Thursday, November 18, 2010

"saya pun tak tahu"


Bismillahirahmanirahim
Salamualaykum wbt

Alhamdulilah dapat lagi hari ni ida menaip di blog yang tak "best " langsung ni.---"saya tak peduli apa orang nak kata,ini adalah BLOG saya" hehe....

Salam EidulAdha Mubarak pada semua muslimin dan muslimat,kehadiran eid bukan sahaja bergembira kerana bercuti,tapi pengajaran dan iktibar yang perlu di ambil di sebalik kisah eiduladha ni..

Untuk anak-anak murid ida,walaupun belum bercuti ,tapi diaorang dah mula tengelam timbul,maklumlah sukatan pelajaran pun dah habis,hari kecemerlangan pun dah berlalu,mungkin dalam fikiran mereka ,"tak yah la datang sekolah,bukan belajar pun"--hehe ida agak je..

Disebabkan cuti raya haji ni berselang dengan hari sekolah,nampak gayanya esok (19/11) sangat-sangatla "kompem" kosong sekolah,mana tidaknya guru-guru lain pun dah mula ikut serta sekali bercuti awal walaupun esok masih hari persekolahan.hehehe ida pun gembira+seronok juga bila nak mula cuti sekolah ni.Tapi cuti ida yang sebenarnya hanya akan bermula 27/11,nak buat macamana tugas tetap tugas.Datang sekolah jenguk-jenguk "kut2" la ada lembu masuk meragut di padang sekolah. Tapi dalam hati ni rasa nak jer "apply" kat tuan Mudir,

"err boleh tak saya bercuti terus?",dengan penuh yakinnya sudah pasti permohonan ida di tolak....arrrrrrghhh incik mudirr,saya ada banyak kerja "persendirian" yang perlu di selesaikan..

tolong permudahkan saya.hehehe.....

istiqamah..istiqamah...

Untuk sesi persekolahan tahun depan,ida diminta untuk terus mengajar di sekolah yang sama,jawapan yang dapat ida beri hanya "InsyaAllah" sahaja.Dapat atau tidak ida bertugas bergantung pada keadaan.Tugas mengajar di rasakan dah sebati dalam diri ni,walaupun masih baru sangat dalam bidang ni.Rasa lain pula kalau lama sangat bercuti.Ida pun kurang pasti kenapa ida lebih suka mengajar murid-murid sekolah rendah daripada mengajar pelajar sekolah menengah.

Mengajar pelajar-pelajar tingkatan 6 ,5,4 di rasakan sama mengajar kawan-kawan sendiri...TAPI mengajar sekolah rendah sangat santai ida rasakan.Walaupun orang cakap susah mengajar anak-anak yang baru nak kenal dunia tapi diorang ni tidak membosankan,malah sangat menghiburkan.>yang paling seronok ialah "saya boleh menyanyi-nyanyi!!!" dalam kelas.Nyanyian bukan sekadar hiburan tapi kaedah yang mudah untuk menghafal.

Pertama kali ida masuk kelas anak-anak yang sangat nakal dan lemah.Kelas ni sangat "terkenal" di sekolah.Ini amanah untuk ida jaga kelas ni,pada awalnya agak buntu juga fikirkan kaedah terbaik untuk menarik kanak-kanak ni.kerana :

mereka ni "nakal tahap memeningkan"

mereka ni "lemah dalam pelajaran"

mereka ni "sangat malas"

Jadi buat pertama kalinya dalam hidup ini ida mengajar dan masuk ke kelas ni bawa "rotan".>>>>adoiiii pakai rotan pun tak jalan.Pada asalnya rotan ni hanya untuk menakutkan tapi diorang tengok rotan pun jadi tak heran.Agaknya dah lali asyik kena rotan je dengan guru sebelum ni..

Jadi untuk "menyuruh" menghafal dan membaca jadi agak susah sedikit kerana mereka ni "TAK BOLEH" membaca........ohhhh bertambah tugasku,dalam hati berkata sendiri "Ya Allah tunjukkan jalan

Akhirnya ida terpaksa "saiko" mereka-mereka ni.Tak hafal=balik rumah lambat,tak hafal=tak boleh rehat,hafal dulu baru boleh main.Ida terpaksa laksanakan walaupun terpaksa bekorban masa.Di sebab mereka ingat itu hanya gurauan jadi diorang tak ambil kisah dengan tawaran ni..Hasilnya ramailah yang balik rumah lambat..

hari kedua---masih mengunakan kaedah sama cuma tambahan rotan..disebabkan mereka nak balik awal bersaing dengan kawan-kawan lain jadi mereka berusaha juga menghafal dan membaca.Alhamdulilah dari yang tak boleh membaca boleh terus menghafal.Walaupun dalam hati kesian tengok diorang menghafal dalam tulisan rumi.semua perkataan jawi mereka tulis dalam rumi.Tak mengapa,sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Masuk hari seterusnya mereka dah tau apa yang perlu buat "hafal dulu baru boleh main"....hehehe padan mukee!!! muke ustazah nakal...

"masa main,ustazah pun join sekali"lalalalala

>>tanak jadi guru yang garang dan menakutkan,tapi ingin jadi guru yang lembut tapi tegas<<

Hari-hari kena ingatkan diri sendiri,mengajar satu tugas dan amanah.Sesen gaji yang dapat semua akan di soal,kena ingatkan diri ,bangsa "kita" sangat memerlukan,"agama" kita sangat-sangat ketandusan,anggap sahaja tugas mengajar tu sebagai medan untuk kita berkongsi segala ilmu.Jadi kena usaha juga untuk membantu agama sendiri.Jika kita tak mulakan siapa lagi yang akan mulakan?sekian terime kasih...hihihihi >>ingatan untuk diri sendiri!!

Di sebabkan hari jeng..jeng.. bakal menjelma tak lama lagi,jadi diri ini agak bizi ..perasan bizi latu..kiki,ida tinggal dulu ym,Fb...dan blog yang merapu buat seketika..Tunggu berita mutakhir dari kami...>>>kami??lalala....

Jika ada apa-apa pesan,anda boleh terus tinggalkan pesanan anda di blog ini atau terus menghubungi ida terus ke HP ..hihi cam operator

sekian terima kasih.
lau amar arib!!
wassalam

ida-UYB


Monday, November 1, 2010

umi,kenapa ustazah ajar lain?

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt

"Umi,kenapa ustzah ajar lain,tak sama yang umi ajar?" pertanyaan dari kakak yang mengejutkan ida.
"apa yang tak sama umi ajar?" pertanyaan dari ida untuk kakak inginkan kepastian.Dalam hati tertanya-tanya juga,ada yang salah ke masa ida mengajar kakak.Kakak ni anak sulang kepada kawan ida,darjah 1,agak bijak dan suka bertanya.Mama kakak sebaya dengan ida,sudah jodoh dia kawan di usia muda,umur baru 24 tapi anak sulung dah 8 tahun.Kakak panggil ida "umi",rajin datang belajar bahasa arab dan mengaji.Tapi yang musykilnya kenapa kali ini kakak kata apa yang di ajar di sekolah lain dengan apa yang ida ajar.?Rasanya sebelum ni buku teks bahasa arab kakak ida sudah betulkan kesalahannya.Mustahil ustazah kakak tak perasan buku teks tu salah,edangkan ida dah suruh kakak beritahu ustazah ada kesalahan dalam buku tersebut.Lama juga bersoal jawab dengan kakak dalam kereta haritu.
"kakak ada cakap tak dekat ustazah,buku tu salah?" pertanyaan yang sama ida tanya,entah yang ke berapa kali.
"iya,kakak dah cakap dengan ustazah tu,apa yang ustazah tanya tak sama dengan apa umi ajar "jawapan kakak.
Ida tak salahkan ustazah tu,macamana pun sedikit sebanyak mesti akan ada kesilapan guru.Sebab guru pun manusia biasa.Apa yang penting sedia menerima teguran walaupun dari pelajar sendiri.
"tak pelah kakak,nanti umi sendiri jumpa ustazah kakak" jawapan ida untuk redakan pertanyaan kakak.
Walaupun kakak ada sedikit kekeliruan dalam subjek bahasa arab ni,Alhamdulilah kakak tetap dapat 100% dalam peperiksaan.Tahniah untuk anak umi!Usaha lagi!

Apapun pesanan buat anak umi,belajar kerana Allah taala,bukan semata-mata untuk dapat markah banyak tapi untuk memanfaatkan segala ilmu yang ada.Pesanan yang sama juga ida titipkan buat anak-anak didik yang lain.
Teringat masa mengajar anak-anak tingkatan 2 dulu,di sebabkan mereka ni di ketegorikan pelajar pintar jadi tak menang tangan untuk ida jawab soalan mereka.Selagi tiada jawapan yang memuaskan hati,mereka akan terus bertanya,bersoal itu ini..sampai menggaru kepala jugalah.
Pernah satu hari masuk mengajar tingkatan 1,persoalan yang sudah lama tidak kedengaran "isu couple".Adoiiyaii pusing kepala jawab itu,jawab ini.Tapi ada baiknya mereka bertanya dari terus diam tanpa jawapan.Pelbagai soalan yang ida tak sangka akan di tanya oleh "kanak-kanak riang" ni.Di sebabkan mengajar matapelajaran pendidikan islam,jadi persoalan semua berkaitan dengan hukum hakam,tauhid,aqidah turut di tanya.Dalam hati terdetik juga "anak-anak dahagakan ilmu agama"

aduiii kenapa tiba-tiba blurr pula ni...kehilangan idea dan kata-kata untuk terus menaip di sini..

lain kali sambung cerita lagi.....hehehe jangan marah!

tata
"lau amar arib"
wassalam



Friday, October 29, 2010

~Doa buat bakal zauji~

Bismillahirahmanirahim
salamualaikum wbt..

....Sekian lama tak menyapu sawang di sini,tiba-tiba muncul menge "paste" doa di sini..agak lama juga ida membaca berulang kali ayat-ayat ni.Sambil berulang kali mengingatkan diri tiada manusia yang sempurna segalanya.Terima dan berlapang dada dengan apa yang telah Allah SWT kurniakan...."maka nikmat Allah yang manakah kamu dustakan?"......terus bermonolog

Khas buat bakal Zauji,bakal walid untuk quratul a`yyun kami,bakal pemimpin keluarga impian ku..

Bismillah...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya AllahSekiranya suami ku nanti adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku nanti adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku nanti adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku nanti adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya..suami ku nanti jodoh yang dirahmati oleh Mu
maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku nanti ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku nanti tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku nanti tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku nanti menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlena
Ya Allah...Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukkuKau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagaiisteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah akupetunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya AllahKuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
~ida nur~
29 oktober 2010
ulu yam baru-kajang

Wednesday, August 18, 2010

musykilah

salamualaykum..
rindu nak update blog,tapi keyboard masih ROSAK!!!!
~sabar menanti laptop sihat~

Wednesday, May 12, 2010

~saya sekarang~


Bismillahirahmanirahim

salamualaikum wbt


Alhamdulilah,setelah lama tak menghadap blog,harini baru terdetik nak conteng-conteng di blog.Walaupun agak kekakuan,kekeringan,ketandusan idea..jari-jari ni tetap mahu menaip di siniKesian blog ni,di tinggalkan tanpa di bekal makanan dan minuman,hampir kepupusan di buatnya.hehe....


sudah hampir 3 bulan ida berada di malaysia.Sedikit sebanyak keserasian sudah mula timbul.Alhamdulilah sedikit sebanyak kerinduan ida pada jordan terubat.Kalau dulu ida belajar,menyalin nota,menghadapi imtihan,berdepan dengan guru-guru dan para doktor tapi sekarang ida pula berdepan dengan tugas sebagai seorang guru.Sekarang baru ida rasa tugas seorang guru tu bukanlah senang seperti yang di sangka.Dalam hati selalu terdetik,agaknya macam nilah rasa guru-guru ida dulu.Bukan senang tugas mendidik ni,seorang diri mengemudi kelas dengan bermacam ragam anak-anak.Letih,penat fizikal dan mental tapi itu bukan alasan untuk berhenti di tengah jalan.Anak-anak ini perlukan bimbingan dan perhatian dari kita,percaya atau tidak,ida sangat senang hati dan seronok dengan tugas ini.Kadang-kadang ada juga terguris dengan sikap anak-anak ni,tapi cepat-cepat di pujuk hati ini untuk terus mendoakan yang terbaik untuk mereka.


Di sebabkan ida mengajar di sekolah rendah,jadi tugas tu tidaklah seberat mengajar di sekolah menengah.Cuma kadang-kadangan kenakalan anak-anak di sekolah rendah lebih memeningkan kepala.Tapi rasa gembira mengajar tetap ada.Rasa sayang dan kasih pada anak-anak ini membuatkan ida tak sanggup nak tinggalkan mereka. 3 julai 2010 yang bakal tiba,adalah hari terakhir ida di sekolah ni.Biarlah masa itu berlalu dengan lambat sekali.Moga anak-anakku semua menjadi orang yang berguna dan berjaya di masa hadapan.


Teringat lagi masa hari kedua mengajar,ada sorang anak ida hadiahkan bunga.Tak sangka baru mengajar dah dapat hadiah.bila di tanya hadiah untuk apa?dijawabnya "saya suka ustazah".Alhamdulilah anak-anak ini sudah pandai menilai dan menghargai,hadiah yang paling bernilai bukanlah terletak pada barang,tapi terletak pada kejayaan anak-anak yang membuatkan diri seorang guru itu merasa bangga bila melihat anak didiknya cermelang dan berjaya.


Di kesempatan ini,ida ingin mengucapkan selamat hari guru kepada seluruh guru-guru di bumi ini,bekas guru,bakal guru...dan ibu-ibu sedunia selaku guru pertama yang kami lihat setelah mata ini terbuka melihat dunia..Semoga hidup kalian,dunia dan akhirat di berkati dan di rahmati.SELAMAT HARI GURU!

sampai jumpa lagi,lain kali kita sambung cerita lagi...

wassalam..

p/s:buat adik insyirah , selamat pengantin baru di hari bahagia yang bakal menjelma.BARAKALLAHU LAKUMA..,semoga berbahagia adik dan zauj berbahagia hingga ke syurga ..insyaAllah.. (adik langkah bendul akkk~~)he2

Sunday, April 4, 2010

Blog-diari

Bismillahirahmanirahim
salamualaykum wbt...

"nikmat itu kekadang tidak di sedari,hanya apabila ia hilang barulah manusia benar merasa"

Alhamdulilah hampir setahun usia blog ni.Lahirnya blog ni semasa ida di tahun akhir pengajian.Kenapa ida tak mula berblog di awal-awal pengajian?atau di tahun dua atau tiga?Sebelum lahirnya blog syaouqulhanin ni ida sudah pernah berblog di blogdrive sebelum berpindah ke blogspot.Disebabkan kesukaran untuk online pada masa tu jadi ida ambil keputusan untuk menutup terus blog lama.Sehinggalah ida di tahun empat pengajian,barulah ida terbuka hati untuk berblog semula.Alhamdulilah blog ini yang dapat bertahan,walaupun selalu di tinggalkan sendirian bersawang.Sepi.....

Kenapa ida berblog?tiada jawapan lain selain dapat ida katakan tujuan blog ini adalah sebagai tempat untuk berkongsi rasa dan pengalaman untuk di jadikan kenangan suatu hari nanti.Kenangan hari demi hari yang ida lalui,perkataan paling tepat lebih kurang macam "open dairy".Kadang-kadang juga ada juga kedengaran suara sumbang mengomen tentang blog ida.Apapun padangan kalian terhadap blog,ida terima dengan hati terbuka.Ida tak ambil kira apa orang nak kata tentang blog ida.Apa yang penting ini adalah blog peribadi ida,tidak ada menyentuh atau mengacau hak orang lain.Kritikan dan padangan yang membina amatlah di alu-alukan.

Hari demi hari ida rasa kurang bersemangat untuk terus menulis di blog,kadang-kadang ada juga terbit rasa kasihan di hati bila tengok blog sendiri di tinggalkan tanpa di perbaharui.Jemari di tangan ni pun seolah-olah merajuk untuk terus menaip di sini.Saat-saat tengah menaip hilang mood dan perasaan untuk meneruskan cerita.Bukan sekali dua jadi macamtu,tapi acap kali.Kenapa ya?Adakah hilang sudah rasa untuk berkongsi di sini?atau malas yang tiba-tiba datang?Buat masa ni jawapan yang paling hampir adalah,kurang semangat dan keyakinan.Masih tiada jawapan yang tepat, melainkan cakap-cakap kosong yang tidak menjanjikan manfaat.

Minat ida dari kecik adalah menulis-nulis,suka tulis apapun janji menulis.Tak kiralah samada di atas kertas,buku-buku atau apa saja selagi ada ruangan untuk ida "menconteng".Paling suka adalah menyalin nota,suka bila dapat gunakan pen untuk menulis.Ida akan menyalin nota sampai ida rasa puas hati dengan tulisan ida.Jadi jangan tak percaya,ida memang menulis diari sejak kecil.Sehingga sekarang 4 buah dairi lama masih dalam simpanan ida.Puas bila dapat luahkan segala isi hati dalam dairi sendiri.dah berbelas tahun masih elok dalam jagaan ida.Jangan tak percaya,dairi tu setia temani ida sehingga ke Jordan.Ida tak berhajat untuk terus simpan diari lama.Masih mencari-cari waktu dan masa yang sesuai untuk hapuskan diari tu.Kita perlu ingat, bilamana diari kita di baca orang lain,orang akan mudah mentafsirkan macam-macam hasil dari tulisan kita,walaupun pada hakikatnya hanya diri kita sahaja yang tahu.Bila ya agak-agaknya masa yang sesuai untuk ida hapuskan dairi lama tu?Adakah mungkin sehari sebelum ida bergelar isteri di suatu hari nanti??masih berkira-kira......

Sekarang ida sudah ada dua diari,satu blog yang bertaip dan satu lagi buku yang perlu di tulis.
Dan sekarang kisah di diari lama harus di hapus,tanpa meninggalkan kesan untuk di tatapi..
Diharap blog ini dapat terus kekal lama di alam maya ini.Mengingati dan mengenangi agar terus menjadi kenangan terindah dalam hidup ida.

Rasanya sudah cukup dulu setakat ni ida merapu....
"saya masih mencari-cari....."

~lau amar ta`raf ala albiyy~

wasalam.

Tuesday, March 30, 2010

jangan baca!!

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt

sudah sebulan lebih ida berada di tanah air sendiri,dan selama sebulan lebih ini juga la ida setia menjadi penanam anggur yang paling berdedikasi,di samping memenuhi aktiviti sebagai suri rumah sepenuh masa.hehe.. bezanya cuma ida jadi suri rumah tanpa suami mahupun anak-anak di sisi.yang ada hanya adalah adik-adik yang nakal,dan kucing comel yang sentiasa lapar walaupun sudah banyak kali di beri makan.(apasal la kucing ni selalu lapar?)..
bila dah sampai mesia dah mula rasa boring bila tak de keje nak buat,nak update blog pun tak de idea nak tulis,hasilnya mulalah nak merapu kerapu kat sini.Jika anda mahu teruskan pembacaan silalah baca dengan bersahaja tanpa emosi,kerana entry kali ni memang sangat-sangat tak best..

Alhamdulilah baru abis baca buku "rindu bau pohon tin" hasil tulisan saifulislam,orang lain dah lama habis baca,ida baru abis.Memang la baru habis baca sebab baru beli kat book fair kelmarin.Orang cakap best buku tu ,jadi ida saje beli nak tengok sejauh mana bestnya buku tu.Jadi memang betul buku tu sangat best sampai melayang rasa jiwa nak balik jordan.Tapi yang bezanya hanya jamiah sahaja.Kalau penulis buku ini rindu bau pohon tin,bagi ida pula ,ida rindu bau pohon zaitun ...hehe...,mungkin kat mu`tah banyak pohon tin,tapi kat mafraq pula banyak pohon zaitun.Jadi tak hairanlah kalau ida merindukan bau pohon zaitun.Apapun tin dan zaitun sama-sama buah yang telah di sebut dalam quran.Masing-masing ada keistimewaan serta khasiat yang tersendiri.Syekhah ida penah cakap,dimana ada pohon tin dan zaitun di situlah juga terletak bumi yang barakah.Barakah dari segi apa ya?Mungkin di sebabkan tanah para anbiya`?atau barakah dari segi kesuburan tanahnya?wallahua`lam ida pun tak tahu apa jawapannya.

Menerusikan misi pembacaan lagi,kalau boleh nak abiskan semua buku yang di beli dalam minggu ni juga,dalam hati berkata buku fatwa muasoroh karangan wahbah zuhaili pon tak habis lagi baca.Setia je dia menemani ida kat tepi katil ni.Di sebabkan buku ni lebih kepada fakta,jadi perlu ambil masa juga nak menghabiskannya.Baca dan fokus,nak2 lagi bila ada kalimah yang tak di fahami perlu merujuk pada mu`jam.Harap buku-buku boleh bersabar ya mengambil giliran untuk di baca...

cukup dulu setakat ni ,kepala ida pun dah mula kekeringan idea nak tulis,takut kalau di paksa juga menaip jadi lain pula entry kali ni..hehehe....kan dah cakap entry kali ni tak best..

jumpa lagi
wassalam.

Tuesday, March 9, 2010

saya sudah meninggalkannya

Bismillahirahmanirahim
salamualaikum wbt

Alhamdulilah sekian lama ida tak update blog ni,akhirnya datang juga mood yang masih tersisa.
Dekat lebih 10 kali duk keluar masuk kat blog ni.Bila buka je terus tak jadi nak update,walaupun dalam hati ni masih banyak lagi yang berbuku.Haritu sebelum balik Malaysia ida ingat nak update dulu ,tapi gara-gara terlampau sibuk tak berkesempatanlah ida nak menaip-naip kat blog nil.Ceh..camlah best sangat blog ni,ntah apalah si ida ni duk merapu meraban kat sini.
Dari sehari ke sehari nak update,mula-mula sampai je yang agak sibuk sikit,tapi sekarang dah kembali normal.

Alhamdulilah hampir sebulan juga ida sudah berada di Malaysia ,bertolak keluar meninggalkan Jordan jam 5 pm,delay 50 min dalam flight,elok juga lambat masa tu,dapatlah ida mengamati serta menikmati pemandangan Jordan buat kali terakhir.Tapi sayangnya masa tu dari amman ke doha,tak dapat duduk tepi tingkap,apapun dapatlah juga mengintai-intai keluar tingkap dari jauh.Sambil belek-belek buku autograf ,helaian demi helaian.Tiba-tiba datang sayu tu bila baca ucapan dari kawan-kawan yang sedia tertulis.Dalam hati berbisik,selamat tinggal kawan-kawan,selamat tinggal Jordan.Entah berapa kali ida mengalirkan air mata masa dalam flight tu.
Terasa sedih dan hiba juga melayan perasan sorang diri dalam flight.Sedih dan pedih bila teringatkan kenangan demi kenangan sepanjang menuntut di bumi Jordan .Kenangan paling manis adalah bila sudah bergelar graduan.Kenangan paling pahit,bila selalu kena bergaduh dengan arab.hehe... apapun semua tu jadi kenangan dan pengalaman.Kadang-kadang tu kita tak sedar sebenarnya pengalaman tu lah yang menjadi cikgu dalam hidup kita.

Ahh..kenangan,terima kasih tinggalkan kenangan terakhir buat ida,terima kasih sangat-sangat buat kawan-kawan yang telah susah payah adakan majlis buat kami para khirijat.Hari jumaat 11 hb ida dari pagi duk kat amman selesaikan beberapa urusan,tiket,sijil-sjil di MSD.pulang dari amman - mafraq terus pergi ke hostel akhwat di jamiah.Badan masih letih masa tu tapi terubat dengan majlis perpisahan dari akhwat sana.huhu terharu bila majlis tu di adakan untuk kami para khirijat.Sungguh-sungguh korang raikan kami.Bertambah terharu masa padam lampu dan sama-sama nasyidkan lagu selamat tinggal teman ,dan selamat berjuang.Saat tu ida sendiri tak dapat tahan sebak,dalam hati berkata "bilalah lagi kita dapat berjumpa".Apapun moga Allah lindungi kita semua,serta ukhuwah kita .Terima kasih atas majlis yang sangat memberi kenangan pada ida.Balik dari majlis terus turunkan beg2 dari almari untuk mulakan operasi menyimpan barang-barang masuk beg.Agak lewat juga tidur,pagi sabtu,hari masih berbaki sehari ida gunakan sebaiknya,pagi-pagi lagi ida dah keluar jumpa syekhah yang mengajar ida mengaji untuk habiskan sedikit lagi bacaan.Masatu dah mula rasa sayu,masa ngaji pon ida tak dapat tumpukan perhatian sepenuhnya,dalam hati sebak sangat sebab ida tahu,itulah hari terakhir ida akan berjumpa dengan syekhah ,dan haritu jugalah ida akan mengaji.Sedih sangat sebab tak sempat nak habiskan keseluruhan bacaan.Apapun ida tetap bersyukur sebab masih di beri peluang oleh Allah untuk menuntut di detik terakhir ida di Jordan.Doa dari syekhah adalah benda yang paling mahal di saat itu.Pelukan lama dan erat dari syekhah tak mungkin ida akan lupakan.Terima kasih syekhah sebab sudi mengambil ida menjadi anak murid,terima kasih atas ilmu-ilmu yang sangat berharga.Moga Allah memelihara kamu serta keluargamu berpayungkan rahmat serta keredhaan dari Nya....kami berpisah di situ.......

petang sabtu selepas wida dengan syekha ida terus ke pekan beli barang apa yang patut buat yang di Malaysia.Serius masa tu ida tak de langsung perasaan untuk "bershopping" atau "tasawuq" ,hati sangat tawar,tak rela nak tinggalkan jordan dalam keadaan tak bersedia..Tapi apa nak buat,saat itu akan tiba juga kan.siap beli barang dan apa yang patut ida sambung balik menyimpan barang-barang ,sampai lewat pagi juga,terima kasih kawan-kawan yang sudi temankan ida di hari-hari terakhir ida di sana.mula dari mengemas,membasuh,mengosok.memasak dan lain-lain.Jika ida sorang pasti ida tak mampu nak lakukan seorang diri dalam keadaan hati yang sangat sedih..Terima kasih sangat-sangat.

14 hb hari ahad,masanya pon tiba untuk ida meninggalkan bumi mafraq,hmm bertambah sayu,mafraq dalam kenangan sep 2005-febuari 2010.Ida amati sepuas puasnya gurun sahara tu,bau pasir,bahang gurun,sejuk gurun...dan segalanya..Selamat tinggal Jamiah Al albayt,selamat tinggal doktor2,kawan-kawan....popo,medo,dan bilik 29 sakan arin.bilik penuh kenangan.Bertambah lagi sayu bila tiba di mator,flight dah pun nampak,tak dapat tahan lagi air mata ni,akhirya tumpah juga bila wida dengan kawan sebelum check in.kawan arab ida "nur" turut hantar juga ida ke mator,pelukan sangat lama dari nur,tak tahu bila lagi kami akan berjumpa,kenangan dari tahun satu sampai habes pengajian takkan ida lupakan sampai bila-bila.
terima kasih pada kawan - kawan yang hantar ida,paling sayu bila teman-teman satu kelas masa markaz lughah tahun satu turut sama menghantar.hmm sayang sangat kat korang.kenangan susah payah dan senang kita bersama,takkan ida lupakan sampai bila-bila.Ida akan merindui korang semua.

nah sekarang saatnya ida perlu berdikari lagi ,masuk dan check in.Yakin Allah tu sentiasa bersama walaupun beg banyak.Alhamdulilah barang-barang sebanyak 48 kg lepas tanpa sebarang denda dan bayaran.Ikutkan berat beg hanya di benarkan 30-35 kg,tapi mungkin pacik yang bertugas menimbang beg ida tu baik,kesian agaknya bila tengok hujung mata masih basah jadi 48 kg tu di lepas camtu aja..Alhamdulilah..semuannya berjalan dengan lancar,transit di doha 5 jam dan perjalanan sambung semula ke kuala lumpur.jam 4 ptg malaysia ida tiba di balai ketibaan KLIA dengan selamat ..alhamdulilah.
Jangan tak percaya,saat kaki melangkah masuk hati ida masih di sana,ingat pada Jordan menjadi-jadi.DAN sehingga harini hati ida masih di sana dan masih cuba sesuaikan diri di negara sendiri.

Senyum terus terukir bila kelibat orang - orang yang di sayangi kelihatan di balai ketibaan.......
mak,ayah....ida dah pulang dengan membawa harapan yang telah di janjikan.
harini ida sudah pon bergelar khirijah.Semangat belajar ini masih belum padam,doakan ida agar berjaya menghadapi hari yang mendatang.

sampai jumpa lagi,
sayang semua!

wasalamualaikum wbt.

Friday, February 12, 2010

detik-detik teakhir

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt..

Hari berganti hari,minggu berganti minggu,setiap yang bermula pasti ada pengakhiran.Masih terlalu letih lagi ,menguruskan hal-hal yang masih belum selesai.Alhamdulilah urusan khirij ida dah pon selesai.Walaupun terasa sedikit azab bila berusan dengan arab,kerap kali bertangguh.Urusan yang sepatutnya boleh siap dalam masa sehari jadi memakan masa seminggu.Penat ke hulu ke hilir,amman-mafraq-amman.Kalo di ikutkan,dah pasti saat ini urusan ida masih tak selesai lagi.Di hari akhir ida di jamiah,masih lagi ida sukar mendapatkan kasyfu alamat dan juga musadaqoh.Semua tu dah tersedia,cuma atas kerajinan pihak atasan sahaja untuk keluarkan.Dan di hari akhir juga ida di jamiah (semalam) ida terpaksa bertegas walaupun tampak semacam kurang sopan.Di hari terakhir di jamiah juga,seboleh-bolehnya ida tak mahu ada sebarang masalah dengan bangsa ni.Tapi apa boleh buat,makin di diamkan ,makin di pijak kepala.Akhir sekali,tidak dapat tidak terpaksa gunakan air mata bagi melembutkan hati si bangsa ni...walaupun bukan sengaja dia mengalir,terlalu sebak dan sedih..di hari terakhir di layan sebegitu.tak mampu nak marah lagi,tiada kata-kata melainkan hanya dapat ida cakapkan pada si bangsa itu " hari ini hari terakhir saya di jamiah" dalam keadaan air mata yang tak kunjung berhenti... Si bangsa ini terpaksa beralah,hanya 5 minit sahaja segalanya sudah selesai .
Setelah selesai di jamiah,terus ida berkejar ke amman untuk pengesahan pula dari JPM ,alhamdulilah berurusan sesama orang kita,tiada masalah.cuma masa sangat-sangat terhad,tak sempat mengucapkan selamat buat orang-orang yang banyak berjasa pada kami anak-anak Malaysia disini.Apapun ida doakan moga kalian semua di rahmati dan di redhai.

Di saat ini,12 febuari ida masih lagi belum berkemas-kemas barang untuk pulang.Keadaan bilik tak ubah macam kapal karam.Sekarang hanya yang tinggal untuk kemaskan barang serta wida` dengan orang-orang yang terpenting sepanjang ida duduk di bumi jordan ni..

Kenapa ida balik tergesa-gesa?semua tu di sebabkan urusan khirij yang dah memang caranya begitu.Tak sangka rancangan ida untuk selesaikan dulu urusan ni jadi membuatkan ida jadi kelam kabut.semua urusan perlu di siapkan dalam masa seminggu bermula dari tarikh iqomah di tarik.Jadi ida perlu tinggalkan jordan dalam masa seminggu ni.Sekarang ida bukan lagi pelajar jadi terpaksa ida gunakan tempoh yang diberikan untuk siapkan semua urusan.Alhamdulilah urusan penting dah pun selesai.

Di saat ini,ida masih tak bersedia dan tak percaya yang ida akan tinggalkan Jordan.Masih belum boleh lagi terima hakikat yang ida terpaksa balik dalam keadaan yang tak bersedia.Hati masih di sini,di sini...dan sini....

Harini,ida sudah pon bergelar graduan,alhamdulilah..Terima kasih Allah atas segala hikmah yang menuntutkan kesabaran.Walaupun adakalanya jatuh tersungkur,perit jerih selama di sini semuanya berbaloi.Imtihan demi imtihan,masalah dengan bangsa arab ni,masalah sistem jamiah,masalah susahnya belajar,masalah cuaca...masalah demi masalah.Segala yang susah ini akan jadi kenangan terindah semasa menuntut ilmu di sini,takkan ida lupakan sampai bila-bila.
Dulu Allah uji dengan kerinduan pada tanah air tercinta,tapi harini ida tak mahu tinggalkan jordan.Kena belajar menerima setiap ketentuan Allah,setiap permulaan pasti ada pengakhiran dengan izin nya.Terima kasih Allah kerana memilih ida untuk menuntut disini.

Tapi Allah,ida harap suatu hari nanti ida berpeluang lagi menjejakan kaki ida di bumi anbiya` ini lagi.amin...

Ida akan pulang ke malaysia pada 14 febuari ini,hari ahad.Jadi ida kena manfaatkan sisa-sisa hari yang tinggal.Pandang dengan pandagan yang sayu....sayu....sayu....

Oh ya ida masih belum lagi cerita tentang main salji haritu,nanti ada masa ida cerita lagi ya,insyaAllah.
QATAR AIRWAYS
amm-doh
(14 feb)
doh-kul
(15 feb)
ok sekian dulu ,jika ada masa lagi ida akan update..
tata
wasalam

Tuesday, February 2, 2010

Ohh Allah , berdebarnya saat itu

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt...

Akhirnya mahu juga tangan ni menaip untuk mengupdate blog yang tak best langsung ni.Dari sehari ke sehari nak mengupdate tapi masih belum kunjun datang juga idea walaupun ada banyak benda nak luahkan kat open diary ni..harini pula tiba-tiba rajin nak conteng-conteng kat blog ni.
Saat itu kian hampir,keletihan bermuamalat dengan bangsa arab ni yang hilang lagi.Dari ke sehari urusan khirij(grad) tak juga selesai.Nampak gaya ida kena lipat gandakan sikit lagi kesabaran untuk terus menyudahkan urusan-urusan ni.Bermula dengan isi borang dan mendapatkan tanda tangan dari bangunan ke bangunan yang lain.Melayan karenah arab yang kadang kala sambil lewa....lepas bangunan itu bangunan ini..... tapi hasilnya tak juga dapat.


masih belum selesai lagi.....

(husnu zon) je la dalam hati,ida nak cepat-cepat menyudahkan urusan-urusan ,tak nak buat masalah di saat-saat ni.Tak palah susah serta bersabar sikit untuk kali terakhir,dari mula-mula menjejakkan kaki di jamiah ni sampailah sehingga detik ini ,masalah dengan arab tak pernah sudah.Di sebab ida ni bangsa asing di jamiah ni,jadi layanannya agak berbeza sikit,dari segi untuk urusan untuk khirij ni.Kalo ada masalah iqomah(visa) memang agak lama sikit nak uruskannya.Cuma sekarang ida agak pelik,pihak imadah syu`un tolabah (hal ehwal pelajar) tak nak tanda tangan lagi borang "pelepasan" ida,dengan alasan tempoh visa ida lambat lagi tamat tempoh.Hmm dalam hati pon cakap sorang "visa lambat habes pon jadi masalah ke?""lain la visa tu dah memang tamat tempoh"...sabo jer la....

ni dia iqomah(visa),tengok tarikh tu bila habis

depan

Jadi dengan ini ida terpaksa ke aman madani(balai polis) untuk rujuk ke sana,di mana tempat kami semua dapat kad visa.Dahla nak dapatkan muwafaqoh tu terpaksa turun ke amman..Kerja yang sepatutnya dapat siap dalam masa sehari boleh sampai memakan masa sehingga dua tiga bulan lamanya.Pastu bila kena gharomah(denda) terpaksa pula buat infaq gharamah di amman.Jadi tak ke rumit?moga Allah kasi hidayah pada orang-orang ini.aminn..!
Jadi doakan ida dan kawan-kawan yang lain supaya di permudahkan urusan kami.Aminn.

Pening dengan karenah bangsa ini,tapi dalam pening-pening pun,jauh di sudut hati ida berharap dalam kembali lagi ke tanah arab ni walaupun bukan di Jordan.Serik juga,tapi yang serik tu lah jadi kenangan terindah dalam hidup ida....ida berharap suatu hari nanti ida dapat menjejakkan kaki lagi di bumi para anbia ni.Doakan ya...

Teringat lagi masa mula-mula tahun satu dulu,nak cakap arab pon tak reti.Kena tipu dengan arab pon jadi biasa je,maklumlah baru tahun satu.Perkataan yang tahu pon masa tu,ammu,ana,anta,anti...pastu sebutan huruf-huruf (makraj huruf) pon banyak salah.Sampai sering kali tersalah faham dengan arab ..hehe...(serius..benda ni pernah berlaku).
Selalu je kena tipu dengan pakcik teksi,diorang ambil tambang lebih..ish..ish tak patut.


Sehari demi sehari pon berlalu,makin banyak kita bergaul dengan arab makin banyak kita belajar.Dari perkataan baru,budaya diorang,makanan diorang... walaupun ida tak dapat mengusai bahasa arab seratus peratus,tapi ada juga benda baru yang dapat di pelajari.Kalau tak caya korang boleh cuba sendiri.Macamana sekali pun buruk perangai arab tu,diorang tetap menerima bila di tegur.Yang penting kita kenalah tunjuk contoh yang baik.Tapi jangan mudah percaya 100% dengan diorang.

Pernah juga masa dulu jalan-jalan di pasar,pastu ida di sapa oleh arab,sembang punya sembang,akhir sekali dia tanya ida siapa nama.jadi ida dengan nakal pon menjawab

ida : ismi "manggis",wa hiya "betik"..(jahat tak?)
(nama saya manggis,dan dia betik)

Dia cuba menghafal nama kami,kesian juga bila dia tak boleh nak menyebut perkataan manggis tu.Berbelit-belit juga lidahnya..hihi...harap orang arab tu ampunkan ida sebab bohong2 manja..hehe....itu kisah lama,semua jadi kenangan..

Tetiba risau pasal tiket flight yang tak beli-beli lagi,tarikh pon ida tak pilih lagi,korang ada cadangan tarikh untuk bulan dua ni tak?Bukannya ida taknak booking atau beli tiket awal-awal,tapi di sebabkan step urusan khirij ida belum lagi selesai satu persatu jadi bertangguh la dulu ida untuk beli,sambil menunggu kawan ida selesai imtihan takmili dia.Doakan dia juga ya.
Mak ida pon dah tanya bila nak balik,jadi ida pon terpaksa bagi alasan untuk tamatkan dlu mengaji ida dengan syekhah baru ida balik.Doakan ya,moga di permudahkan segalanya.
Di sebabkan urusan di jamiah belum lagi selesai,jadi terpaksa ida tangguhkan dulu untuk selesaikan urusan di MSD.Jadi sekarang kerja banyak lagi yang bertangguh.Masa tu terkejar-kejar.Apa-apa pun doakan ida yeeee.....


Mengantuk dah la...sampai sini dulu cerita ida,lain kali kita sambung lagi...

jom kita pergi bulan dulu ok..
Sambil menunggu salji yang masih segan silu untuk turun.......Oh Allah turunkanlah salji cepat sebelum ida pulanggggggg!!!!!!!!!amenn hihihi

selamat malam jordan!
wassalam

Friday, January 22, 2010

~terima kasih sayang~

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt


~terima kasih sayang~
terima kasih kerana hadir di saat ida memerlukan seseorang untuk mendengar,walaupun sudah pasti sayang tak dapat memahami mahupun meleraikan kesedihan di hati,namun keletah dan gelagatmu sangat menghiburkan hati.... i luv u sayang...


di sebabkan dia hak orang yang dipinjamkan untuk sementara jadi ida panggil sayang je la..,masa tu ida sangat-sangat sunyi ,di tambah pula ada masalah yang tak kunjung selesai.,ada exam pula masa tu..sangat-sangat menekan jiwa..(hehe ntah apa2 ayat),tapi itu la yang sebenarnya yang berlaku.alhamdulilah adanya sayang menemani ida. mula-mula kenal sayang ni,dia garang..maklumlah baka arabkan ,hihi. jadi garang dia lua biasa,lama kelamaan..dia yang jadi peramah dengan ida... kita sama-sama mahluk Allah,bezanya ida tak mampu memahami tutur pecakapan sayang,dan sayang pon sama tak mampu nak memahami apa yang ida cakapkan.Saat tu ida cerita juga kat sayang,ida luahkan segalanya apa yang terbuku di hati ida.Saat tu ida rasa ida macam orang kurang waras (masih tak gila),tak tahu nak cerita dengan siapa,jadi sayang yang jadi mangsa....dan di saat ida luahkan semuanya,sayang duduk diam-diam depan ida..Memandang dengan pandangan seolah-olah mengerti apa yang ida cakapkan,ida tetap cerita juga dengan sayang walaupun kelihatan sayang sudah penat mendengarnya..

dua hari sayang menemani ida,kita makan sama-sama...gurau sama-sama...tidur pon sama-sama.Bila sayang lapar,sayang ajak ida makan temankan sayang.Ida faham sayang masa tu memang lapar,ida kasi ayam ida kat sayang walaupun masa tu ida makan roti je...tapi ida tak kesah janji sayang kenyang.Lagipun sayang dah teman ida,dengarkan masalah ida...walaupun tak dapat membantu,sekurang-kurangnya sayang hiburkan hati ida.Saat tu ida rasa benar-benar sayang kat sayang,masa ida tengah baca quran ,sayang berhenti bermain dan datang duduk depan ida,senyap tanpa sebarang bunyi.Agaknya sayang letih tunggu ida nak main sama-sama,jadi sayang pon tertidur...sorry sayangg!

sayang,itu cerita masa ida tengah nak exam,sekarang ida dah habes pon exam.Alhamdulilah ida dah lulus semua subjek taw.Tapi sekarang rasa boring jer bila tak de sayang.Tak de tempat ida nak bercerita dan bergurau.Ida rasa rindu sangat kat sayang.Ida salu pegi tanya kat tuan sayang tu,mana sayang?dia cakap sayang dah balik....pastu ida tanya lagi...mana sayang?dia cakap sayang dah tak da dengan dia.Ida rindu sangat-sangat kat sayang.Kat manalah sayang sekarang ni kan?Sayang,kat mana pun sayang berada sekarang,dengan siapa pun sayang sekarang,ida doakan sayang sentiasa di bawah lindungan Allah.Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ida,walau hanya seketika..Terima kasih kerana pernah mendengarkan ida..

Tiba-tiba ida rasa sebak pula bila tulis pasal sayang ni...mungkin sebab ida rindu sangat dengan sayang.InsyaAllah dengan ida dengan sayang takkan ida lupakan sampai bila-bila..

sayang,tempat sayang sudah pasti dalam syurga,doakan ida biar lulus ujian di akhirat kelak.Moga di ringankan segala yang berat.Sayang jangan lupa ida tau.

sayang ingat tau kenangan kita.Ida dah nak balik mesia nii...!



ni lah sayang @medo ida.. hehehe..comel x?bez punya posing!


sorry sayang,ida tak leh upload gamba sayang banyak-banyak kat sini,nanti ida jeles. hehehe sayang jangan nakal-nakal lagi ya.. Seandainya ida tak berkesempatan berjumpa dengan sayang sebelum ida balik mesia,pesan ida : jaga diri baik2 sayang! ,kalo tuan sayang wat jahat dengan sayang,sayang jangan lupa lari je rumah.InsyaAllah Allah akan tolong sayang.Mana tahu sayang akan bertemu dengan yang lebih baik ...ida sayanggg sangat dengan sayangg!

ok cukup dulu setakat ini dedikasi buat sayang ida,(sambil berkhayal kalo sayang@medo leh baca blog)hehe....

wasalam

p/s : jaga diri baik2 sayang

Sunday, January 17, 2010

~moga di tabahkan~




Bismillahirahmanirahim
salamualaikum wbt.

alhamdulilah selesai sudah imtihan nihaie ida beberapa hari lepas,debaran untuk imtihan sudah pun hilang ,yang masih ada debaran menunggu natijah imtihan,rasa macam-macam ada,berdebar juga menanti natijah ni.harap semuanya khair.Moga Allah najahkan ida dan kawan2,ameen.

rasanya tak terlewat lagi untuk ida ucapkan selamat tahun baru 2010 pada semua.dah lama tak update blog akhirnya baru ada masa untuk menjenguk2 blog yang dhaif ini.hehe..sian kat dia,sebab tak de orang nak update kan.hihi

tak tahu sebenarnya nak cakap apa untuk entry kali ini,perasaan masih belum stabil dan masih ada beberapa lagi masalah yang masih belum selesai. tak tahu bilalah masalah tu dapat di selesaikan.ida rasa kadang-kadang memang ida tak kuat nak hadapi.kadang - kadang ida rasa sangat putus asa,walaupun ida tahu setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. kadang-kadang itu ida rasa ida dah cukup sabar,walaupun pada hakikatnya ida tahap kesebaran tu belum mencukupi. Ada ketikanya di saat tenang kita hadapi sesuatu masalah tu,datang pula ujian yang menganggu ketenangan tu,sedikit demi sedikit menjadikan kesabaran ida tu di sentap.Syaitan memang bijak memainkan peranan.ditambahkan lagi kegusaran yang telah sedia ada,membuatkan kita kadang-kadang bersetuju dengan bisikan syaitan durjana.

Di saat ini dan ketika ini,ida masih lagi tercari-cari lagi jalan penyelesaian untuk hadapi masalah ida.Pening juga bila di fikirkan.Benar jika di fikirkan sesuatu masalah itu hanya akan menambah sakit kepala,tapi sampai bila masalah tu kena di biarkan tanpa sebarang penyelesaian.Ida bukan nabi yg maksum dari dosa,tapi hanya insan biasa yang cukup hina di sisi Allah,punya perasaan seperti insan lain,punyai hati untuk merasa sakit,pedih dan terluka.Kadang- kadang ida rasa sangat buntu untuk mencari penyelesaian ..Moga Allah tunjukkan ida jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

ida milik Allah....ida milik Allah..... ida milik Allah.....tabahkan ida,kuatkan ida.....sabarkan ida,moga ida tak tergolong dalam golongan yang berputus asa.

dalam keadaan memujuk hati sendiri untuk sabar hadapi masalah,dan anggap semua itu adalah ujian dari ALLAH .mungkin ini adalah petunjuk dari Allah untuk berikan yang terbaik buat diri ida.Dalam juga masih memujuk hati sendiri untuk menerima segala ujian dan masalah ini dengan hati terbuka.moga semua ini ada hikmah yang amat bermakna dan berharga...dan moga air mata hari ini untuk senyuman paling bahagia untuk hari esok.



لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرً۬ا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

Rasanya cukup sampai sini dulu,doakan ida terus tabah dan kuat untuk hadapi segalanya dengan tenang.

~air mata hari ini untuk senyuman paling bahagia untuk hari esok~
wasalam.

video