Thursday, October 29, 2009

demam perantau!

Bismillahirahmanirahim
salamualaikum wbt..

Alhamdulilah harini suhu badan dah beransur kurang,2 hari terbaring atas katil lantaran ketidak sehatan..hehe,bangun pon hanya untuk solat sahaja.Nak study apatah lagi,tak mampu nak buka buku.Ntah tak tahulah macamana boleh demam ni,kurang rehat ke,atau peralihan musim ke,kene hujan ke...al muhim masa dalam kelas 2 hari lepas ida dah rasa macam tak bez da masatu,mula dari pagi batuk sikit2 jer,penghujung kelas terakhir dah mula kerap batuk.huk2...tapi masih gagahkan diri juga nak pergi balad,tk sangka bila sampai jer hostel terus jer rasa cam lain.Cam biasalah ida akan tidur lepas isyak,kol 12 lebih bangun badan rase sejuk sangat,"hirom" yang 8 kg ni tak mampu nak hilangkan sejuk tu,ida tambah lagi dengan "toto" 2 kg.. pon sama juga tak dapat nak hilangkan sejuk..

pusing ke kiri tak kena,pusing kanan tak kena,badan tetap sejuk,hujung-hujung jari kaki ida macam nak tercabut,tak sedar bila masa air mata mengalir...ida mesti kuat!itu yang terlintas kat fikiran masatu,waaa pada masa yang sama teringat pula kat mak tersayang,tapi tak mo kol,takut mak risau.akhirnya duk diam2 dalam selimut..sedar2 dah nak subuh,bangun dan terus solat,gagahkan diri juga cari ubat..akhirnya jumpa juga panadol 4 biji dalam beg laptop.alhamdulilah masuk jam 7 pg tu dah rasa berpeluh..dalam ati tu riang jer...yea2 !! da sehat....
ku sangka panas panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..tak sangka badan kembali panas,dek kerana tak tertahan ida terpaksa mintak tolong kawan belikan ubat,sambil2 menunggu tu musyrifah lalu,die tgok ida cam tak sehat terus check suhu badan,tengah lembik2 landing tu bunyi cam ambulans datang..eno..eno..eno..hehe

Tak pasal2 dapat naik ambulans,terus pegi spital,bez juga ek dapat naik ambulans..hehe,nak bercakap dah x mampu,jadi cakap dalam hati jer la.selama ni asyik teman orang jer naik ambulans,kali ni diri sendiri yang naik ambulans...tak sedar apa,tengok2 dah sampai spital..lali jer rasa,yang terasa bila kena cocok,cakitt ooo!....ida tak bercakap dengan doktor yang rawat tu,semua musyrifah yang uruskan..sedar2 jer dah balik,terus tido..bangun tido tengok ada ubat kaler merah,kaler hijau...apa2 lagi la...

Alhamdulilah pagi ni bangun rasa cam segar sikit,sempat masak bubur untuk diri sendiri,badan da kurang panas,tapi masih batuk dan selsema.InsyaAllah mampu untuk bertapak untuk ke skola.....hihi.

Tak bez langsung cerita harini kan,hihi tapi nak tulis juga sebab kenangan "demam di perantauan",kalau duk kat malaysia kan mak ade,ni dah berjauhan semuanya kena buat sendiri....

ayokk da nak exam,2 madah minggu depan...moga tak demam lagi..chaiyyok..!
oh ya kat sini (h1n1) dah mula merebak,doakan moga kami semua selamat dari wabak tu..ameennn....

ok masa untuk pegi skola...jum2

sayang semua!

wasalam

Tuesday, October 27, 2009

"tidur la...."

Bismillahiramanirahim..
Salamualaikum wbt.

Mata tak boleh pejam,dah nak masuk jam 1.00 pg,tapi mata ida masih tak dapat lelap,pejam-pejam tapi dia buka balik.camne nak buat ni,akhirnya ida amik keputusan untuk conteng-conteng dalam blog yang tak berapa "best" ni.Masa nak tutup mata ni la macam-macam datang dalam fikiran,badan rasa sakit tak terkira,tapi mata masih tak mahu mengajak ke "bulan".Walaupun seakan "blurr" ketika menconteng blog,tapi masih di mahu teruskan menaip.ESOKKK SKOLA LA IDAAA!!tadi bukan main mengantuk,bila dah dapat bantal tak mau pula dia lelap..harap-harap lepas ni dapat ida lelap.

Semalam selasai sudah satu imtihan madah qosos qurani,alhamdulilah ida dapat jawab walaupun jawapan tu seakan-akan merapu.hehe,nak merapu pon kena juga membaca,kalo tak dapat sifirlah nanti.Madah ni pada mulanya ida sangka susah,tapi bila dah kenal dengan lebih rapat,rasa macam seronok pula.Sedikit sebanyak kita dapat tahu tentang Al quran dan isinya.Walaupun tak dapat nak di hadam sekaligus.Senyum sorang-sorang ida masa menyemak semula kertas jawapan tu,mana tidaknya,banyak juga kesalahan penyusunan ayat,dek kerana terlampau "excited" sangat nak menjawab.Kesalahan nahu dan sorf tu semestinya tak dapat lari,al muhim belajar dari kesilapan tu sangat penting.Itu pentingnya kita menyemak semula kertas jawapan :P

Beberapa hari lepas ida ada belaja buat nasi arab,namanya "kabsah",dah nama nasi arab,sudah pasti agak rumit cara untuk menyediakannya.Tapi sebab ida suka bab makan-makan ni,ida belajar juga buat dengan teman arab sorang ni.Dia ajar satu persatu,mula dari cara bersihkan ayam sehinggalah menghidang.Seronok dapat belajar masak masakan arab ni,tapi tak bolehalah selalu sangat makan,sebab banyak kolestrol.jarang-jarang tak pe..hik2.sepengetahuan ida yang cetek ni,nasi kabsah ni sangatlah terkenal di negara-negara arab,selain dari maqlubah dan mansaf.mungkin penggunaan nama sahaja yang berbeza.seperti kabsah ni,negara-negara arab seperti dataran syam ni sangatlah terkenal.Asal usul kabsah ni ida tak berapa tahu,cuma ada juga bertanya dengan teman-teman arab dari negara lain,seperti yamen.Diorang cakap memang kabsah ni sangat-sangat la masyhur.Bagi negara arab seperti mesir,ida tak berapa pasti tentangnya.Sebelum balik malaysia ni kena belaja semua masakkan arab ni.senang nanti bila kempunan..hehe (cam tak nak balik jee...hehe)





selesai makan dengan teman-teman arab masa tu,sempat juga menyembang dengan diorang.Diorang macam pelik bila lihat ida makan dengan tangan.diorang tanya kenapa makan dengan tangan,jawapannya mestilah sebab dah biasa.diajar sejak kecik makan dengan tangan.diorang pon macam mengiyakan aja tentang sunah makan dengan tangan.dan soalan cepumas satu lagi ialah bila diorang tanya,"kenapa kamu tak mencukur bulu kening?",soalan yang dah acap kali di ajukan.acuh tak acuh ida menjawab "haram".nasib baik tak da serangan balas masa soalan tu di ajukan.cuma ida sempat menjawab "halal dan haram itu jelas".hehe (jahat ke ida cakap camtu?).Kawan2 lain hanya menganggukkan aja.Apapun peringatan untuk kita semuakan.

Adoiyaii nyamuk makin banyak ni,esok nak hujan lagi kut,tadi dah hujan kejap,bersorak-sorak kawan arab..hehe maklumlah dah lama tak hujan.Ini bermakna musim akan bertukar,tunggu saja masanya.eeee tak saba nak main salji.mudahan-mudahan ida sempat merasa semua tu.Iqomah pon dah nak mati,kena cepat-cepat tajdid,makin lama makin banyak imtihan,ini bermakna makin sibuk..

Mata masih tak mau tutup,esok ida skola la mata!tito la tito laa....hehe,tak palah nanti ida pujuk dia suruh tidur.
Cukup sampai sini dlu ya,nanti sambung lagi.....
sayang semua!

wasalam...

Saturday, October 17, 2009

~mencari yang hilang~



Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt..

genap sudah 2 minggu sesi pengajian bermula,ini bermakna tinggal lagi seminggu untuk melangkah ke imtihan awal,rasa sekejap sangat masa tu berlalu,kitab qosos qurani masih belum jumpa lagi,masih mengharapkan nota2 dari doc dan teman2 arab.kitab tu hanya ada jual di Amman,sedangkan ida masih belum berkesempatan untuk ke Amman dek kesibukan kelas dari pagi hingga ke petang.jadual harian asal pon jadi berubah...

bila mahu ke Amman?
masih berkira2 lagi mahu ke Amman,hanya mencari sebuah kitab,harap ada teman-teman ida mahu yang ke amman jadi dapatlah ida kirimkan untuk belikan kitab tu,seksa juga bila belajar tak ada kitab depan mata,jadi rasa macam terkapai2 je untuk "tarkiz" maklumat dalam kelas..insyaAllah adalah tu nanti kitabnya(ayat penyedap hati..)

eee..kenapa duk cite pasal kitab ni...sebab tak tahu nak cite apa,banyak sangat benda nak tulis sampai tak tertulis,banyak sangat benda nak cite sampai tak tercerita...lama tak update blog tetiba cite pasal kitab pulak .....heeeeeeeee

blurr...dalam seminggu ni,itu ini buat rasa tak kena,kenapa ek jadi camtu,rasa semangat makin pudar,rasa berdebar setiap masa,dalam hati terdetik,mungkin diri ni kurang berdoa?atau kurangkah bersunah dengan amalan2,atau mungkinkah kurang ada rasa bersyukur?

moga Allah ampunkan dosa2 ida.berharap moga ini adalah fasal ( sem ) ida yang terakhir,walaupun tak banyak madah yang tinggal tapi yang tinggal itulah ida rasakan seperti tak cukup ruang untuk bernafas.rasa sangat menakutkan dengan setiap detik yang berjalan..

tak tahu dah nak mengolahkan apa lagi yang bermain2 dalam fikiran ida..apa yang dapat ida katakan sekarang adalah ida dalam situasi " tak bersemangat"...

"tak bersemangat"?
sedang berusaha mencari semangat yang kian hilang tu,cari lagi masih belum jumpa,mungkin perlu usaha lebih sikit?mungkin perlu lipatkan gandakan doa tu?atau perlukah hanya tenangkan diri walaupun masa kian suntuk?mungkin ida lupa untuk bertawakal pada Allah?nah....insyaAllah ida pastikan menemukan jawapannya(penyedap hati)....usaha mencari yang hilang pastikan bertemu..

manfaatkan sisa waktu yang masih tinggal di sini,melangkah ke tahun 5 pengajian,terlebih satu fasal,moga ini yang terakhir,ida berharap setiap yang berlaku tu ida ada hikmah yang terbaik buat diri ida serta orang lain.bukan mencari kesilapan tetapi membaiki kesilapan.

teringat di tahun satu pengajian dulu,jika dulu nak membaca kitab perlu merujuk setiap kalimah dalam mu`jam,laju mengalir air mata bila tak jumpa apa yang di cari,terkial-kial memahami setiap "permintaan" ayat,akhirnya teman2 arab tempat ida merujuk.sangat berbeza dengan sekarang,tak perlu lagi menghadap mu`jam untuk mencari setiap makna perkataan,merujuk mu`jam bila perlu,bahkan teman2 arab pula yang datang mencari untuk di ajarkan.bagi ida bukan untuk mengajar tetapi lebih kepada perkongsian,sama2 menelaah dan sama2 mendapat manfaatnya..

2 hari lepas ade juga ida berhubung dengan dua orang kawan baik ida,nur dan bushra.bertanyakan perkembangan diri masing2,lama juga tak jumpa,nur tak ambil fasal soifi lepas,bushra pula sedang praktikal di irbed,dekat 3 bulan lebih juga tak jumpa.masa tu cepat berlalu,sekarang bushra sedang sibuk dengan "mashru` kuliyyah" untuk melengkapkan dirinya menjadi muhandisah imarah (Arkitek),dan nur pula melangkah ke tahun 4 bakal menjejaki seperti bushra.mencukupkan juga pengajian hingga ke tahun 5.

cepatnya masa berlalu,teringat masa amik kelas turki sama2 dengan nur,selalu sangat markah die tinggi dari ida,tapi akhirnya bila final,markah kami sama.masa nak dekat exam di selalu datang tidur bilik ida,study sesama kononyer,akhirnya die ke bulan dulu tinggalkan ida...hehe,mungkin sebab otak orang arab ni cepat "tangkap"semua yang di ajar kut,jadi bila dah abes je study terus jee tido.

nur dan buhsra 2 watak yang berbeza,sangat susah untuk serasi pada awalnya,tetapi sekarang jadi kawan baik.harap ukhuwah kami berkekalan.

cukup sampai sini dulu cerita ida,kepala pon dah bagi signal suruh tutup mata,sangat letih,sangat mengantuk...nanti kita sambung lagi ya..
sayang semua !
tata
wasalamualikum



untuk adek syirah , jaga kesihatan baik2 ye..jgn lupe rajin2 makann ubat,jangan lasak2 sangat tido,nanti jatuh katil...ngeeeeeeee

Friday, October 2, 2009

fasal jadid ^-^






bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
pose suda,raya pon suda..hehe lama tak update blog ni..baru je ida start nak nulis da kering idea..dan macam2 anasir2 lua yang menganggu..hehe...
sekarang baru ade peluang kejap nak update..hehe tu pon masih dalam keadaan kurang kerajinan
semester baru bakal bermula,ari ahad ni dah mula kelas,belajar macam biasa.semester kali ni ida hanya ade kelas pada hari ahad,selasa,dan khamis...senin rabu..hehe cuti sendiri.
terpaksa susun jadual macamni sebab dah xde madah...doakan moga semester kali ni dapat ida habiskan dengan baik.dan tak de apa2 halangan..ni jadual ida..
10-11 am - tilawah wa hifz 2

11-12 am - tilawah wa hifz 3

12-1 pm - qosos qurani

1- 2 pm - usul iqtisod islami

3-4 pm - sirah nabawiyah
doakan ida moga dapat lalui semester terakhir ni dengan baik keh
meredah kesejukan syita`,melawan kemalasan serta kemengantukan mata yang sering menguasai diri dikala syita` bertandang...hehe ..doakan moga ini adalah semester ida yang terakhir.ameennn....ameennn

xde idea nak tulis panjang2...air milo pon da abes,jum kita layan gamba dlu masa raya ritu..hihi







da..hehe ketidak rajinan sudah mula datang..hehe...lain kali kita smbung ye...hihihi

selamat hari raya eidulfitri pada semua...,masih sempat kasi ucapankan,raya belum habis..syawal sebulan..hihi

ok..

sayang semua...

wasalam