Sunday, August 21, 2011

ramadhan kareemm!


Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt


Alhamdulilah hari ini sudah pun masuk hari ke 21 berpuasa.Alhamdulilah setakat ida dapat berpuasa penuh lagi.Cepatnya masa berlalu.Tahun ni sambut ramadhan paling seronok sekali,mana tidaknya berpuasa dengan incik zaujie buat pertama kali.Pagi-pagi dah kena bangun untuk siapkan sahur untuk zaujie.Kebetulan pula incik zauji ni memang orang yang perlu bersahur.Jadi kenalah bangun untuk sediakannya.Ramadhan sebelum ni ,ida memang boleh di ketegorikan di kalangan orang yang memang tidak bersahur,kecuali hanya minum air masak sahaja.Agakanya bila dah jadi zaujah orang ni kot barulah dapat bersahur dengan nikmat sekali.hehehe....


Satu perkara yang ida tidak dapat lakukan bilamana berhadapan dengan buah kurma.Tekak ni masih tidak dapat nak menerima kehadiran buah kurma ke dalam badan.Hari pertama berpuasa dengan zaujie,di beri kurma untuk cuba memakan,macam biasa perkara sama terjadi,tekak tidak dapat nak terima makanan sunah ni.Tetapi ida berjaya makan segigit kulit kurma.Selebihnya incik zauji habiskan.hehehe.
Ida pernah juga jumpa orang spesis macam ida,tak boleh makan kurma.Keadaannya sama juga berlaku,bila makan,tekak ni mula nak memuntahkan segala isi perut .Jadi ini bukan bermakna ida tidak cuba untuk makan,tapi perlu mengambil masa untuk belajar memakannya lagi.Doakan ok sebab ida tidak mahu ketinggalan makan makan sunah ini.:)


Berhadapan dengan murid.
Bulan puasa ni sangatlah mencabar kesabaran sebagai seorang pendidik.Nafsu amarah tu mula datang perlahan-lahan ,tetapi belum sampai tahap meruntuh tembok kesabaran tu.Nakalnya anak-anak didik ni hanya Allah sahaja yang tahu.Nakal diorang ni lain macam pula,tidak seperti bulan - bulan sebelum ini.Mungkin agaknya mereka pun berpuasa agaknya.
Ada satu hari tu ida mengantikan kelas anak-anak pra sekolah.Datang seorang ibu menjemput anaknya.Anaknya boleh di katakan aktif juga.Cuma ayat yang keluar dari ibukepada anaknya  itu membuatkan saya terfikir..
"kau jangan nak mengada-ngada,jangan nak uji aku,aku puasa ni.habis bulan puasa nanti siaplah kau"
itu ayat yang ida dengar.Tetapi apa yang mushkil nya di sini.Adakah itu di namakan sabar?Dan adakah si ibu ini menunggu tamatnya ramadhan untuk baru dia boleh marahkan anaknya?.Ida harap si ibu tadi dapat faham apa sebenarnya erti berpuasa.Di doakan semoga si ibu tadi berubah dan mengawal kata-katanya terhadap anaknya.Aminn!


Belum puas!
Terus terang ida cakap,ida masih tidak puas lagi untuk menjalani Ramadhan kali ini.Kenapa cepat sangat berlalu,Ada masih banyak lagi perkara ida nak buat ramadhan ini.Nak buat itu,nak buat ini.Seandainya ini ramadhan yang terakhir buat ida,adakah ida perlu berpuas hati dengan ramadhan yang kali ini?Oh tidak!Oh Allah lambatkanlah masa ini berlalu...Biarkanlah kami terus merasa nikmat hari-hari di madrasah ramadhan ini.


Rasanya setakat ini dahulu ida merapu,tadi macam banyak nak cerita,Tapi tiba-tiba jadi kering pula idea bila hati ini ingat ramdhan hampir berlalu.InsyaAllah lain kali sambung lagi.:)


Ramadhan kareeem!
Wassalam


ida/UYB
sayang semua!

Thursday, July 28, 2011

bersabar tak?

Bismillahirahmanirahim..
Salamualaikum wbt

Alhamdulilah Ramadhan kian menghampiri kita,mudah-mudahan masih di panjangkan umur oleh Allah SWT untuk terus mengutip mutiara-mutiara berharga didunia ini bagi di jadikan bekalan di sana kelak.Sekejap sahaja masa berlalu.Detik dan masa yang berlalu pergi tanpa di sedari.Terasa kekurangan diri terus di paparkan setiap hari,berusaha untuk melakukan terbaik dalam setiap nafas.Ramadhan yang di nanti,bakal tiba beberapa hari lagi.Mengenapkan 29 hari di bulan Syaaban seterusnya menyambut keberkatan Ramadhan untuk umat islam .

2011..
2011 tahun pertama ida menyambut Ramadhan  sebagai seorang isteri.Jika sebelum ini menyambut ramadhan sebagai seorang anak,dan kali ini tugas itu sekali lagi di pikul sebagai seorang isteri.Di sekolah ida adalah seorang guru dan di maktab ida adalah seorang pelajar.Debaran kian terasa.sering kali ida tertanya-tanya pada  diri sendiri,berjayakah ramadhan aku kali ini?mampukah aku harunginya?..Apa yang pasti jangan biarkan persoalan itu terus bermain-main di fikiran.Mahu atau tidak,kita mesti harunginya tanpa membazirkan setiap detik yang datang.Hargai dan manfaatkan setiap detik itu.

Tidak sabar..di dalam sabar...:)
InsyaAllah dalam perancangan tahun depan ida akan tamat belajar (kursus).Selepas konvokesyen bulan Disember kami suami isteri merancang untuk menyambung lagi pelajaran.Doakan kami semoga niat kami di permudahkan Allah.Sekarang masih dalam meninjau-ninjau tempat yang sesuai untuk kami menyambung pelajaran.

Zuriat..
Soalan yang adakala mengocak hati ini ramai yang bertanya soal cahaya mata,persoalan ini kami serahkan kepada Allah SWT sebulatnya..Sensitif? Sebenarnya tidaklah sensitif sangat,tapi bila bertanya tidak kena pada tempatnya,mengalir juga air mata di buatnya.Tipulah,kalau ida cakap hati wanita mana yang tidak tersentuh bila berbicara soal ini.Ini ujian dari Allah sebagai tarbiah buat hambanya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan? Berterima kasih dan bersangka baik dengan Allah itu adalah yang terbaik.Sekarang senyum untuk diri sendiri,seikhlas yang mungkin.:)Allah adalah sumber ilham kami.

Rumah kami Syurga kami..
Alhamdulilah sudah hampir 5 bulan kami menyewa rumah berhampiran dengan sekolah tempat ida mengajar,dari situ kami belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.Rasa seronok dan tenteram setiap kali pulang ke rumah.Di situ tempat kami berkongsi hidup,cara,suka,duka dan mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam.Berkongsi minat yang sama,fikrah yang sama dan meraikan setiap perbezaan yang ada di dalam diri masing-masing.Kalau semua sama tak best pulak kan...hik..hik..
Selalunya bila ada masa terluang incik zauji akan terus hanyut di depan laptop berkarya dan adakalanya kami bersembang walaupun cerita itu telah berulang kali di ceritakan.Ada ketikanya suami memahami gelodak hati isterinya yang meronta-ronta untuk pulang ke rumah mak walaupun bukan masa bercuti..>..terukkan ida ..<>>alahai pening suamiku.. "terima kasih abi..kerana sabar melayan karenah zaujahmu ini"..:P

Oh rasanya sudah masa masuk ke kelas dulu,insyaAllah sambung di lain masa..
Saya sayang semua orang!

ida
UYB
WAssalam

Monday, July 25, 2011

4 hari di tinggalkan...

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt.

Alhamdulilah setelah 4 hari berkursus akhirnya tamat juga apa yang di nanti.Sepanjang meninggalkan rumah dan zauji selama itu juga rindu sering bertaut.Rindu dengan zauj,mak,ayah,dan seisi rumah.Pulang dari berkursus terus bercerita dan bercerita.Walaupun penat mulut ni asyik nak bercakap je.Incik zauji dengar jer dengan penuh kusyuk..hehe,maklumlah 4 hari kena tinggal.Orang lain tinggal berbulan - bulan rilek je.Selalunya kalau ida ke maktab mesti akan pulang semula ke rumah tapi kali ini berkursus di tempat lain dan tanpa komunikasi dengan hubungan luar.Jadi hati ini jadi tak keruan memanjang.Apapun yakin dengan Allah dan serah kepadaNya untuk menjaga apa yang di tinggalkan.

Hari pertama sewaktu incik zauji menghantar ida ke maktab sebelum bertolak menaiki bas,sempat lagi nangis tu.Ialah isteri mana tidak risau tinggalkan suami keseorangan di rumah.Tapi incik zauji pandai memujuk,"hanya 4 hari sahaja".hehe mengada tol zaujah dia ni..toink...toink...toinkkkkk... Maklumlah tidak biasa berjauhan.Selesai je kursus hari keempat,incik zauji menjemput di maktab ,dari jauh dah nampak senyuman melebar..ade makna tu..hehe rupanya incik zauji nak cakap kenapa zaujah dia nampak makin gelap. So puan zaujah dia pun mula bercerita,yang sepanjang kursus tu banyak menjalankan aktiviti luar termaksuk duduk berkayak di tengah lautan. Dan macam-macam lagi la.

Penat.
Penat tu tetap ada sampai sekarang,nak di katakan penat tu ,sampai sahaja di rumah ida terus merebahkan diri.Badan terasa lenguh dan lesu.Incik zauji kata ida tidur lebih dari 12 jam,fuhhh letih sangat tu namanya.Bangun tidur je tengok incik zauji dah siap masakkan sarapan pagi nasi goreng dan teh "o" limau. Terima kasih incik zauji.Ini pun rasa letih lagi,pening - pening akibat terlalu lama di laut pun masih belum hilang.Seronok berkursus tetap di rasai.Seronok dapat rasa kemanisan ukhuwah bersama kawan-kawan.Seronok dapat melihat keindah ciptaan Allah. Dalam hati tidak lepas bertasbih memuji kehebatan Allah.Dalam keseronokan itu terus berdoa "Allah ..jagakan suami saya" hehehe...


Di rumah...
Terus bersembang dengan zauji.Saja tanya sepanjang ida tiada di rumah apa yang dia buat?
"abi watpe sepanjang umi tak de?"
"abi makan apa?"
"abi pergi mana?"

"tokek kasi makan tak?"
"rindu umi tak?"hik..hik...(malu nak tanya sebenarnya)
Incik zauji sabar je layan soalan zaujah dia ni.Memang dia sedia maklum zaujah dia kalau bercerita mesti riuh.Alhamdulilah setakat ni tidak ada rahsia antara kami.Dengan siapa ida berkawan,tujuan apa ida berkawan,kemana ida keluar pasti di bawah pengetahuan incik zauji.
*****kena memuliakan suami kan ?betol tak?****


Banyak lagi nak cerita ni masa kursus tu tapi masa tak mengizinkan.Cukup ida katakan kemana kita pergi pun ambil sebanyak banyaknya manfaat yang ada.Dan apa yang penting mesti kena ingat batasan dan adab sebagai seorang isteri.Kemana sahaja kita pergi pun kita akan membawa nama suami dan agama.Jaga nama baik mereka sebaik mungkin.


zauji ..uhibbuka fillah..
25 Julai 2011
UYB..
SALAM RAMADHAN MUBARAK!

Thursday, July 7, 2011

setelah 6 bulan...^-^

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt..

Lama  rasanya ida tak update blog ni.Banyak perkara yang menyebabkan ida diam seketika dari dunia blog.Antaranya kekangan masa yang tidak dapat di elakkan.Kesibukan diri dengan taklifan yang telah di beri membuatkan ida sepi seketika.Taklifan yang di beri cuba di lakukan habis baik walaupun ada kalanya tidak sesempurna yang diharapkan.Memikul amanah di sekolah sebagai guru,dan menjadi pelajar pada waktu yang sama membuatkan ida harus mengejar masa yang tidak pernah menunggu.Alhamdulilah walaupun agak sibuk di sekolah,incik zauji tetap memahami.Walaupun sudah 4 minggu berturut-turut hari cuti di habiskan di sekolah,incik zauji tidak pernah merungut kerana di tinggalkan..


Alhamdulilah 6 bulan berlalu pantas,dalam tempoh ini jugalah ida terus memengang "title" isteri.Dan selama ini jugalah ida berterima kepada suami yang sentiasa sabar melayan karenah isterinya yang macam-macam ini.
Mula-mula dapat mengajar di sekolah ini,incik suami perasan perubahan ida.Mana tidaknya,sejak mengajar di sini karekter ida dah mula bertukar.Incik zauji cakap ida macam garang sikit.tak macam masa mengajar di tempat lama dulu.Nak buat macamana , anak-anak di sini terlebih aktifnya.Suara yang sebelum ini pernah di tegur oleh murid kerana perlahan sekarang sudah bertukar menjadi suara yang kuat.Dah nasib hari-hari perlu berteriak kuat sikit untuk anak-anak yang terlebih aktif ni.Kadang-kadang tu terbawa-bawa ke rumah..sian incik zauj..bersabar ya wahai suamiku..hihi ..untuk incik zauji terima kasih kerana mengajarku erti kesabaran.

Di sebabkan diri ini sangat boring dan kesunyian di rumah ,ida mengambil keputusan untuk membela beberapa orang  kucing. Satu hari ida telefon incik zauji dari sekolah dan bertanyakan tentang hajat ida ni.Zauji merelakan tanpa sebarang bantahan.Yang pasti incik zauji masih dalam keadaan terkejut bila di maklum kucing itu seramai 6 orang...errr zauji macam berat je nak benarkan membela kucing ramai-ramai.Tetapi bila di terangkan kondisi sebenar kucing yang juga merupakan ibu tunggal kepada anak-anak nya yang baru lahir,barulah incik mengiyakan penuh rela..hehe..."maaf abi....terpaksa mengiyakan kehendak ummi dalam keterpaksaan...",setakat ni gamba ahli keluar baru kami ni tidak dapat di upload lagi ,insyaAllah ada kelapangan nanti ida kongsi bersama.

Tidak lama lagi Ramadhan muncul kembali.Tak sabar rasanya menanti bulan mulia ini.Tahun kedua ida menyambut ramdhan di Malaysia setelah hampir 2 tahun menamatkan pengajian di Urdun.Kehangatan menyambut ramadhan di bumi anbia` sana masih lagi hangat di dalam ingatan ida.Menyambut imtihan demi imtihan di dalam bulan ramdhan yang sering kali menguji kesabaran hamba Allah ini.Kini semua itu tinggal kenangan yang tidak mungkin ida lupakan sampai bila-bila.Rindu sangat suasana itu sampai menyesakkan dada ini.Jauh di sudut hati ini berharap dapat menjejakkan lagi kaki ke sana.Allah ...makbulkanlah permintaan ini.ARJUKA YA RABB...!

Hmmm macam da melalut je entri ni..sebelum ini merapu dengan lebih jauh ada baiknya ida membawa diri dulu.insyaAllah ade kelapangan nanti ida update lagi.Akhir kata doakan ida dan keluarga moga sentiasa di bawah lindungannya.aminn 

Uhibukum fillah.
wassalamualaikum~

Monday, May 23, 2011

Uhibukka ya zauji !

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt

    Alhamdulilah masih di berikan kesempatan oleh Allah untuk ida update blog ni.Rasa macam lama tidak men"online" kan diri ..hehe padahal baru 2 hari tak online.Kali terakhir online masa balik kampung zauji.Mulanya bercadang balik ke kampung semalaman sahaja tapi secara tidak sengaja menjadi  dua malam.Semalam hari Ahad,pada awalnya zauji bercadang untuk berjalan ke Teluk Intan dan terus pulang rumah melalui jalan Slim River,tapi rancangan itu di batalkan.Ini semua gara-gara puan ida ni teringin sangat ke Bukit Melawati.

ntah apalah diorang sembang...:P

dia ni la yang telah merampas jagung dari tangan saya....

    Akhirnya kami ke Bukit Melawati sahaja.Incik zauji ada cakap,di Bukit Melawati tiada apa yang menarik pun.Tapi puan zaujah ni nak juga pergi.Kali terakhir ida pergi ketika berumur enam tahun.Apa yang ida masih ingat tempat tu sangat "ramai budak comel".Jadi tujuan utama ida ke sana bukan nak sangat pun tengok-tengok meriam lama,tapi sebab nak tengok budak-budak comel tu la..Incik zauji memang dah faham perangai zaujah dia ni,kalau sebut "budak comel " atau "budak hensem" tidak lain tidak bukan sudah pasti di tujukan untuk monyet-monyet dan kera yang riang ria bergayut dari satu dahan ke dahan yang lain.Untuk kenangan yang terindah sempat kami coretkan ialah sarung kaki ida terkoyak tersadung batu gara-gara nak larikan diri dari budak-budak hensem ni.Kesian dengan incik zauji bila risaukan kaki ida yang sakit dek kerana tersadung di batu .Dan kerisauan tu bertambah bila melihat sarung kaki yang terkoyak tadi sudah pun menampakkan hujung jari.Si puan ida ni pun satu hal tak bawa pula sarung kaki lebih.Alih-alih melilau incik zauji mencari sarung kaki baru.Siapa yang rela aurat isterinya di lihat ajnabi lain?Akhirnya duduk je dalam kereta diam-diam.hihihi
    Apapun,terima kasih untuk zauji sebab bawah ida pergi jalan-jalan.Pasal menara condong di Teluk Intan tu kita pergi lain kali ya.Uhibbuka!

    Masa di kampung sempat juga kami raikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke "lima" bulan.hehe orang lain sambut setiap tahun,tapi kami sambut tiap bulan.Tiada majlis yang besar di adakan,dan tiada tetamu pun yang di jemput.Tetapi hanya dua biji "cup cake" comel yang di hadiahkan zauji serta keychain yang bertulis nama "ida".Terasa di hargai sudah tentu pasti.Dan tujuan paling utama incik zauji cakap,kita tidak tahu bila ajal kita akan tiba.Mungkin esok,mungkin lusa dan mungkin untuk ulangtahun perkahwinan akan datang tidak dapat sambut bersama.Jadi zauji suka sambut setiap bulan .Bagi ida ucapan dari zauji sudah cukup menghiburkan hati.Ida selalu juga bertanya dengan incik zauji,kalau - kalau ida ada sakitkannya tanpa tidak sengaja.Jawapan yang menyejukkan hati ida adalah bila incik zauji selalu cakap "abi terima segala baik buruk ummi sejak mula akad nikah lagi".Incik zauji selalu berpesan,salah seorang baik suami atau isteri perlu selalu bertolak ansur dalam semua hal.Terima kasih zauji , kerana selalu ada tatkala zaujahmu ini ber"hangin" tidak mengira masa.hehehe

    Orang cakap sementara belum ada zuriat lah boleh berjalan.Sebab inilah agaknya kami selalu sangat ber"dating".hihi.Tapi jangan berpegang sangat dengan kata-kata orang.Apa yang penting terpulang pada diri diri kita sendiri untuk menentukan hala tuju rumahtangga sendiri.Alhamdulilah sekarang selepas berkahwin baru perasaan "sakinah" itu tiba.Tenteram sangat dengan cara yang telah Allah tetapkan.Moga perkahwinan kami di limpahkan mawadah wa rahmah yang berpanjangan.Amin. 

    Ida pun tak tahu nak tulis dah dalam blog ni.Kadang-kadang penuh simpan dalam draf,tapi tak sempat nak di "publish"kan.Di sebabkan incik laptop sakit,jadi tidak dapatlah ida online di rumah.Masa yang kosong di sekolah sahajalah ida dapat meninjau-ninjau blog ida.Nak masukkan gambar-gambar pun agak terbatas,insyaAllah bila semua gambar sudah di pindahkan ke dalam incik laptop bolehlah ida kongsikan sekali di sini.Doakan ya incik  laptop ida cepat sembuh.

Oklah setakat di sini dulu cerita ida.Ada kelapangan lagi ida update ya.
Sayang semua!

dari ida.... 
wassalam



Tuesday, May 3, 2011

Moga Allah bersamamu..

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt..


29 April   adalah hari terakhir incik zauji bekerja di Kajang,Alhamdulilah lepas ini hari-hari la incik zauji di rumah,tak perlu lah puan zaujah asyik risau je bila pulang lewat.Hari terakhir incik zauji di Kajang ,sempat juga ida luangkan masa ke sana selepas habis sesi persekolahan.Letak kereta di Stesen Komuter Tanjung Malim dan terus ambil tiket ke Kajang.Waaaaa lama sungguh perjalanan ini. 2 jam  hingga ke 3 jam.Agaknya inilah yang di rasakan oleh incik zauji yang  terpaksa berulang hari-hari dari Tg . Malim - Kajang.Kebetulan hari Jumaat ramai orang sudah pasti terpaksa bersaing dengan penumpang yang pulang bercuti.Penat,tapi seronok sebab dapat berjalan.Sampai je ida di Kajang di sambut suami yang tinggal hanya 1 jam setengah untuk menamatkan segala kerja-kerjanya di Kajang.Alhamdulilah setelah selesai semuanya kami terus ke Bangi untuk berjumpa dengan kawan baik zauji "incik amin @bdk sempoi", maklumlah lepas ni susah dah nak jumpakan.hehehe,kawan sejak masa belajar dulu tu...Tak sempat nak sembang panjang sebab hari dah nak maghrib,so lepas hantar pulang incik amin ni kami meneruskan perjalanan meredah kesibukan kota,masuk sentul,damansara,gombak,selayang ,rawang dan akhir sekali balik Kalumpang.Disebabkan badan dah tersangat letih,kami putuskan esok saja kereta yang ida letakkan di komuter Tg. Malim itu di ambil.Balik rumah kendiri dan terus tidur dengan lena...zzzzzz


Alhamdulilah tanggal 30 april lepas,ida dan zauj sempat pulang ke kampung untuk sama-sama meraikan ulangtahun perkahwinan mak dan ayah ida yang ke 32. Tarikh  30 yang di minta oleh mak untuk mengosongkannya bagi sama- sama pulang ke kampung.Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar.Encik zauji yang awal-awal lagi sudah di tempah oleh mak untuk mengetuai majlis pada hari tersebut.Program yang di atur dengan mak cukup ringkas tapi penuh pengertian.Bermula dari solat maghrib berjemaah ,bacaan tahlil dan yassin seterusnya solat isyak berjemaah.Alhamdulilah incik zauji tidak kekok dengan tugas di berikan.Lepas dengar tazkirah pendek dari mak ,kami meneruskan aktiviti yang di tunggu-tunggu iaitu "makan"....hehe yang ni tidak dapat elak,nak tak nak kena makan juga sebab dah terliur sangat..Selamat ulangtahun perkahwinan mak dan ayah,moga jodoh kalian tetap berpanjangan hingga ke syurga,amin.Ida sangat beruntung di lahirkan menjadi anak mak dan ayah...


1 Mei ,cuti yang ada tidak di sia-siakan,selepas merancang seminggu lepas akhirnya sampai juga kami di Pesta Buku Antarabangsa di PwTc .Pada asal kami merancang nak pergi menaiki kamuter saja,tapi memandangkan incik zauji nak pergi menaiki kereta,jadi Puan zaujahnya hanya menurut saja,asalkan tiada pertukaran pemandu semasa pergi mahupun balik perjalanan...hehe ni semua gara-gara incik zauji yang suka membuli zaujahnya ni.. :) .Seronok dapat berjalan ke pesta buku,maklumlah tahun lepas pergi dengan kawan-kawan,tahun alhamdulilah ada zauji temankan. Kami pusing juga satu pwtc tu tapi tak sempatlah nak singgah lama-lama dari satu dewan ke dewan yang lain.Mula-mula berjalan tu sempat juga incik zauji menegur Ustaz Amal , senyum sampai ke telinga incik zauji bila dapat berjabat tangan dengan penulis "fav " dia,dan ada juga terlihat kelibat 2-3 orang penyanyi nasyid Malaysia.Selesai di pesta buku kami ke The Mall untuk mengalas perut.Ingat lepas selesai makan nak terus ke Jalan TAR,tapi di sebabkan kaki pun dah lenguh,kami buat keputusan untuk keluar dari KL dan terus pulang ke rumah mak.Dalam perjalanan balik,di Selayang sempat lagi kami belikan durian yang mak pesan,kesian Incik zauji walaupun durian tu dah letak dalam bonet,bau tu tetap kuat menusuk hidungnya.Agak-agak ada tak petua nak buat supaya Incik zauji tidak alah lagi dengan "buah Durian"?? hehehe

2 Mei ,.Semalam pun selepas zuhur sempai lagi kami pergi "mandi sungai" melepaskan  kemaruk nak main air di sungai.Seronok.....kalau dah namanya orang sungai,pergi mana-mana pun mesti tak boleh tinggal sungai la.Inilah dia semangat minangkabau. hehehe. Alhamdulilah sekarang pun ida sedang giat belajar bahasa jawa dari zauji,duduk saja-saja pun kena "tasmik" tau.hehe.... nanti zuriat yang lahir pun kena belajar bahasa jawa +minang + arab +BI + BM dan yang paling penting kemahiran lain yang perlu ada bak kata zauji adalah "bijak matematik".Apapun perkara asas yang perlu adalah bimbangan agama rohani dan jasmaninya.Amin.

sampai di sini dulu ida merepek ,insyaallah ada kesempatan ida sambung lagi...ojo lali yo...!hehe
sayang semua!
ida~
Kalumpang-uyb

Sunday, April 17, 2011

~masih menunggu..~


Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt..

Setelah menunggu hari minggu,akhirnya tiba juga saat yang di nantikan..iaitu “pulang ke kampung”..hehe,padahal baru je  tiga hari tidak berjumpa dengan mak ayah.Maklumlah sejak hidup berdua dengan zauji ni asyik teringat jer dengan mak ayah.Sebelum ni tinggal dengan mak ayah lagi,hari-hari boleh tengok muka mak ayah.Dulu masa mula sekolah menenggah dah mula berpisah dengan keluarga,maklumlah duduk di asrama.Bila mula cuti sekolah barulah ida dapat pulang,ida ingat bila dah habis SPM bolehlah berehat-rehat dan bersantai-santai dengan mak ayah lama-lama,tapi tidak pun..Selang beberapa bulan ida dapat meneruskan pengajian lagi,ini bermakna ida kena berpisah lagi dengan mak ayah buat sekian kalinya,duduk jauh di perantauan,selama pengajian empat tahun hanya sekali sahaja ida berkesempatan pulang ke tanah air.Ini bermakna ida perlu berjauhan dari mak ayah sejak bersekolah sehingga sekarang.Ini terbukti,apabila setelah berkahwin ida terpaksa berpisah lagi dengan mak ayah.Ini kerana ida sudah pun mempunyai kehidupan sendiri.Apa yang pasti ida berjauhan tidak bererti lupa dan putus.Walaupun jarak dari rumah kami dan mak ayah hanya 26 km sahaja,rasa lain tu tetap ada bila tidak melihat wajah mak ayah.Alhamdulilah jarak kami tidak jauh,jadi dapatlah ida balik ke kampung  “ikut suka hati “  sahaja.

Teringat masa masih manja dengan mak ayah dulu,nak pergi temuduga pun masih berteman,maklumlah sewaktu tu anak mak ni masih belum pandai “drive” kereta Cuma pandai naik sahaja.Ke sana kemari semua dengan mak ayah,kalau keluar seorang diri pasti mak telefon banyak kali.Tapi sekarang setelah berumah tangga ,seluruh tangungjawab itu sudah pun di ambil alih oleh zauji terhormat.Teringat masa mula-mula belajar memandu dengan incik zauji,teruk juga “di buli”,dari takut jadi berani pula bawa kereta.Rasanya kalau pergi sekolah memandu pun tak ada kena “buli” macam ni.Mula-mula belajar bawa kereta dekat-dekat kawasan rumah je,kemudian ke kawasan sibuk  kena  tempuhi lampu isyarat,dan pada masa yang sama terpaksa belajar bawa kereta meredah hujan dan kesesakan lalu lintas berbukit di ibu kota Kuala Lumpur,agak-agak rasa dah yakin sikit incik zauji pun lepaskan ida untuk memandu di lebuh raya.Mula-mula rasa macam nak menanggis,nak tak nak perjalanan itu mesti kena tempuhi juga,maklumah diri ni rasa tak nak Nampak  kalah dengan incik zauji.Jadi setiap cabaran dari incik zauji ida sahut.Alhamdulilah sekarang ida tiada masalah lagi untuk memandu.Cuma yang menjadi masalahnya ialah “Puan Khalidah “ ni masih belum ada lesen yang sah..hehehe .Memandu dah jauh tapi lesen belum ambil lagi.Kekangan masa sangat terbatas.Hari cuti yang ada ,ida perlu hadiri kuliah dan hari berkerja tugas ida di sekolah.Doakan moga di beri oleh Allah masa untuk ida pergi ambil lesen.Kerana memandu tanpa lesen sangat merbahaya,jadi bagi puan-puan  yang ada masa,eloklah anda pergi belajar memandu  dan ambil lesen.Jangan berani-berani bawa kereta tanpa lesen macam SAYA..Bahaya!!hehehehe ngeh2!




Sejak bergelar puan ni,berat badan  ida sudah pun makin bertambah,ini menjadikan puan ida cukup pekej dengan montel + tembamnya.Sebelum ni macam tak sedar diri dah montel,lepas sekali timbang barulah tenganga mulut,mata tak berkedip seketika. “”Errr ni mesti penimbang ni yang salah neehhh…””berat dah naik tak nak mengaku lagi tu,incik penimbang tu pulak jadi mangsa..hehehe. Penambahan berat  badan senang hati sudah pun meningkat sebanyak  18 kg,hehe…..baru kelu lidah tak terkata.Naik berat badan kalah orang “pregnant”..,jadi adakah benar orang cakap lepas kahwin berat akan naik??jawapan yang paling tepat dari puan ida ialah : yaa!!!!!!!

Sebut tentang “pregnant” ni,soalan lazim dari orang ramai untuk  ida ialah , dah ada isi ke?,dah mengandung?.Ok,jawapannya ida belum mengandung lagi.Tidak di nafikan ida agak tersentuh sedikit bila melihat teman-teman lain dah pregnant,dan tak kurang juga yang menunggu tarikh keramat untuk melahirkan zuriat ,tetapi bila di bisikkan kata-kata semangat dari incik zauji jadi kesedihan itu berkurangan .Percaya dengan rezeki Allah yang pasti ada.Lihat pada pasangan yang sudah lama berkahwin tapi masih belum di kurniakan cahaya mata,mereka jauh lebih tabah dan sabar.Memandangkan syarat “pelajar tidak di benarkan mengandung” hanya akan berlangsung selama 18 bulan sahaja,jadi ida terpaksa mendengar dan patuh arahan ini.Tetapi jika Allah berkehendak dalam tempoh ini ida mengandung,maka “nikmat Allah yang manakah kau dustakan?”,bak kata zauji …”percaya pada rezeki Allah”.Doakan moga Allah menjadikan kami pasangan yang sabar dan tabah dalam apa juga ujian yang datang,amin!

Jadi,di sebabkan di rumah hanya tinggal kami berdua,ida pun usulkan pada suami untuk membela kucing.Tapi kucingnya yang tiada tuan kami tak jumpa lagi.Kami masih lagi berusaha lagi untuk mencari kucing ,jika anda tidak mahukan kucing,boleh terus bagitau kami..hehe

Oklah ,cukup sampai sini dahulu.Idea nak bercerita pun dah kering,sebab incik zauji asyik nak mengacau je,dah elok-elok duduk  membaca kacau orang pula.Dendanya ialah,incik zauji kenalah tolong puan zaujah dia melipat kain…hihihi!

Wassalam!

Ida haris
uyb 

Monday, April 11, 2011

Rumah baru

Bismillahirahmanirahim..
Salamualaikum wbt..

Alhamdulilah .masih di beri lagi kesempatan dan masa untuk ida terus "mengupdate" blog yang comot ni.Setelah 2-3 minggu lamanya menghempas pulas,akhirnya siap juga kerja-kerja mengecat rumah sewa baru kami.Kerja-kerja berakhir dengan memasang tikar getah,Alhamdulilah.Sekalung perhargaan penuh kasih sayang di ucapkan buat incik zauji dalam kerja-kerja membantu mengemas,mengecat dan lain-lain.Walaupun sibuk bekerja,belajar , menjadi seorang isteri dan tugas seorang anak ,akhirnya siap juga kerja - kerja mengemas rumah yang baru kami sewa.Alhamdulilah dapat tuan rumah yang baik,harga rumah tidak terlalu mahal,tidak terlalu besar,dan tidak terlalu kecik.Tetapi cukup untuk kami suami isteri untuk berteduh,dan berusaha menghidupkan kembali sunah-sunah kecil yang ada kala kami teralpa seketika.InsyaAllah kami akan cuba beristiqamah dalam menghidupkan kembali sunah-sunah Rasulullah saw dalam melayari bahtera bersama.Doakan kami ya!

Dalam kesibukan menjalani kehidupan harian,2 hari lepas ,kami sempat meluangkan masa untuk jenguk orang tua zauji di kampung.Walaupun perjalanan tu tidak di rancang,tetapi alhamdulilah sampai juga kami di kampung zauji di sungai besar.Tetapi bukan ini yang nak ida ceritakan,tapi ada satu hal yang menyebabkan kesal dengan sikap sesetengah hamba Allah yang terlalu mementingkan diri.Malam sabtu baru ni kami solat maghrib di masjid ,kiranya masjid ni masjid yang utama di daerah Sabak Bernam.Ada pasangan hamba Allah ni  meletak kenderaan di kawasan masjid yang memungkinkan kesukaran pada kereta lain untuk keluar.Dalam kepala ni berfikir,adakah hamba Allah ini tidak terfikir perbuatan salah dan mementingkan diri sendiri.?Kalau datang awal mungkin tak jadi masalah untuk hamba Allah ini mengalihkan kenderaan.tapi yang menjadi masalahnya,hamba Allah ni datang lambat ,sudah tentu jemaah lain perlu menunggu si hamba Allah ni untuk alihkan keretanya terlebih dahulu sebelum lalu.Itulah sikap penting diri yang dalam diri manusia.MogaAllah memberikan hidayah buat kami dan juga hamba Allah itu.

Sedar tak sedar sudah hampir 4 bulan ida bergelar suri hati buat suami Incik fauzi bin Ahmad.Rasa macam semalam baru berkenalanan,rasa macam semalam juga baru ada terikat ikatan suci kami.Pertemuan yang tidak di rancang berakhir dengan ikatan perkahwinan.Setinggi kesyukuran dipanjatkan pada yang berhak kerana mengurniakan diri ini seorang nakhoda yang baik dan penyabar.Doakan moga jodoh kami berkekalan hingga di sana kelak.aminnn.

setakat sini sahaja dulu ,insyaAllah ida akan update lagi di kesempatan lain..
Wassalam
Terima kasih Allah!!

ida haris
-uyb-

Tuesday, March 22, 2011

PErjalanan BaRU

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum..

Lama rasanya  tak update blog ni.Baru je nak mula menaip macam - macam kerja lain datang.Sekarang ada masa lapang sikit dapatlah ida update blog "comot" ni sambil-sambil  menunggu untuk masuk ke kelas seterusnya.Semenjak kembali belajar dan mengajar,hari-hari yang sibuk terpaksa di hadapi.Rutin harian yang "bosan" sebelum ini bertukar "sibuk".Hari persekolahan perlu ke sekolah untuk mengajar dan hari cuti kembali ke kampus untuk belajar.Jadi sekarang taklifan ida pun bertambah.Walaupun  kadang-kadang ida rasa agak "penat+letih" tapi kena kuatkan semangat juga untuk meneruskan jalan yang telah pun ida pilih.Ini adalah amanah buat diri ida untuk agama tercinta.Alhamdulilah di saat penat,susah ,sedih hadirnya suami di sisi untuk menghulurkan bantuan.Kadang-kadang rasa dah "give up " untuk meneruskan perjuangan ni,tapi bila di tiupkan kata-kata semangat dari suami,alhamdulilah sedikit sebanyak meringan kegusaran di hati ida.

Kadang-kadang ida ada juga terfikir kenapa setiap kali tawaran kerja yang datang adalah dalam pendidikan?bukan dalam bidang lain?Teringin juga nak berada dalam bidang lain,tapi acap kali tawaran yang datang itu tetap dalam bidang pendidikan.Apa yang ida tahu sekarang,ida dah "jatuh cinta"dengan bidang ni.Bila fikir kembali dan bermuzakarah dengan suami,jawapan yang dapat ialah "Islam dan masyarakat sangat memerlukan" kita.Diri kita bukan hanya untuk keluarga,tapi secara automatik kita adalah milik "islam dan masyarakat".

Mula-mula terima tawaran j-qaf ni ,syarat yang agak susah sikit untuk ida terima adalah "pelajar tidak di benarkan mengandung".jika di dapati mengandung kena tangguh pengajian.....OOOOHHHHH.....Nak buat macamana resam guru pelatih.Jadi setelah berbincang dengan suami,kesimpulannya mungkin tahun ni tak dapatlah kami menimang cahaya mata.Tapi apapun semuanya bergantung pada rencana Allah swt.Jika Allah berkehendak begitu,maka begitulah jadinya.Doakan kami.

Setakat ni kami masih tinggal di ulu yam,ida bertolak ke sekolah jam 6.45-6.50 pagi ,dan begitu juga suami akan bertolak ke Kajang.Walaupun masa bersama suami agak terhad,insyaAllah kesempatan yang sedikit itu tetap akan kami manfaatkan bersama.Mula-mula agak "cuak" juga memandu seorang diri untuk mengajar,tapi alhamdulilah setelah di "latih tubi" oleh suami ,sekarang ida sudah berani memandu seorang diri.Bila keadaan yang memaksa secara automatik semua perkara jadi "on".Ida yakin anda juga pernah melalui detik sebegini.
InsyaAllah dalam masa terdekat kami akan berpindah ke rumah sewa baru . Doakan kami semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Setakat ini sahaja dulu,insyaAllah ada masa dan kesempatan ida update lagi...

Amar daiman arib minnii....!TErima kasih Allah.
Wassalam.

Tuesday, January 18, 2011

saya terimanya,InsyaAllah

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt

Sangat memenatkan menyiapkan tugas-tugas kat sekolah,tak menang tangan nak buat,akhirnya dengan selambanyer cik ida ni meng"online"kan diri ,buat macam tak de keje pula,padahal ringkasan perlu di siapkan...3 minggu punya ya tuan-tuan dan puan-puan.Belum masuk lagi hal-hal yuran,minggu ni mesti siapkan.KERANA minggu ni adalah minggu terakhir ida di sekolah ni.Sekolah di mana ida belajar masa kecil.Dulu ida belajar di situ dan sekarang mengajar.Di minggu yang terakhir ni pasti sangat sebak,sedih nak tinggalkan budak-budak comel+nakal+girang+pandai dan macam-macam lagi.

Mula-mula dapat "result" Jqaf tu memang tak sangka dapat,sebab sebelum ni memang rasa tak dapat,dan rasa tak layak,mana tidaknya pergi temuduga dah la datang lambat,kene marah lagi,insyak tak siap nak wat khatimah(dalam masa 5minit)..kebetulan hari tu memang sangat "tesion",sijil-sijil tak wat pengesahan,dalam hati tu memang salahkan diri sendiri.Siapa suruh tak buat persedian betul-betul..Dari awal sampai akhir "intebiu" asyik terkena jer dengan "pakcik" intebiu tu.

Setelah berbincang dengan incik zauji,akhirnya keputusan sebulat suara untuk menerima tawaran Jqaf,lagipun orang tua ida pun berharap,nampak gaya lepas habis kursus jqaf baru boleh sambung belajar MA.alhamdulilah dapat tempat pun di KL juga.apapun yang kita buat biarlah  kerana Allah..

Sudah 3 minggu berturut-turut balik ke kampung zauji,err jauh la juga walaupun masih dalam satu negeri,yang paling bestnya,buat kali pertamanya ida drive balik kampung zauji yang jauh tu..drive tanpa lesen yer tuan-tuan dan puan-puan.Jangan cuba-cuba buat jika tak berani tangung risiko..hehe terima kasin pada incik zauji yang sanggup melayan "kesengalan" semasa zaujah dia tengah memandu..

Dah tahu nak cerita apa lagi,nak cepat-cepat siapkan ringakas mengajar.boleh rehat-rehat bersenang lenang lepas ni..hihi...ok lain kali sambung cerita lagi na....

tata
wasalam
p/s: SYafakallah zauji ,moga Allah cepat menyembuhkan zauji..amin.

Tuesday, January 11, 2011

"Selamat Hari Lahir Zauji"

Bismillahirahmanirahim..
Salamualaykum wbt

Alhamdulilah sudah hampir 3 minggu ida bergelar isteri kepada suami ida En Fauzi, walaupun sudah hampir 3 minggu bergelar isteri tapi rasanya macam baru semalam berkenalan dengan zauji,hehe mana tidaknya,sampai saat ini rasa malu+segan nak memanggil zauji dengan gelaran yang sepatutnya di panggil...hik2,kata incik zauji "panggilan tu sangat mahal untuk di dengar"..Padahal tak delah mahal sangat pun.Mungkin ida jarang ungkapkan,jadi mahallah untuk zauji dengar.

Lagipun atas tuntutan taklifan dan kerja terpaksalah kami tinggal berasingan buat sementara,sorang di Kajang sorang lagi di Ulu yam.Nak berulang alik jauh, di sebabkan ida mengajar di ulu yam dan zauji berkerja di Kajang.InsyaALLAH DIA ada boleh tolong jagakan zauji.Teringat masa kami sambut hari lahir ida ke 24 pada 22 disember lepas,buat kali pertama kami berjemaah bersama sebagai suami isteri,hadiah yang sangat berharga buat diri ida.Ida pun tak pasti kenapa masatu ida menitiskan air mata,samaada terharu,gembira,atau alunan qiraat zauji terlalu merdu?tapi apa yang pasti ida rasa sangat tenteram...Alhamdulilah...(tapi incik zauji tak tahu ida nanggis masa tu)hehehe

Teringat masa mula-mula kami berkenalan dengan zauji(ahli forum raudhah.com) ,tanpa bersua muka langsung,di kenalkan oleh orang tengah (incik sempoi (nama dalam forum)-ahli forum raudhah.com).Tak sangka incik zauji sangat berani datang ke rumah untuk berjumpa dengan mak ayah ida,walaupun masatu dia langsung tak kenal ida.Alhamdulilah mak ayah macam berkenan je dengan zauji,tapi dengan ida belum tahu lagi keputusan lagi,sama ada dia terima atau tidak.Lepas zauji balik ida dengan rendah diri siap hantar mesej lagi,"kalau tak berkenan tak peje,lagipun baru nak kenal empunya diri je">>lebih kurang gitu la ayat ida kasi.Terima atau tidak bergantung pada zauji.Incik zauji pun "reply"mesej ida,yang dia tekad nak memperisterikan ida*(ini cerita yang telah diringkaskan).ALhamdulilah sampai masa kami di tunangkan pada 18 september 2010 dan setuju untuk melangsungkan majlis 25 disember 2010 dan akad nikah di putuskan pada 19 disember 2010.Sekejap je masa berlalu.

Dan hari ini buat kali pertama zauji menyambut hari lahirnya sebagai seorang suami,walaupun berjauhan titipan doa tetap di kirimkan buat zauji...

"selamat Hari Lahir yang ke 26"

semoga di panjangkan usia,moga di perkukuhkan iman,moga di pertingkatkan taqwa..dan semoga menjadi suami yang soleh,ketua keluarga yang berjaya mengemudi rumahtangga dengan baik.Doa yang lain nanti menyusul ...hi2
Terima kasih sebab selalu ingatkan ida sebagai seorang isteri dan rajin nyanyikan lahu ni,sangat terharu.Uhibukka fillah insyaAllah
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau berilti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini tak semudah
Yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteri ku
ok rasanya sampai sini dulu,lain kali kita sambung lagi ya...doakan kami ya...
bulan tu sangat jauh,tapi sebenarnya dekat..
tata
salamualaykum..

Saturday, January 1, 2011

"saya sudah bergelar seorang Zaujah"

Bismillahirahmanirahim
SAlamualaykum wbt..

Alhamdulilah setelah lama bercuti dari "merapu" di sini,akhirnya masa yang sedikit di berjaya juga di curi dengan halal untuk menyapu debu-debu di blog ni..hehe

kali pertama bergambar selepas akad zawaj
Alhamdulilah,penantian yang tak di sangka telah pun berakhir,menukar status dari "cik" ke "puan" dalam sekelip mata semua dalam rencana Allah swt.Tanggal 19 disember 2010 , jam 2.00 pm,adalah hari sejarah dalam hidup ida dan suami.Bermula penyerahan kuasa seorang seorang ayah kepada lelaki yang bergelar "suami" anaknya.Lelaki yang sebelum ini asing dalam hidup ida,telah pun di halalkan Allah untuk menyanyangi dan mencintainya

Setelah berbincang dan berpening kepala untuk menentukan tarikh nikah,akhirnya 19 disember 2010 di pilih untuk di langsungkan akad nikah,dan 25 disember 2010 di pilih untuk di langsungkan walimatul urus.Bergelar seorang isteri di usia 23 tahun 11 bulan dan 19 hari,errr betul ke ida kira ni?dan buat kali pertamanya ida menyambut hari lahir ke 24 tahun sebagai seorang isteri pada 22 disember 2010.Terima kasih kepada incik zauji atas segalanya..Uhibukka Fillah..insyaAllah

Tengok orang lain kahwin senang jer,rupanya susah juga ya nak buat majlis walimah ,pening kepala tu dah tentu ada,dan kebetulan pula ida merupakan anak perempuan yang pertama berwalimah dan tentu bertambah peningnya,tapi alhamdulilah ramai yang tolong menghulurkan tangan meringan kerja-kerja walimah dan nikah..Mula- mula agak blurr juga apa yang perlu di lakukan,apa yang perlu di dahulukan apa yang tidak di perlukan..Allahuu..

Teringat masa mula mencuba baju pengantin yang baru siap,paling senang dan yang paling ida suka adalah jubah,jadi atas krativiti sendiri baju pengantin tu di reka ida sendiri.,sangat gembira bila lihat baju siap.Pada mulanya ramai yang tak setuju untuk ida padankan baju dengan tudung labuh,kata "orang-orang ni" nampak macam kolot dan tak nampak susuk tubuh,tak nampak macam pengantin.***walaupun tak berapa nak kurus***Dorang minta ida untuk pakai tudung pendek atas bahu,rasa macam nak menanggis pun ada juga (memang dah nanggis pon dalam bilik),alasan yang paling "glamer"adalah "alaa sekali seumur hidup je,apasalahnya" ,hampir bertengkar juga di buatnya..sebab sekali seumur hidup la ida takkan menyerah apa yang telah ida istiqomahkan selama ni.Apa orang tudung labuh ni tak boleh nampak cantik ke ?adakah orang yang pakai jubah tak boleh kelihatan cantik dengan jubahnya?wallahua`lam,Perlu ke sampai nak pendekkan tudung melihatkan apa yang tak pernah di lihatkan sebelum ni?akhirnya mereka2 ini mengalah juga dan ikut juga kehendak ida...Terima kasih Allah atas kekuatan ini.

Di sebabkan jarak nikah dan walimatul urus berselang seminggu jadi dapatlah kami melakukan banyak persediaan lain .Dari baju hinggalah persiapan dewan,alhamdulilah selesai semuanya.Terima kasih Allah ...Kalau boleh tak nak di beratkan walimah ni dengan perkara-perkara yang tidak perlu.Seluruh ahli keluarga bertungkus lumus membuat persiapan,termaksuklah "Puan" pengantin.Hinggalah malam sebelum walimah ada kejutan buat ida dan zauji,kami di maklumkan ketibaan kami keesokkan hari akan di sambut dengan paluan kompang.Alhamdulilah semua berjalan lancar,yang paling membuatkan ida rasa teruja adalah pemain-pemain kompang tu adalah anak-anak murid ida dari sekolah rendah dan menengah.Terima kasih family.Walaupun walimatul urus kami TIDAK sehebat perkhawinan artis,tetapi kami tetap bergembira dengan apa yang kami lakukan.Semua kami lakukan sendiri tanpa mana-mana perunding perkahwinan.Alhamdulilah,terima kasih Allah memudahkan semua urusan kami.

Selesai majlis walimatul urus pada 25/12 ,keesokkan harinya 26/12 sempat lagi kami meluangkan masa ke walimah sahabat kami dari raudhah.com En.Ishak dan zaujah di Lanchang,Pahang.Sempat jugalah singgah beli hadiah buat pengantin di Genting Sempah.Walaupun ada tersesat sikit masa di Lanchang,Alhamdulilah akhirnya kami sampai juga.Dari Lanchang,Pahang kami teruskan perjalanan ke Klang,Melaka,dan seterusnya pulang ke kampung zauji di Sg.Besar.Perjalanan yang sangat meletihkan tetapi menyeronokkan.Terima kasih sekali lagi untuk Incik zauji...hehe..

Rasanya ida dah tak tahu nak cerita apa lagi,sebab selalu jer blurr tiap kali nak menaip,Incik zauji tu la lagi,entah bila la nak sapu sawang kat blog tu..hihi..Ok lain kita sambung lagi yer,sian incik zauji tunggu lama.doakan kami yang masih dalam proses bertaa`rufsayang semua!
tata
wassalam

p/s: line slownyerr...lain kali ida upload gambar lagi ya..insyaAllah