memerahkan muka walaupun tak merah2)MySpace ntah apa2 lah merapu kerapu harini..,tapi wat tak tahu je la,ni blog peribadi ida,jadi boleh la ida tulis apa-apa je kan.. cuma kalau yang terlampau privacy je ida takkan share kat sini.Jadi terpulang pada sapa2 je nak baca , taknak baca pon tak pe. tak perlu memberatkan fikiran anda..MySpace
Rasanya cukup sampai sini dlu ida merapu untuk harini.....moga kebahagian menjadi milik kita semua... MySpace



sayang semua!


wassalam.



Friday, November 20, 2009

~aduhai imtihan sirah~

Bismillahirahmanirahim...
salamualaikum wbt...

tangan dah mula tak duduk diam,nak usik2 laptop...yeah akhirnya masuk blog,tulis open dairy kat sini.mencari mood nak study...mujahadah lawan kedinginan sejuk,kemengantukan mata dan keresahan untuk harini yang sedikit menganggu perasaan...
kesal...emo...dengan perkara yang berlaku(feel madi),bukan nak mengungkit apa yang dah berlaku tapi macam yang ida tulis tu "kesal".
hari yang kebetulan ida demam tu ade 2 paper untuk imtihan awal,alhamdulilah bagi paper usul iqtisod tu,doc dah pon bagi rukhsoh untuk takmili,atau amik balik imtihan tu,tapi bagi paper sirah tu,sampai sekarang doc tak bagi lagi amik balik di sebabkan ida tak ada surat dari pihak hospital...
dah 2 kali pergi rujuk dengan doc,di bantu pula dengan musyrifah yang temankan ida ke hospital tu bagi mengukuhkan hujah,tapi doc masih berkeras dengan pendirian dia,"tak de surat,xde imtihan"...
dengan keadaan diri yang masih belum sihat sepenuhnya bercakap dengan doc,terbatuk2....
adakah doc masih tak percayakan ida??
sedangkan dia sempat cakap "salamatuki"....,dalam masa tu juga dia sempat mintak surat hospital....
Ya ALLAh, manalah ida nak cari surat tu,sedangkan beberapa hari sudah berlalu.
kenapa ida tak minta awal2 dari pihak hospital surat tu??
sebabnya sepanjang 4 thun lebih kat sini,tak penah lagi doc mintak surat hospital jika nak takmili imtihan.dan doc bagi madah satu lagi pon tak de masalah nak kasi ida takmili imtihan tu....,alhamdulilah dah selamat ambil pun.
kenapa tiba2 doc yang sirah ni tega dengan pendirian dia?(semua orang tahu doc ni syadid),tapikan takan la dalam masalah macamni tak leh nak tasamuh?sedangkan bukan kita minta untuk sakit....(Allahu yutika afiah doc 1000000000000000000000x)
tak tahu nak cakap camna lagi dengan doc,rasa kesal sebab tak dibenarkan imtihan takmili kerana tak ada surat spital...Dah masuk imtihan sani dah pun,tapi masih tak dapat sempurnakan imtihan awl tu,hanya satu madah..Ya Allah lembutkanlah hati "doc muhammad zu`bi " ni...

blurr tak tahu nak buat apa lagi untuk meyakinkan doc,sekarang hanya tinggal doa dan sebenar2 tawakal padaNYa moga di bukakan jalan untuk selesaikan masalah yang datang..
iya mungkin juga silap dari ida sebab tak amik surat tu awal2,cuma masa sakit tu ida ada cakap ngn musyrifah ida tolong mintakkan surat,tapi pihak hospital cakap,kene datang hari lain sebab mudir hospital tak de haritu untuk tanda tangan...jadi apa boleh buat...
takkan nak salahkan "sakit" pula.hmmmm kena belajar bersabar lagi ... "Allah bersama orang2 yang sabar kan?"...(menyedapkan hati sendiri)......

lawan bisikan syaitan yang selalu cuba menghidupkan api amarah dalam diri,yang selalu mahu menamatkan mujahadah dalam diri...yang sentiasa mahu menyesatkan manusia dalam apa juga keadaan...

sabar lah wahai diri yang kerdil....
"jangan alirkan air mata untuk perkara yang sia2"
لا تدمعيش يا عين....

sayang semua!
wasalam


""cejokk.....syitaaa~~"


Bismillahirahmanirahim..

Salamualikum wbt..

Alhamdulilah harini agak lapang sikit dan paling penting rajin 50% untuk meng"update" blog yang tak berapa nak best ni.macam biasa sekarang jam 4;16 am waktu jordan,mata dah tak boleh nak tido,sebab tadi dah tido ,lama betol tito.... dari jam 4.55 pm-12.30am,maklumlah jam 4.15 pm tu dah gelap,maghrib,macam biasa balik kelas,terus lena...kelas dari pagi sampai petang amat meletihkan,di tambah pulak dengan cuaca yang sejuk,sekarang dah masuk 7 darjah,dan tak hairan la kalo suhu persekitaran ni lebih sejuk berbanding peti sejuk.Tak perlu sejukkan air dalam peti sejuk,letakkan je air kat atas meja,itu pon dah cukup sejuk.hehe

kadang2 tu ,kesejukan tu leh sampai mencecah negetif darjah,pegi sekolah pon dah macam beruang kutub utara berjalan...musim berganti2,cukup 4 musim setahun dia pusing lagi,panas,sejuk,berangin,bunga....macam2 ade,sebab tu kat sini tak de pokok durian,manggis,mahupun duku...sebab tak sesuai....


Alhamdulilah sekarang dah masuk zulhijjah,ari selasa baru ni,adalah yang terakhir bagi jemaah haji dari jordan berangkat ke makkah,perjalanan dari jordan ke makkah mengambil masa lebih dari 24 jam,bergantung pada keadaan.. di kesempatan ini ida ingin mengucapkan "selamat menyambut aidiladha" dan semoga seluruh para jemaah haji semoga mendapat haji yang mabrur,ameen ...

kepada teman2 yang telah pon selamat sampai di makkah atau madinah,semoga antum di permudahkan perjalanan,moga sabar menanti giliran untuk melepasi sempadan jordan-saudi..hehe,(kesian bagi yang terpaksa menunggu lebih 3 jam untuk melepasi sempadan),sesungguhnya antum insan terpilih oleh Allah untuk menjadi tetamuNya..

untuk pengetahuan sempadan arab saudi dan jordan,tak jauh..dan tak mengambil masa yang lama,cuma perjalanan dari sempadan ke madinah dan makkah itu yang mengambil yang lama.itu kalo pakai bas la..kalo naik flight hanya sejam sahaja,sudah sampai kat Jeddah..hihi(cam ade pengalaman je... ),insyaAllah satu hari nanti kita semua akan sampai ke sana...ameenn..!


huhu sejuk tangan nak menaip...tapi nak menaip jugak,hmm tak tahu nak cite apa,sekarang dah masuk musim imtihan sani,ade juga imtihan yang dah tahdid sebelum eid,dah juga ade yang selepas eid,cuti kejap je,tak lama.sini pon dah mula rasa cam meriah pulak,sana sini duk alu2kan kedatangan zulhijjah.risalah2 pon dah mula di edarkan,kelebihan zulhijjah dan sebagainya...


rasanya kat Mesia pon dah mula cuti sekolah,bestnyer kalo dapat cuti cam kat mesia...hehe,tapi kalo cuti lama2 pon boring jugakkan,tak tahu apa nak buat.

oklah,rasanya dah tak da apa lagi nak cite,nak sambung belek buku sikit,,hehe...

bitaufiq pada semua kawan2 yang sedang imtihan,dan yang bakal imtihan...,insyaAllah moga di permudahkan Allah...

lain kali sambung cite lagi k...


sayang semua....

wasalam
لا تدمعيش يا عين

Monday, November 2, 2009

demam perantau 2

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt,

sambung lagi demam.....cukupkan 5 hari jumlah keseluruhan.
-suhu badan naik...lalala~~
-tak dapat g imtihan .(2 paper)
(usul iqtisod)+(sirah)
-tak dapat g skola...lala~~~


da....
wasalam

Thursday, October 29, 2009

demam perantau!

Bismillahirahmanirahim
salamualaikum wbt..

Alhamdulilah harini suhu badan dah beransur kurang,2 hari terbaring atas katil lantaran ketidak sehatan..hehe,bangun pon hanya untuk solat sahaja.Nak study apatah lagi,tak mampu nak buka buku.Ntah tak tahulah macamana boleh demam ni,kurang rehat ke,atau peralihan musim ke,kene hujan ke...al muhim masa dalam kelas 2 hari lepas ida dah rasa macam tak bez da masatu,mula dari pagi batuk sikit2 jer,penghujung kelas terakhir dah mula kerap batuk.huk2...tapi masih gagahkan diri juga nak pergi balad,tk sangka bila sampai jer hostel terus jer rasa cam lain.Cam biasalah ida akan tidur lepas isyak,kol 12 lebih bangun badan rase sejuk sangat,"hirom" yang 8 kg ni tak mampu nak hilangkan sejuk tu,ida tambah lagi dengan "toto" 2 kg.. pon sama juga tak dapat nak hilangkan sejuk..

pusing ke kiri tak kena,pusing kanan tak kena,badan tetap sejuk,hujung-hujung jari kaki ida macam nak tercabut,tak sedar bila masa air mata mengalir...ida mesti kuat!itu yang terlintas kat fikiran masatu,waaa pada masa yang sama teringat pula kat mak tersayang,tapi tak mo kol,takut mak risau.akhirnya duk diam2 dalam selimut..sedar2 dah nak subuh,bangun dan terus solat,gagahkan diri juga cari ubat..akhirnya jumpa juga panadol 4 biji dalam beg laptop.alhamdulilah masuk jam 7 pg tu dah rasa berpeluh..dalam ati tu riang jer...yea2 !! da sehat....
ku sangka panas panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..tak sangka badan kembali panas,dek kerana tak tertahan ida terpaksa mintak tolong kawan belikan ubat,sambil2 menunggu tu musyrifah lalu,die tgok ida cam tak sehat terus check suhu badan,tengah lembik2 landing tu bunyi cam ambulans datang..eno..eno..eno..hehe

Tak pasal2 dapat naik ambulans,terus pegi spital,bez juga ek dapat naik ambulans..hehe,nak bercakap dah x mampu,jadi cakap dalam hati jer la.selama ni asyik teman orang jer naik ambulans,kali ni diri sendiri yang naik ambulans...tak sedar apa,tengok2 dah sampai spital..lali jer rasa,yang terasa bila kena cocok,cakitt ooo!....ida tak bercakap dengan doktor yang rawat tu,semua musyrifah yang uruskan..sedar2 jer dah balik,terus tido..bangun tido tengok ada ubat kaler merah,kaler hijau...apa2 lagi la...

Alhamdulilah pagi ni bangun rasa cam segar sikit,sempat masak bubur untuk diri sendiri,badan da kurang panas,tapi masih batuk dan selsema.InsyaAllah mampu untuk bertapak untuk ke skola.....hihi.

Tak bez langsung cerita harini kan,hihi tapi nak tulis juga sebab kenangan "demam di perantauan",kalau duk kat malaysia kan mak ade,ni dah berjauhan semuanya kena buat sendiri....

ayokk da nak exam,2 madah minggu depan...moga tak demam lagi..chaiyyok..!
oh ya kat sini (h1n1) dah mula merebak,doakan moga kami semua selamat dari wabak tu..ameennn....

ok masa untuk pegi skola...jum2

sayang semua!

wasalam

Tuesday, October 27, 2009

"tidur la...."

Bismillahiramanirahim..
Salamualaikum wbt.

Mata tak boleh pejam,dah nak masuk jam 1.00 pg,tapi mata ida masih tak dapat lelap,pejam-pejam tapi dia buka balik.camne nak buat ni,akhirnya ida amik keputusan untuk conteng-conteng dalam blog yang tak berapa "best" ni.Masa nak tutup mata ni la macam-macam datang dalam fikiran,badan rasa sakit tak terkira,tapi mata masih tak mahu mengajak ke "bulan".Walaupun seakan "blurr" ketika menconteng blog,tapi masih di mahu teruskan menaip.ESOKKK SKOLA LA IDAAA!!tadi bukan main mengantuk,bila dah dapat bantal tak mau pula dia lelap..harap-harap lepas ni dapat ida lelap.

Semalam selasai sudah satu imtihan madah qosos qurani,alhamdulilah ida dapat jawab walaupun jawapan tu seakan-akan merapu.hehe,nak merapu pon kena juga membaca,kalo tak dapat sifirlah nanti.Madah ni pada mulanya ida sangka susah,tapi bila dah kenal dengan lebih rapat,rasa macam seronok pula.Sedikit sebanyak kita dapat tahu tentang Al quran dan isinya.Walaupun tak dapat nak di hadam sekaligus.Senyum sorang-sorang ida masa menyemak semula kertas jawapan tu,mana tidaknya,banyak juga kesalahan penyusunan ayat,dek kerana terlampau "excited" sangat nak menjawab.Kesalahan nahu dan sorf tu semestinya tak dapat lari,al muhim belajar dari kesilapan tu sangat penting.Itu pentingnya kita menyemak semula kertas jawapan :P

Beberapa hari lepas ida ada belaja buat nasi arab,namanya "kabsah",dah nama nasi arab,sudah pasti agak rumit cara untuk menyediakannya.Tapi sebab ida suka bab makan-makan ni,ida belajar juga buat dengan teman arab sorang ni.Dia ajar satu persatu,mula dari cara bersihkan ayam sehinggalah menghidang.Seronok dapat belajar masak masakan arab ni,tapi tak bolehalah selalu sangat makan,sebab banyak kolestrol.jarang-jarang tak pe..hik2.sepengetahuan ida yang cetek ni,nasi kabsah ni sangatlah terkenal di negara-negara arab,selain dari maqlubah dan mansaf.mungkin penggunaan nama sahaja yang berbeza.seperti kabsah ni,negara-negara arab seperti dataran syam ni sangatlah terkenal.Asal usul kabsah ni ida tak berapa tahu,cuma ada juga bertanya dengan teman-teman arab dari negara lain,seperti yamen.Diorang cakap memang kabsah ni sangat-sangat la masyhur.Bagi negara arab seperti mesir,ida tak berapa pasti tentangnya.Sebelum balik malaysia ni kena belaja semua masakkan arab ni.senang nanti bila kempunan..hehe (cam tak nak balik jee...hehe)





selesai makan dengan teman-teman arab masa tu,sempat juga menyembang dengan diorang.Diorang macam pelik bila lihat ida makan dengan tangan.diorang tanya kenapa makan dengan tangan,jawapannya mestilah sebab dah biasa.diajar sejak kecik makan dengan tangan.diorang pon macam mengiyakan aja tentang sunah makan dengan tangan.dan soalan cepumas satu lagi ialah bila diorang tanya,"kenapa kamu tak mencukur bulu kening?",soalan yang dah acap kali di ajukan.acuh tak acuh ida menjawab "haram".nasib baik tak da serangan balas masa soalan tu di ajukan.cuma ida sempat menjawab "halal dan haram itu jelas".hehe (jahat ke ida cakap camtu?).Kawan2 lain hanya menganggukkan aja.Apapun peringatan untuk kita semuakan.

Adoiyaii nyamuk makin banyak ni,esok nak hujan lagi kut,tadi dah hujan kejap,bersorak-sorak kawan arab..hehe maklumlah dah lama tak hujan.Ini bermakna musim akan bertukar,tunggu saja masanya.eeee tak saba nak main salji.mudahan-mudahan ida sempat merasa semua tu.Iqomah pon dah nak mati,kena cepat-cepat tajdid,makin lama makin banyak imtihan,ini bermakna makin sibuk..

Mata masih tak mau tutup,esok ida skola la mata!tito la tito laa....hehe,tak palah nanti ida pujuk dia suruh tidur.
Cukup sampai sini dlu ya,nanti sambung lagi.....
sayang semua!

wasalam...

Saturday, October 17, 2009

~mencari yang hilang~



Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt..

genap sudah 2 minggu sesi pengajian bermula,ini bermakna tinggal lagi seminggu untuk melangkah ke imtihan awal,rasa sekejap sangat masa tu berlalu,kitab qosos qurani masih belum jumpa lagi,masih mengharapkan nota2 dari doc dan teman2 arab.kitab tu hanya ada jual di Amman,sedangkan ida masih belum berkesempatan untuk ke Amman dek kesibukan kelas dari pagi hingga ke petang.jadual harian asal pon jadi berubah...

bila mahu ke Amman?
masih berkira2 lagi mahu ke Amman,hanya mencari sebuah kitab,harap ada teman-teman ida mahu yang ke amman jadi dapatlah ida kirimkan untuk belikan kitab tu,seksa juga bila belajar tak ada kitab depan mata,jadi rasa macam terkapai2 je untuk "tarkiz" maklumat dalam kelas..insyaAllah adalah tu nanti kitabnya(ayat penyedap hati..)

eee..kenapa duk cite pasal kitab ni...sebab tak tahu nak cite apa,banyak sangat benda nak tulis sampai tak tertulis,banyak sangat benda nak cite sampai tak tercerita...lama tak update blog tetiba cite pasal kitab pulak .....heeeeeeeee

blurr...dalam seminggu ni,itu ini buat rasa tak kena,kenapa ek jadi camtu,rasa semangat makin pudar,rasa berdebar setiap masa,dalam hati terdetik,mungkin diri ni kurang berdoa?atau kurangkah bersunah dengan amalan2,atau mungkinkah kurang ada rasa bersyukur?

moga Allah ampunkan dosa2 ida.berharap moga ini adalah fasal ( sem ) ida yang terakhir,walaupun tak banyak madah yang tinggal tapi yang tinggal itulah ida rasakan seperti tak cukup ruang untuk bernafas.rasa sangat menakutkan dengan setiap detik yang berjalan..

tak tahu dah nak mengolahkan apa lagi yang bermain2 dalam fikiran ida..apa yang dapat ida katakan sekarang adalah ida dalam situasi " tak bersemangat"...

"tak bersemangat"?
sedang berusaha mencari semangat yang kian hilang tu,cari lagi masih belum jumpa,mungkin perlu usaha lebih sikit?mungkin perlu lipatkan gandakan doa tu?atau perlukah hanya tenangkan diri walaupun masa kian suntuk?mungkin ida lupa untuk bertawakal pada Allah?nah....insyaAllah ida pastikan menemukan jawapannya(penyedap hati)....usaha mencari yang hilang pastikan bertemu..

manfaatkan sisa waktu yang masih tinggal di sini,melangkah ke tahun 5 pengajian,terlebih satu fasal,moga ini yang terakhir,ida berharap setiap yang berlaku tu ida ada hikmah yang terbaik buat diri ida serta orang lain.bukan mencari kesilapan tetapi membaiki kesilapan.

teringat di tahun satu pengajian dulu,jika dulu nak membaca kitab perlu merujuk setiap kalimah dalam mu`jam,laju mengalir air mata bila tak jumpa apa yang di cari,terkial-kial memahami setiap "permintaan" ayat,akhirnya teman2 arab tempat ida merujuk.sangat berbeza dengan sekarang,tak perlu lagi menghadap mu`jam untuk mencari setiap makna perkataan,merujuk mu`jam bila perlu,bahkan teman2 arab pula yang datang mencari untuk di ajarkan.bagi ida bukan untuk mengajar tetapi lebih kepada perkongsian,sama2 menelaah dan sama2 mendapat manfaatnya..

2 hari lepas ade juga ida berhubung dengan dua orang kawan baik ida,nur dan bushra.bertanyakan perkembangan diri masing2,lama juga tak jumpa,nur tak ambil fasal soifi lepas,bushra pula sedang praktikal di irbed,dekat 3 bulan lebih juga tak jumpa.masa tu cepat berlalu,sekarang bushra sedang sibuk dengan "mashru` kuliyyah" untuk melengkapkan dirinya menjadi muhandisah imarah (Arkitek),dan nur pula melangkah ke tahun 4 bakal menjejaki seperti bushra.mencukupkan juga pengajian hingga ke tahun 5.

cepatnya masa berlalu,teringat masa amik kelas turki sama2 dengan nur,selalu sangat markah die tinggi dari ida,tapi akhirnya bila final,markah kami sama.masa nak dekat exam di selalu datang tidur bilik ida,study sesama kononyer,akhirnya die ke bulan dulu tinggalkan ida...hehe,mungkin sebab otak orang arab ni cepat "tangkap"semua yang di ajar kut,jadi bila dah abes je study terus jee tido.

nur dan buhsra 2 watak yang berbeza,sangat susah untuk serasi pada awalnya,tetapi sekarang jadi kawan baik.harap ukhuwah kami berkekalan.

cukup sampai sini dulu cerita ida,kepala pon dah bagi signal suruh tutup mata,sangat letih,sangat mengantuk...nanti kita sambung lagi ya..
sayang semua !
tata
wasalamualikum



untuk adek syirah , jaga kesihatan baik2 ye..jgn lupe rajin2 makann ubat,jangan lasak2 sangat tido,nanti jatuh katil...ngeeeeeeee

Friday, October 2, 2009

fasal jadid ^-^






bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
pose suda,raya pon suda..hehe lama tak update blog ni..baru je ida start nak nulis da kering idea..dan macam2 anasir2 lua yang menganggu..hehe...
sekarang baru ade peluang kejap nak update..hehe tu pon masih dalam keadaan kurang kerajinan
semester baru bakal bermula,ari ahad ni dah mula kelas,belajar macam biasa.semester kali ni ida hanya ade kelas pada hari ahad,selasa,dan khamis...senin rabu..hehe cuti sendiri.
terpaksa susun jadual macamni sebab dah xde madah...doakan moga semester kali ni dapat ida habiskan dengan baik.dan tak de apa2 halangan..ni jadual ida..
10-11 am - tilawah wa hifz 2

11-12 am - tilawah wa hifz 3

12-1 pm - qosos qurani

1- 2 pm - usul iqtisod islami

3-4 pm - sirah nabawiyah
doakan ida moga dapat lalui semester terakhir ni dengan baik keh
meredah kesejukan syita`,melawan kemalasan serta kemengantukan mata yang sering menguasai diri dikala syita` bertandang...hehe ..doakan moga ini adalah semester ida yang terakhir.ameennn....ameennn

xde idea nak tulis panjang2...air milo pon da abes,jum kita layan gamba dlu masa raya ritu..hihi







da..hehe ketidak rajinan sudah mula datang..hehe...lain kali kita smbung ye...hihihi

selamat hari raya eidulfitri pada semua...,masih sempat kasi ucapankan,raya belum habis..syawal sebulan..hihi

ok..

sayang semua...

wasalam


Sunday, September 13, 2009

~g buke pose ~




bismillahirahmanirahim..
Salamualikum...

Alhamdulilah dah 23 kita dalam bulan ramadhan..ini bermakna esok kene pergi skola,eee tak moooMySpace lama juga cuti tu,esok tak de kuliah lagi cuma esok bermula minggu insihab wa idofah,minggu untuk tambah,atau tukar madah sebelum kelas bermula rancak selepas raya.ida xmo cakap pasal skola,tapi nak cite pasal 2 hari lepas g buka pose umah arab,(2 hari lepas ke ek?)MySpacehihi,alhamdulilah ade juga orang ma`zum untuk iftor,ammu tu siap jemput dan hantar lagi..MySpace bahagiaa...!
mula2 sampai sebelum berbuka pose tu,ammu dah cakap arini kita makan mansaf(sejenis nasi arab)lupe plak nak snap gamba nasi tu.MySpace

mula2 sampai tu,ida terus di sambut zaujah ammu tu sama anak2 die yg kecik dan comel...MySpace
waaa geramnyee...cumel2,pastu mesra jer..zaujahh die ida panggil ummu alaq,umo dalam 30 lbh kut.sangat mesra,rasa macam keluarga sendiri.untuk pengetahuan semua,ammu ni memang salu bantu ida jika ada susah apa2.sangat baik dengan orang2 malaysia.rasanya ramai jer yang kenal ammu ni (abu alaq).masa berbuka tu satu dulang die bawak keluar nasi tu,adoii banyaknyerr...perut ni mana muat..hihihiMySpace,tapi dah jadi budaya arab suh kita makan sebanyak yang boleh,.tak sampai hati nak mengecewakan..ida pon makan sampai mana yang boleh..akhirnya terpaksa angkat bendera putih,takut perut pecah nanti..hihi itu pon ummu alaq nak suh perabiskan satu dulang,dah tak mampu daaMySpace....kenyang ya ummu alaqqq.....hihihiMySpace

lepas siap berbuka pose,kemas2 apa semua,ammu ajak duduk luar,sambil2 minum air tamar hind,beznyee,MySpacetempat tu di tutupi dengan pokok2 anggur dan sekelilingnya ada pokok buah,sambil beralaskan tilam nipis.berbual2 dengan family die..seronok sangat..,malam tu ummu alaq ajak bermalam di rumahnyaMySpace,tapi ida terpaksa menolak sebab rindukan bilik ni kalo di tinggalkan lama2..hehehe ,sambil2 bersembang2 tu dalam kepala ni duk fikir(abes la malam ni..perut den)...apapun sangat2 happy masa tu,terasa macam keluarga sendiri .. selesai semua,sebelum isyak abu dan ummu alaq hantar ida balik hostel.alhamdulilah rezeki dari Allah..MySpace

moga Allah memberkati keluarga abu & ummu alaq.....
sekian saja...hehe dah xde idea nak cite...MySpace
lain kali ida upload gamba anak2 ammu ni yang comel.. tunggu laptop sihat..hihi

MySpace
tata
sayang semua!
wassalam
antara anak2 abu alaq yang suka bergamba