Sunday, September 13, 2009

~g buke pose ~




bismillahirahmanirahim..
Salamualikum...

Alhamdulilah dah 23 kita dalam bulan ramadhan..ini bermakna esok kene pergi skola,eee tak moooMySpace lama juga cuti tu,esok tak de kuliah lagi cuma esok bermula minggu insihab wa idofah,minggu untuk tambah,atau tukar madah sebelum kelas bermula rancak selepas raya.ida xmo cakap pasal skola,tapi nak cite pasal 2 hari lepas g buka pose umah arab,(2 hari lepas ke ek?)MySpacehihi,alhamdulilah ade juga orang ma`zum untuk iftor,ammu tu siap jemput dan hantar lagi..MySpace bahagiaa...!
mula2 sampai sebelum berbuka pose tu,ammu dah cakap arini kita makan mansaf(sejenis nasi arab)lupe plak nak snap gamba nasi tu.MySpace

mula2 sampai tu,ida terus di sambut zaujah ammu tu sama anak2 die yg kecik dan comel...MySpace
waaa geramnyee...cumel2,pastu mesra jer..zaujahh die ida panggil ummu alaq,umo dalam 30 lbh kut.sangat mesra,rasa macam keluarga sendiri.untuk pengetahuan semua,ammu ni memang salu bantu ida jika ada susah apa2.sangat baik dengan orang2 malaysia.rasanya ramai jer yang kenal ammu ni (abu alaq).masa berbuka tu satu dulang die bawak keluar nasi tu,adoii banyaknyerr...perut ni mana muat..hihihiMySpace,tapi dah jadi budaya arab suh kita makan sebanyak yang boleh,.tak sampai hati nak mengecewakan..ida pon makan sampai mana yang boleh..akhirnya terpaksa angkat bendera putih,takut perut pecah nanti..hihi itu pon ummu alaq nak suh perabiskan satu dulang,dah tak mampu daaMySpace....kenyang ya ummu alaqqq.....hihihiMySpace

lepas siap berbuka pose,kemas2 apa semua,ammu ajak duduk luar,sambil2 minum air tamar hind,beznyee,MySpacetempat tu di tutupi dengan pokok2 anggur dan sekelilingnya ada pokok buah,sambil beralaskan tilam nipis.berbual2 dengan family die..seronok sangat..,malam tu ummu alaq ajak bermalam di rumahnyaMySpace,tapi ida terpaksa menolak sebab rindukan bilik ni kalo di tinggalkan lama2..hehehe ,sambil2 bersembang2 tu dalam kepala ni duk fikir(abes la malam ni..perut den)...apapun sangat2 happy masa tu,terasa macam keluarga sendiri .. selesai semua,sebelum isyak abu dan ummu alaq hantar ida balik hostel.alhamdulilah rezeki dari Allah..MySpace

moga Allah memberkati keluarga abu & ummu alaq.....
sekian saja...hehe dah xde idea nak cite...MySpace
lain kali ida upload gamba anak2 ammu ni yang comel.. tunggu laptop sihat..hihi

MySpace
tata
sayang semua!
wassalam
antara anak2 abu alaq yang suka bergamba

Saturday, September 5, 2009

~~ape yea?~~

Bismillahirahmanirahim..
Salamualaikum wbt
sedar tak sedar dah masuk lebih 2 minggu kita berpuasa,macam biasa ramadhan tahun ni puasa keseorangan,sahur dan berbuka pun seorang.ada juga teman 2 yang lain mengajak bermalam di rumah mereka.tapi tak bez la kan lama2 di rumah orang.camne2 pun tempat sendiri lagi bez.duduk sorang ni lebih mengajar erti sabar,ingat lagi kalau duduk kat rumah mesti tak terasa sunyi,ada mak,ayah,adik2.. adik2 la orang paling gembira sekali bila masuk waktu berbuka puasa..teringat lagi masa berpuasa di rumah,bila kami semua puasa,kucing2 kesayangan pon turut puasa..ala kesiannyer..kadang2 tu tak ingat yang kucing tu bukan orang.kucing 2 pon turut join sekali buka pose..waaa...nyibuk jee..hehe(tak baik2)

masa jalan 2 baca blog teman2 tadi ida tertarik ada satu entry ni...mengenai wanita,mesti semua orang bosankan,tiap kali masuk blog orang perempuan mesti asyik cakap pasal wanita,biarlah apa orang nak kata yang penting ida suke. ida suka mahu kongsikan sekali kalam Allah yang indah ini :

Allah berfirman:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”
“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah sakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”
“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah hatinya,tempat dimana cinta itu ada.”

ayat-ayat yang indah ni sangat langsung buat ida terpaku.merenung kembali hakikat kejadian wanita.bukan tujuan ida untuk rasa ujub dengan kejadian ini,tetapi merenung kembali ke dalam diri ,kejadian Allah tu hebat,sememangnya dalam diri ini sendiri kurang rasa bertuhan..mengakui kelemahan diri,sebolehnya tidak mahu menjadi hamba yang kufur pada segala nikmat Nya.

teringat lagi pada satu hadis ,Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyeleweng setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"



begitulah wanita ni di ibaratkan,yang perlu di bentengi dengan sifat malu,bila hilang satu sifat ini maka hilang juga iman pada dirinya..wallahua`lam

cam jiwang pun ada juga sikit 2 malam ni,hehe tapi tak pe la,harap ianya dapat memberi manfaat pada diri sendiri dan juga orang lain.tak dapat nak ulas panjang2,terasa sebak jer malam ni.:)

nanti sambung lagi..
selamat mengejar lailatul qadar...
pose kasi penuh!!hehe

sayang semua!
wassalam..