Saturday, February 28, 2009

SALJU harini..!

salamulaikum wbt...

alhamdulilah arini sempat juga ida main salji kat ajlun,walaupun beberapa halangan dan rintangan datang,akhirnyer dapat juga ida dan kawan berhenti main. rase masih letih lagi tubuh ni sebab dek kene salji yang sejuk,tak sangka gak arini nak pie men salji,mulanya kami sampai di amman,kire tempat salji tu cam atas bukit nama die "salt",ingat ke nak turun main kat situ,tp ammu pickup tu cakp salji situ nipis.masa tu kire2 nak dah petang gak la,tapi msih siang.al kisah..pak cik tu cakap nak pie men tempat len plak.nama tempat tu ajlun.kire jauh gak la sket dr amman.masa tu dah nak gelap...die cakap ade banyak salji kat sana.so kami ikut jer la..masa tu pun makin gelap,cuaca pun tak berapa baik,ade frost..salji lagi ..jalan pon licin..sepanjang jalan tu xde pun kami nampak tanda2 ada salji..cuma frost jer ade..jalan jer la ikut mana ammu tu nak bawak..huhu2 hari dah gelap,dah maghrib..dalam hati masa tu memang rasa cam "kechiwa" gak ler sbb x jumpa salji tu lagi...masa tu berserah jer pada Allah.kami berhenti dulu solat maghrib,dan berdoa..moga dimudahkan kerja kami arini..sedih rase tak yah cakap la.maklumlah,ni tahun akhir nak merasa men saljikan..Allahuu...,masatu ida macam dah give up juga la nak meneruskan misi mencari lokasi salji ni...sekali lagi..."tawakal"!!

usai solat,kami pun meneruskan perjalanan ke ajlun...dalam hati berdoa..moga kami ditemukan lokasi tu...cari n terus cari..tapi tak jumpa gak,masa tu bincang kejap dengan kawan2..masing2 pun macam dah give up,nak balik...tapi....ammu tu cakap,nak jalan depan sikit nak tgok ade ke tak....dengan kuasa Allah akhirnya kami pun jumpa lokasi tu,,apa lagi masing2 melompat..!!turun jer dari keta terus salji turun lagi lebat.....Alhamdulilah...
kami jumpa salji tebal..hepi sangat2..Allah jer tahu,masa tu men dalam 15 minit gak la,sejuk sangat..lagipun kene kua dari kawasan tu cepat sebelum jalan tutup..takut nanti kitaorg plak tak leh balik hehe,masa turun dari kawasan tu berpusing gak la tayar pick up tu..alhamdulilah kami selamat....
walaupun x dapat nak bergmba lama sebab masa tu salji tgh turun lagi,ditambah plak tangan masing2 beku,tak dapat nak pegang kemera lama2..,yang penting misi arini tercapai,sekali "Alhamdulilah"...pendek kata kami tak balik dengan perasaan hampa...thank u Allah.........

rase cam tak bez plak cite arini..penat la men tadi. haiyakk!!.sambung lain kali plak....jumpa lgi..ws

Friday, February 27, 2009

kesejukkann.!!

bismillahirahmanirahim..
salam..
huhu..sejuk la arini...hujan dari pagi..abih beku rase diri ni hehe..
nak masuk dapur pon terketar2..alih2 cancel la..nak bukak buku pon sejuk,baru baca satu muka dah tak tahan.tak paham la peralihan cuaca skang,hujan turun,sejuk,salji,tapi bunga kuar..dah masuk musim bunga..kuasa Allah "Allahu akbar"..dan
lagi satu ida tgok sakura kat kuliah tu dah mula berbunga,tapi nape sejuk2 lagi.......Allahu..
hajat esok nak pie men salji,itupun kalo jadi la..ade sape2 nak ikut x?silakan beratur..ayuh..gie men salji....adehh dah tak tahan nak taip lagi ni..sejuk sangat2,nanti sambung lagi taip..sambil tu jum tengok cuaca pagi tadi..ada frost laa....





Wednesday, February 25, 2009

jum pie skola...

Bismillahirahmanirahim..
salam..

sejuknyerrrrr pagi ni...rase tak nak kuar jer dari hirom(selimut),xnk bangun..xnak pie skola...xnak xnak xnak.....nak bangun pun kene jihad,rase xde semangat jer harini..tapi nak kene gak gie skola sebab ada satu jer madah,lagipun madah ni nak kene praktikal...dan best,rugi la kalo tak datang kelas kan kan..aiwahh!
madah "takhrij hadith wa ilmu rijal"...yg ngaja..doc "ALI BIN IBRAHIM BIN SA`UD AJIN"..nak cite sikit pasal doc ni.,orang nyer bez...(bab syarah) memang faham la,kalo belajar madah ni kat maktabah,sebab senang die kenalkan kitab2,doc ni baik jer ngn pelajar2 malaysia,AKAN TETAPI..markah free2 xkan nyer die nak bagi KECUALI.."kita yg juhud",dulu doc ni memang susah nak lepaskan pelajar lulus,soklan die memang tak de dalam buku (masa ida mula2 amik madah aqidah ngn die dlu) menanggis gak le jawab soklan...yg pasti akan ade ler student yg ngulang madah ngn die.hihi
arini rilek2 skit2 nak gie kelas sebab keje skola dah siap..alhamdulilah ida dapat siapkan keje skola tanpa bantuan sesiapa...bukan senang nak kuakan hadith,lebih2 lagi tak tahu dari kitab mana2...yg penting kene sabar,sebab beri manfaat pada diri sendiri juga.....confirm nanti ade keje skola lagi..hihi saboo....

ni buku die:


ni tips blaja takhrij hadith ngn doc Ali ajin...jum tengok.. :

1)sediakan buku tulis dalam 30 ms,xmo banyak2 helai..die xmo..
2)buku mestila bersaiz kecil ,besa2 die xnak
3)buku tulis tu .."NO" gamba2,contoh keta,kartun, apa2 la gamba..sebab die cakap nanti umah die tak masuk malaikat kalo bawak balik.
4)jangan tangguh2 wat keje skola...dapat keje terus wat,sbb kalo tangguh nanti lupo
5)kalo tak paham tanya...kalo malu tanya doc tanye kawan2
6)datang kelas awl..sebab doc masuk awl..hehe
7)tawakal pada Allah.,

ok ..dah abes..yg lain2 pasal madah ni,"usaha sendiri"...hik2..
time pie skola dah...jum2...

“ …dan sesiapa yang bersabar,maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas(manfaatnya) daripada kesabaran.”Riwayat Bukhari dan Muslim

Tuesday, February 24, 2009

sabarnya seorang isteri

salam...
huhu sambil2 tunggu rumate siap masak ni....ida layan dlu cerpen ni..best memang best...so kat sini ida nak kongsi sama2 ngn antum semua...jum2...layannnnn!!


Aliyah " Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. "Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat Subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya. "Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang menggilai wanita yang jauh lebih muda. "Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu- dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Aliyah. "Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis. "Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar- benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar. ************ ********* ********* ********* ********* Kepada: Asraf Mukmin, Suami tersayang... Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abg yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah. 1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg... 2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg anya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg... 3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg... Abg yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya. Abg yang dicintai, Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding denganAliyah. .. Aliyah sayangkan Abg. Jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah. Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

::Copyright::

Monday, February 23, 2009

misi jihad cinta

jum baca cerpen ni....copy jerk ni..sama2 hayati..

Sayang, kita dah sampai.”Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.”Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”“Nak kahwin lagi ya?”Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.“Kalau betul kenapa?”“Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”“Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”“Okey..”Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah… Muhamadurrasulullah..’.Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.****Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.“Jom masuk sayang.”Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.“Sila duduk..”“Terima kasih.”Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”“Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”“Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”Safiyyah hanya diam merendah diri.“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan.”Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.Safiyyah memerhati.MISI JIHAD CINTANama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin AmmarNama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq ZiyadDan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat. Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku.Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan. Peraduan Misi Jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.“Ni bang..”Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”****“Bang..”Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar menenangkannya.“Ya?”Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni? Safiyyah pun tak sangka kita menang peraduan tu.”“Habis tu.. Kenapa menangis?”“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”“Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”“Abang..”“Ya?”“Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”“Safiyyah sayang…”“Ya bang..”“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.”Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah.. Aku sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”“Ya, abang faham.”“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..”Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.“Sabar la. Tak lama lagi..”****Di khemah persiapan, Kota Toledo.Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran.Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir.Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.”Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syahid.”“Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”Dahi isterinya dikucup lembut.“Abang ada satu permintaan.”“Apa dia bang?”“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”“Ya,InsyaAllah.”Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”Terdengar suara member salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.“Waalaikumsalam.”Uwais membuka pintu khemah.“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”“Baiklah. Terima kasih.”Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.“Sayang, dah tiba masanya.”“Ya.”Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.“Kita jumpa di syurga ya.”“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”****Boomm..Boommmm..Boommmmm..Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.Bumm!Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.Bummm!Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah tersenyum.Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit. Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji. Mereka bertemu di syurga.

Original writing by Masturah Abu Bakar.21.Nov.08

Saturday, February 21, 2009

BOIKOT...

ayuh kawan2 jum boikot ramai2....JANGAN TENGOK SAJE.......save palestine !


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, February 20, 2009

cantiknya wanita...

Allah SWT berfirman:"Ketika saya menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. saya membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan""saya memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.""saya memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.""saya memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.""saya memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.""saya memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.""Dan akhirnya. saya memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.""Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."Sedarlah wahai wanita...Wanita,Kita diciptakan dengan kemuliaan syahadahKerana benih seorang lelaki kita tersenyawaDikurnia tenaga hingga kita mampu menyibakjalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.Kerana benih seorang lelaki ini kita ditiupkan jiwamenjadi manusia dan mencari seorang lelaki untuk dicintaiSebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.Dan kerana Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha PenciptaKita wanita, diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepikan kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga menyembah kaki.Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah,kita terbit daripada rusuk lelakiBukan dekat kepala untuk dijunjungiBukan dekat bahu untuk membebaniBukan dekat jari untuk disakiti..Bukan dekat kaki untuk ditunggangi.....Tetapi dekat dengan pelusuk hati untuk dimuliai, disayangi dan dicintai

fwd email

wanita..hiasan yang menjadi pendambaan..

Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini? Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki. Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati. Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah: " Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah." Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya. Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu. Ibarat bunga sejati dab bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastic tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas. Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki 'perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi. Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-sutau perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan 'palsu' ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas! Wanita boleh memilih untuk menjadi 'bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi 'bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi 'bunga sejati' jika hati tunmduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali. Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud: "Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya" (Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)