Monday, August 31, 2009

cukur @mencabut bulu kening..??

Bismillahirahmanirahim
salamualaikum wbt..

salam ramadhan buat semua...moga ramadhan kali ini amat 2 memberi arti buat kita.masih ada peluang lagi untuk kita memperbaiki tingkatan amalan kita semua.moga madrasah ramadhan ni tidak kita sia-siakan tanpa mengisinya sebaik-baiknya..Allah terimalah kami...

sambil2 tunggu nak berasahur ni sempat lagi meng"update" blog yang tak seberapa..
masa duk saja2 tadi terlintas sekali lagi kat fikiran ni,kenapa ramai sangat "warga arab" kat sini yang menipiskan dan mencukur bulu kening.dah lama da ida dduk perati jer..leh kata dekat hampir 90% perempuan arab kat sini buat camtu.lawa apa kalo diorg tak cukup,lagi sweet dengan muka arabnya.ida amik contoh biah yang paling dekat dengan ida..contohnya di jamiah ida sendiri.rata2 susah nak cari dak perempuan arab yg tak cukur kening.penah juga ida bertanya dengan rumate arab yang lama dulu.
kenapa suka cukur kening?dia jawab,sebab nak suh nampak cantik dan kemas.ida bertanya lagi tahu tak apa hukum mencukur bulu kening?dia jawab tahu,hukumnya haram.....siap bagi dalil lagi,pandai tol die...
eh,tahu plak haram...pastu die senyum jer.ingat ke lepas pada saat tu dia dah tak mo cukur kening....
.........sekali........
die panggil member2 die datang lepak kat bilik untuk memulakan operasi mencukur bulu kening.
menjerit2 cam kene histeria..tahu plak sakit.menyiksakan diri jer,tu sebablah Allah larang cukur bulu kening..isk2..
yang penting kita dah tegur apa yang patut,satu keistimewaan arab ni yang ida suka,kita leh tegur diaorang secara direct.tak ambil hati pon.bagi diorang bila tegur lagi baik dari duk simpan dalam hati...

sambung lagi...

kadang2 tu bukan pompuan jer,ada juga sebilang lelaki arab kat sini trim bulu kening...aduhhh...ade jugaakkkk...isk2..tapi tak heran la,kebanyakkan kedai gunting rambut lelaki kat sini sediakan khidmat men"trim"bulu kening..(ape punya ayat..)... macam dah jadi satu adat plak mencukur @mencabut bulu kning kat sini.huhuhu.....
kalo omak den dah lamo kono parang..hehehe

jum baca...

Oleh: Professor Madya Dr Anisah Abdul Ghani

KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali. Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini. Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah. Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadith yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah RA mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya. Aisyah RA menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”Hadith kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.”Mengenai hadith pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantikMengenai hadith kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah. Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadith kedua.Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.

*Penulis (Professor Madya Dr Anisah Abdul Ghani) adalah Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

amacam?dah jelas terang2an haram...
moga kita semua tergolong dalam golongan hamba yang mentaati perintahNya..amenn...
ok sampai sini dlu...nak pie bersahur pulak..:D..jum...nyum2..mesia dah siang,xleh makan..nanti terbatal pose..tgok aje xpe.. hehe
sayang semua!!

3.48am jordan

tata
wassalam.

Friday, August 21, 2009

~~xde title~~

Bimillahirahmanirahim...
Salamualaikum wbt

segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat iman dan islam.....
Alhamdulilah ...berakhir sudah imtihan nihaie untuk musim panas ni,bermakna ida kat sini pon dah mula bercuti,alhamdulilah tahun ni ramadan jatuh pada waktu cuti.tapi cuti ni masih lagi di musim panas,moga di permudahkan.

musim terus berganti,dari sejuk...salji...bunga....panas....,alhamdulilah Ramadhan untuk ke -5 tahun ida sambut di bumi syam ni.ingat kenangan dari tahun 1 sampai sekarang,moga ini adalah ramadhan ida yang terakhir di bumi syam ni,segala pahit manis kat sini akn ida simpan menjadi kenangan yang paling indah dalam hidup ida...

ujian tu sentiasa datang,untuk jadikan kita lebih tabah,alhamdulilah mula2 di timpa ujian tu rase terduduk juga ida,rasa sakitt sangat..masalah datang di saat sudah di timpa masalah yang lain,jadi berganda2 masalah tu...apapun terima kasih Allah,yang sangat2 menyayangi hamba nya,menunjukkan kasih syang itu dengan ujian.masalah ida tidak la seberat mana jika nak di bandingkan dengan hamba Allah yang lain..cumanya perlu kekuatan,sedikit kesabaran,serta harapan pada yang esa.......harga hikmah itu sangat bernilai jika nak di bandingkan dengan ujian sekecil kuman ...terima kasih pada semua yang membantu ida.....

##################################################################

alhamdulilah lepas jer habis paper islam qodoya ari selasa,ida terus g irbid..sempat juga bermalam sehari di rumah teman.sampai je di muka pinta rumah dia,ada yg sangat istimewa menyambut ida..nama die lucy(betol ke eja?)sangat comel dan jinak..suka tengok telatah die,lucy jarang keluarkan suara die cam kucing2 lain,die paling istimewa die tak macam kucing arab lain...cakap dengan die dalam bahasa arab boleh dan bahasa melayu pon boleh..alhamdulilah lucy mengerti..


seronok jer g umah kawan ida ni,belakang umah die ade pokok anggur,ruman,zaitun..waa bez2..kalo nak makan petik aja..nak2 lagi musim sekarang,musim panas.memang kemuncak musim buah2an..tak lama lagi dia pon nak balik malaysia..moga Allah mudahkan urusan dia..


***********************************************************************************

adess xde idea da...nanti ida sambung cite lagi ek....hehehe
di kesempatan ini,ida ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan Al mubarak,moga segala amal ibadah kita semua di terima Allah swt..amen..

jangan ponteng pose ...hehe..

sayang semua...!


wassalam..

Sunday, August 16, 2009

imtihan ..~~bitaufiq

Bismillahirahmanirahim
salamualikum wbt..
imtihan nihaie-(final exam) li fasal soifi(musim panas)

paper ida mula esok hari :
16 ogos 2009
lughah Faransa
17 ogos 2009
Aqidah Islamiyyah 1
18 ogos 2009
Islam Qodoya

"kepada semua kawan2 selamat menempuh peperiksaan...moga kita semua di permudahkan untuk menjawab soalan..maataufiq wa najjah...ameen.."
lilahi taala....

Monday, August 3, 2009

~~kARgo vs IMtihaN~~

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt..

Alhamdulilah selesai sudah segala urusan kargo kotak ke Mesia,mudahan2 sampai dengan selamatnya.rasa kosong dah bilik ni,da tak ada apa yang tinggal,cuma beberapa buku yg masih di perlukan untuk semester terakhir nanti..mudahan2.lega rasanya bila semua dah beres,tak perlu lagi fikir lagi pasal urusan kargo mengkargo ni..(betul ke ayat ni?)hehe...janji kotak sampai mesia....amenn


~sebelum~
~selepas~

sian..beginlah nasib bila arab pinjam....uwaaaa


moga selamat sampai.....

berdebar jer rasa dari sehari ke sehari,rasa padat dengan imtihan yang berturut2,untuk mengakhiri musim panas ni,moga2 ini adalah yang terakhir,dan semuanya akan menjadi kenangan yang tak akan di lupa kan...

masih di beri ketabahan untuk teruskan semester ini,masih dalam fatrah imtihan sani,dan final exam pon akan muncul tak lama lagi.


boleh di katakan sibuk juga semester ni,hari2 kelas 8am-2am,tak lama lagi nak berakhir,moga di permudahkan Allah..rasa sunyi juga dan sedih bila kawan2 yang lain dah pulang malaysia terlebih dahulu,kalau dlu g kelas sekali,study skali ..makan sekali..suka..duka semua bersama.tapi sekarang sorang2 jer,mudahan2 tabah..

kosong dah rak buku dan apa 2 yang sebelum ni nampak penuh di bilik..tak ada apa yang tinggal lagi cuma,baju2 untuk di pakai masa syita` nanti dan sedikit buku..mu`jam dan kamus len xleh balik mesia lagi..sebab anda masih di perlukan..hehe

susah nak gambarkan perasaan ni,rasa cam sesak jer dada,nak balik mesia..masih berkire2 nak balik mesia atau tidak cuti semester ni,tapi nampak gayanyer jawapan paling tepat.."tidak"..
macam biasa la bila duduk sorang macam 2 fikir,sihat ke ayah,mak..adek beradik len...makan apa diorang,sakit diorang ada orang jaga ke tidak..huhu macam-macam.
tadi sempat juga call mak ida,sembang sikit..huhu baru jer semalam call..dah call lagi,mak selalu pesan,"balik jangan tangan kosong",yakni habes kan juga belajar tu moga tak sia2.walaupun ijazah hanya sekadar di atas kertas shj...(malas nak cite pasal ni..nanti teringat lagi kat mak...hehehe)nanti kang mak cakap den "lalah"...(base minang),cari sendiri makna die..ngeh2

sibuk ke ida?

kadang2 sibuk,kadang2 tidak..tapi untuk semester ni cam sibuk sikit,buat sahabat2 yang tidak di reply masej kat ym atau skype...minta maaf banyak2,kadang2 tak sempat nak reply,kadang tu korang hantar mesej time ida tido..hehe memang la kompem tak bukak mate..minta maaf banyak2,bukan sombong ke atau malas layan,tapi kadang2 keadaan tak mengizinkan..sowi tau.
tadi baru abes paper islam qodoya...cam sains sikit2 subjek ni,mudah2an dpat natijah yang baik..(pening juga jawab soklan tadi)hehe,apa2 pun Allahu yuti`ka afiah ya duktur...terima kasih atas segala ilmu,dari tak tahu apa2 kepada tahu..

sampai sini dulu ..nak tulis panjang mood tak de,hehe esok ade paper perancis,(lughah faransa),doakan ida moga dipermudahkan..
sayang semua....

wassalam..

......lau amar a`rib......