Monday, October 1, 2012

A`isyah Hanna Fauzi

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulilah ,setelah berbulan ida blog ni tak di kemaskini  akhirnya peluang yang ada ini tidak di sia-siakan.. Kali terakhir kemaskini blog sebelum bersalin,sekarang anak kami pun dah keluar jumpa ummi dan abi dia.alhamdulilah.


Perjalanan sepanjang kehamilan ida telah berjaya di tempuhi dengan jayanya..hehe alhamdulilah.Di sebalik proses kehamilan 39 minggu 2 hari tersembunyi rahsia Allah yang tidak di perlihatkan kepada hambanya ini sehingga lahirnya puteri  comel kami. Kronologi sepanjang tempoh bersalin sehingga sekarang di tempuh satu persatu.Tak sangka bayi kami akan keluar awal dari tarikh yang di jangka,awal pun dalam 4 hari.alhamdulilah. Rancangnya akan bersalin di Hospital Selayang sebab dekat dengan rumah mak,tetapi rencana Allah tu lagi hebat. Ida terpaksa bersalin di Hospital Kajang dek kerana tanda-tanda baby nak keluar tu dah ada. Kebetulan masa tu ida ikut incik zauj pergi kerja , nasib baiklah dah " packing beg " awal-awal jadi tidaklah kelam kabut sangat.Cuma nampak jugalah muka incik zauj yang kegelisahan..hehe , ida pulak dah turun tanda tu siap boleh ajak zauj pergi makan lagi maklumlah dah tengahari mestilah lapar.


Siap jer makan terus kami pergi ke hospital terdekat,iaitu Hospital Kajang.Disini bermulanya kisah ida melahirkan anak tersayang.3/7/2012 ida di masukkan ke wad kerana turun air sedangkan belum sakit pun.Tetapi kerana risaukan keselamatan baby di dalam di gagahkan jua duduk dalam wad. Malam tu masa doktor "check" ,dia kata kalau baby tak keluar juga malam tu ,dorang akan masukkan air. Huhu ini bermakna bersalin secara paksa. Malam tu dah rasa sakit-sakit , makin lama makin kerap tetapi jalan masih belum buka sepenuhnya. Siang 4 / 7/ 2012  sakit menjadi-jadi,dan ida terpaksa di tolak ke " Labour room ". Ingat ke dah tak kena induce ,rupanya kena juga. Ubat tu hanya bertahan selama lapan jam sahaja.Jika baby tak keluar juga jawabnya kenalah belah perut ni.Sakitnya tak terkata dek kerana ubat yang di masukkan tu.lebih kurang jam 2 petang ida di labour room dan anak kami  pun lahir jam 10.30 pm..berpeluh-peluh menahan sakit sorang -sorang (mati nanti pun sorang-sorangkan)alhamdulilah anak kami keluar dengan selamat dengan sekali teran.haa tu dia 3.5 kg sama dengan berat ummi masa lahir dulu. hehe berjaya melahirkan baby secara normal.fuhh lega tak terkata tatkala baby dah keluar. Hikmah anak keluar awal rupanya nak sambut malam nisfu syaaban (15 syaaban 1423 ) dengan ummi dan abi dia. Alhamdulilah di sambut oleh dua orang bidan perempuan bertauliah.



ismi A`isyah Hanna ... umri thalatha ayyam..


Maka dengan izin Allah lahirlah puteri kami yang di beri nama "A`isyah Hanna binti Fauzi ". Puteri kami di azankan dan di iqamatkan masa tu juga dan di situ juga oleh abi dia. Detik-detik nilah paling tak leh lupa tengok muka incik zauji cam cuak je dapat baby.Hadiah pertama buat bayi kami selepas A`isyah keluar dari perut ummi adalah bacaan surah luqman oleh abi . Mesti orang pelik kenapa incik zauji boleh masuk ke dalam labour room.Dah doktor panggil dah tentulah boleh masuk. Selain itu adalah kerana kelainan yang ada pada A`isyah ketika itu.Selepas menyusukan A`isyah buat pertama kalinya,dia terus di bawa ke NICU  dan di pantau rapi.Alhamdulilah A`isyah tidak menyusahkan semua orang dan senang di jaga. Hari pertama bergelar ibu  tu kami berpisah sementara kerana ida masih di wad dan a`isyah di pantau rapi oleh doktor di NICU. Setelah 5 hari kami berkampung di hospital akhirnya kami di benarkan pulang. Alhamdulilah a`isyah tidak ada masalah kesihatan .Segala urusan di hospital di permudahkan.Bila dengar boleh balik terus melompat,dah tak tahan duduk kat hospital lama-lama.Tak sabar nak bawa A`isyah terus balik jumpa atuk dan nenek dia.Sampai rumah mak disini bermulanya ida kena berpantang.Nak cepat sembuh kenalah dengar cakap orang tua kan kan...


Ni jelah yang larat untuk ida kemaskini blog ni,insyaAllah gambar-gambar A`isyah yang lain akan menyusul.Banyak gamba ada  dalam laptop incik zauji jadi tak dapatlah ida nak upload gambar banyak-banyak..Apa kelainan yang ada pada A`isyah yang betul-betul menguji keimanan kami suami isteri akan ida cerita pada entry yang akan datang.Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga.


Terima Kasih Allah atas kurnian terindah ini..

Wasallamualaikum .
Sayang semua!