Saturday, July 18, 2009

~~ronda2 kebun buah~~

Bismillahirahmanirahim..
salamualaikum.. wbt

keletihan balik dari kebun buah masih terasa.,walaupun tak sangka tahun ni masih berpeluang ke kebun buah...teruja mula2 sampai kat ladang,perjalanan tak sampai 2o minit tak terasa pun,sebab dekat jer ngn jamiah...

bez la mula2 sampai tu,buah mula2 kami nampak buah pear...waaaaa ranumnyeee.segar plak tu..nasib baik bawak plastik lebih sket,petik dan terus petik..cukup setengah plastik jalan lagi pusing ladang,seterusnya ke buah apple..beznyerrr tgok buah apple tu terusik lagi kat pokok..rendang je pokonnyer..tapi lebat buahnya,isi dan isi lagi plastik,kasi sampai penuh..tahun ni dah rancang nak bawak balik buah banyak2,takmo jadi cam tahun lepas,sekejap jer da abis..hehe..jadi..tahun ni isi plastik kasi penoh la...kebetulan plak kawan ida yg sorang tu tak dapat g,jadi kutip lebih sikit la untuk die..hehe sama2 merasa..


~buah pear~

tahun ni buah duraq(aprikot) tak masak lagi..jadi tak dapat la nak petik banyak2..buah ruman(delima) pon sama..tapi yg hairannye...mana ek kawan ida yg lain tu jumpa buah syumam(tembikai susu),waaa...nape ida tak jumpa ek cari ?hehe tak pe la..yg tu beli kat pasor je la..,

~~ apple~~

alhamdulilah,tahun ni kami kat sini berpeluang ke kebun buah awal dari tahun lepas,kalo tahun lepas kami g hujung2 soifi,tapi kali ni kami g awal sikit,apa2 pon di doakan moga tuan kebun tu,di murahkan rezeki.ammu tu sangat baik,kami g sana bukannya dengn bilangan yg sikit,tapi ramai,macamana kutip pon buah tu takkan abes....jazakallah..

nampak gayenyer minggu ni tak yah makan nasi da...hehe sebb buah tu banyak tak dan nak abes makan sehari..hehe..sape nak,sila2 la dtg ke bilik..ahlan wasahlan....
*********************************************************************************
alhamdulilah dah masuk pon setengah semester belajar dalam musim panas ni,mudah2an di tabahkan hati,di kuatkan semanggat untuk mengakhiri semester musim panas ni,imtihan awal pon masih rancak lagi ni,paper ida masih berbaki satu subjek lagi.insyaAllah khair..
rasa sangat2 hepi belajar semester ni,sebab semua doc bez2,.mudah2an semester ni dapat capai apa yg di target.....ameen....
************************************************************************************
saba jer la berurusan dengan arab,kebetulan arini sewa keta nak ke amman,tapi masalahnya jadi lewat plak untuk keluar gara2 ammu kat keta sewa tu kata xde keta kosong arini,sedangkan dah tempah 2 hari lepas,sekarang masih menunggu lagi..dan terus menunggu,masih ade 1 jam lagi seperti yg ammu tu janjikan,jgn sampai hasrat ni terkubur aja.memandangkan hanya harini sahaja masa yg sesuai untuk keluar ke amman.mencari kitab,barang,dan apa yg patut.....
saba...saba..saba.....
bagi sahabat yang duduk kat negara arab ni,sudah pasti faham macamana berurusan dengan arab,selagi tak angkat suara selagi tu keja tak jalan,"bukroh"(esok) dia bersmaan dengan minggu depan,usbuk jai`(minggu depan)..bersamaan dengan syahar jai`(bulan depan)...dan seterus nya pastu genap la setahun...saba jerla..
apapun sebenarnya itu kasi faedah juga pada kita,itu pada positif nyer..dapat lagi mengukuhkan bahasa arab tu sendiri....
apa2 pon tanam azam dalam diri,nak meningkatkan lagi penguasaan bahasa arab..

okla da nak siap2 dlu,lain kali plak sambung cite..hehe...

doakan moga di permudahkan perjalanan arini.. :)

wassalam..

Friday, July 3, 2009

konvo

بسم الله الرحمن الرحيم
salamualikum wbt..

alhamdulilah seminggu sudah bermulanya dawam untuk semester ni,walaupun jadual agak padat ditambah pula dengan cuaca yang sememangnya makin membahang..ditabahkan juga hati untuk mengakhiri semester musim panas terakhir pada kiraan ida..nampak gaya,bahang2 ketibaan imtihan makin di rasai....AGM semua persatuan zon mahupon anak negeri nampaknya sedang giat diadakan sebelum tibanya penggal yg baru......

baru2 ni da pon di adakan haflah thakaruj (konvokesyen),bermula 29 jun hingga 2 julai..bagi kuliah ida kuliyyah fiqihiah wa qanuniah majlis diadakan pada 30 jun sama dengan kuliah adab.alhamdulilah semua berjalanan dengan lancar.pada mula ida berkire2 untuk tidak pegi sbb takut timbul rase sedih bila tgok kawan2 lain "berkonvo".untuk pengetahuan,di jamiah ni hanya akan di adakan majlis konvokesyen setahun sekali yg diadakan pada musim panas. bulan 6 atau 7..jadi bagi sape2 yg tamat pengajian pada fasal awal(semester 1) dan semester musim panas,konvo mereka akan di bawa ketahun hadapan.,jadi terpaksa menunggu lama.bg kami pelajar2 asing sudah pasti takkan menunggu lama semata2 untuk berkonvo..kirenyer abes sahaja pengajian terus pulang ke malaysia.

alhamdulilah ida berpeluang mengantikan tempat kawan ida yg dah terlebih dahulu pulang ke malaysia pada bulan febuari lepas.jadi bilamana tiba giliran ida pada thun depan,tempat ida juga akan di ganti dengan kawan2 yang lain.jadi sama2 merasa majlis konvo itu sendiri..

bez ke konvo kat sini??apa bezanya ngn kat mesia??pada pandangan ida sendiri la kan,konvo kat sini xde la bez sangat,terpaksa berpanas 2 ,sebab majlis bukan diadakan di dewan,mahupun tempat tertutup.dan masa majlis tu kite hanya di kelilingi dengan org arab...biasa la org arabkan..bila ada anak die grad,satu kaum kerabat akan turun padang,siap sewa bas lagi tau.,siap bawa bekal lagi berkelah2 sambil tunggu anak diorg terima syahadah,hehe..saba jerla..untung diorgkan mak ayah ada depan mata masa terima ijazah,
apapun itu semua akan jadi kan kenangan.beza konvo kat mesia lagi bez..nak2 lagi bila mak ayah kite turut hadir sama dalam majlis itu..kalo sesapa nak rasa konvo kat sini..boleh la apply datang belajar kat sini..hihi....kompem x bez ....



ok sampai kat sini dlu cite pasal konvo,nanti smbung cite lain pulak ok..hehe....
mate macam da lali....jum ke bulan dlu...
"ya qamar...istanuni".....hihihi



wassalam