Wednesday, November 21, 2012

Allah sayang kitakan..?

Bismiilahirahmanirahim
Asslamualaikum wbt..

Sudah jatuh di timpa tangga,lebih kurang begitulah ungkapan yang paling hampir dapat ida gambarkan tatkala mendapat tahu hasil keputusan MRI yang di lakukan ke atas anak kami A`isyah Hanna. Keputusan menunjukkan bahagian tengah otak A`isyah tidak berfungsi.Mungkin perkembangan A`isyah ada masalah,begitu juga dengan deria-deria yang penting seperti mulut ,hidung dan telinga. Wallhua`lam.
Bilamana doktor membaca keputusan MRI di hadapan kami,keadaan semua menjadi kaku termasuk doktor ,ida, zauj dan juga beberapa orang jururawat yang berada berhampiran dengan kami.Tertunduk ida untuk beberapa seketika sambil perlahan-lahan memandang wajah zauj di sisi. Rasa macam nak menanggis tapi tidak ada air mata yang keluar.Tidak terkata....

Perlahan-lahan nafas di tarik dan terus mendengar penerangan doktor selanjutnya. Kami sendiri seakan tidak percaya apa yang doktor katakan.Kami berharap agar keputusan MRI yang kami dengar sebentar tadi adalah tidak tepat.Wajah lena anakanda yang di riba terus di tatap sambil berdoa agar apa kami dengar tadi bukanlah sesuatu yang pasti.Kami sendiri tidak percaya apa yang berlaku pada A`isyah,walaupun dia tidak nampak apa-apa tetapi dia tetap aktif seperti bayi lain. Mulut a`isyah tetap ramah menyapa. Walaupun gembira melihat a`isyah aktif tetapi jauh di sudut hati seorang ibu ni tetap sedih melihat a`isyah yang cuba untuk membuka matanya yang tidak terbuka.Kini , sedikit sebanyak hasil keputusan MRI amat menganggu emosi ida sebagai ibu.Selama ini kami beranggapan anakanda hanya mempunyai masalah mata,tetapi rupanya tidak.Apapun doa tetap di panjatkan agar buat a`isyah agar membesar dengan sihat dan sempurna seperti bayi lain.Mohon doakan juga untuk a`isyah.

Aisyah "survivor" , rajin meraba-raba wajah orang yang dekat dengannya.Ummi tahu a`isyah nak melihat tapi  apakan daya anakku, ummi tidak ada kuasa melainkan Allah.Antara ramai-ramai bayi ,A`isyah Hanna adalah anak terpilih oleh Allah. Mungkin a`isyah gelap pandangannya tetapi tidak pada hati A`isyah .Kadang-kadang  ummi tengok A`isyah selalu bersembang-sembang tetapi tak tahu dengan siapa.Dengan para malaikat agaknya , teka ummi.Kadang-kadang ummi tengok A`isyah seolah-olah berfikir tetapi ummi tidak tahu apa yang di fikirkan.Suatu hari nanti kalau A`isyah bertanya ummi kenapa mata a`isyah tak nampak,ummi hanya boleh menjawab,"A`isyah istimewa,Allah sayang A`isyah".

iyyahhhh.....saya baru bangun titoww...

sempena 1 muharam saya dan abi di botakkan oleh ummi.....hehe


 A`isyah jarang menanggis , kalau menanggis pun semasa tengah lena tidur . Masa tu barulah kami dengar suara a`isyah menanggis dengan sayu. Itu pun tangisan A`isyah sekejap sahaja.Allah kurniakan anugerah tidak ternilai seperti A`isyah kepada ummi dan abi.Mungkin Allah nak suruh ummi dan abi sabar dan redha dengan apa yang Dia beri.

Sekarang A`isyah dah pandai mengiring dan perlahan-lahan meniarap. Tempat tidur A`isyah pun kena luas,sebab ummi tak jangka A`isyah akan bergolek-golek ke mana.Tengok-tengok dah ada atas lantai.
Sejak A`isyah di lahirkan dengan keistimewaan yang Allah beri,kami agak tidak terurus sedikit. Masa di rasakan cepat sangat berlalu. Temujanji demi temujanji untuk a`isyah di lakukan.Kejap-kejap ke hospital sana , kejap-kejap ke hospital sini. Abi pun selalu cuti. Dalam sebulan pasti kena cuti demi a`isyah. Mungkin Allah bantu kami,orang sekeliling faham situasi abi. Kadang-kadang rezeki untuk A`isyah tidak di jangka.Alhamdulilah murah rezeki A`isyah.Walaupun banyak wang ,masa dan tenaga habis untuk A`isyah tetapi sikit tidak merasa penat untuk memastikan anakanda yang seorang ini membesar dengan sihat.

Alhamdulilah sekarang cuti sekolah, dapatlah ida menumpukan sepenuh perhatian untuk A`isyah. Lepas ni banyak lagi perkara yang perlu kami lakukan buat anak kami yang istimewa ini.Apa yang pasti setakat ni A`isyah perlu di rujuk ke 3 buah hospital pakar . Ummi dan abi buat ni semua untuk a`isyah. Allah bagi A`isyah sebagai amanah untuk di jaga sebaiknya. Apa sahaja demi  kebaikan A`isyah kami cuba usahakan.Walaupun tergiang-giang lagi kata-kata doktor tentang perkembangan A`isyah , hati ummi ni tetap menafikan. Semuanya di serahkan kepada Allah. Allah yang berhak keatas a`isyah.

Untuk incik zauji yang tersayang, terima kasih kerana sentiasa ada dengan ummi untuk hadapi semua ini. Selain kekuatan yang di bekalkan Allah , kekuatan ini juga datang dari abi yang tak jemu-jemu mendorong ummi . Ummi nak kuat hadapi semua ni .Jika kita  merasakan ujian ni berat buat kita , ada lagi orang yang menerima ujian yang lebih berat dari ini. Bersyukur dan redha dengan apa yang Allah bagi.

Alhamdulilah Allah bagi ahli syurga buat kami!

wassalam!
Sayang A`isyah Hanna

Saturday, November 10, 2012

Ujian buat kami!

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulilah anakanda kami A`isyah Hanna sudah pun genap 4 bulan.Cepat je masa berlalu.Hari demi hari melihat anakanda kami membesar di depan mata.Kelainan yang ada pada A`isyah membuatkan kami suami isteri lebih memberikan perhatian padanya.Sedangkan A`isyah sama juga seperti kanak-kanak lain.Apa yang membezakannya dan membuatkan ida serta suami benar-benar rasa teruji adalah kelainan yang ada pada mata A`isyah. Sewaktu A`isyah di lahirkan dia lambat menangis,mungkin dia merasakan masih lagi berada di dalam perut umi dia sedangkan A`isyah sudah pun berada di dunia nyata. Sakit semasa melahirkan A`isyah hilang tatkala melihat anakanda sudah pun berada  di depan mata. "Assalamualaikum baby..." itu ucapan pertama ida buat anakanda. Selang beberapa minit ida di datangi doktor pakar sambil memengang A`isyah yang sudah di bersihkan.Sambil di temani Incik zauji .Doktor memberi memberi penerangan " Puan,saya lihat baby pun seperti tiada kelopak mata,mata dia tertutup rapat ,apapun saya tidak dapat memberi kepastian..kita akan tunggu doktor pakar kanak-kanak". Apapun baby puan sihat".Semasa mengandung puan ada alahan apa-apa tak?tak ada jawab ida. Puan atau suami ada keturunan yang cacat penglihatan? tak ada juga jawab ida. Semasa mengandung saya tak pernah ada alahan.Saya tak mabuk langsung semasa mengandung. Itu jawapan ida  kepada doktor.Doktor terdiam dan berfikir.  A`isyah terus di bawa ke NICU untuk mendapat permerhatian lanjut.Saat di beritahu sebegitu oleh doktor, hati ini rasa seperti di tusuk-tusuk,sakit melahirkan belum pun hilang,tetapi terus di beritakan keadaan anakanda sebegitu. Setiap hari di hospital di temani dengan air mata.Bagaimana kedaan sebenar A`isyah kami sendiri pun tidak tahu.Apa yang kami tahu doa dan terus berdoa agar mendapat berita yang positif. Setelah hampir 4 hari anakanda di tahan di NICU dia sudah boleh di bawa pulang dan terus mendapatkan rujukan doktor pakar mata.Dari sini bermulanya kisah permata hari kami  A`isyah Hanna .

Usaha demi usaha di lakukan demi anakanda kami A`isyah. Akhirnya setelah 2 bulan lebih menunggu ,tarikh temujanji bersama doktor pakar pun tiba. Ketika ini mata A`isyah masih belum terbuka. Perasaan seorang ibu ingin melihat anaknya sempurna seperti kanak-kanak lain tetap membuak-buak. Saat di beritakan oleh doktor pakar mata bahawa anakanda mungkin tiada bebola mata , terus hati ini di sentap. Air mata gugur lagi.Menanti hari yang di janjikan untuk melakukan pembedahan mata bagi memastikan keadaan mata A`isyah pun tiba.Kali ini apapun keputusan dari doktor kami suami isteri bersedia menerimanya. Setelah menunggu untuk beberapa jam pembedahan , kali ini pasti kami mendapat jawapannya.
A`isyah Hanna permata hati kami di lahirkan bukan tiada kelopak mata tetapi di lahirkan semulajadi tanpa "bebola mata" .Anakanda kami tidak dapat melihat dunia ini .Tidak dapat melihat ummi dan abi . A`isyah yang di lahirkan malam nisfu Sya`ban ini tidak dapat membuka mata selama-lamanya sehingga di izinkan Allah untuk berlaku dengan dengan kehendaknya .Mimpi ida sewaktu mengandungkan A`isyah menjadi kenyataan.Rupa a`isyah dalam mimpi tu..mimpi tu tunjukkan mata a`isyah memang lain..mimpi tu menunjukkan mata a`isyah memang tidak terbuka.Mimpi yang di sangkakan mainan tidur kini menjadi kenyataan.

Allah.....
Kenapa Kau pilih kami ?
Apakah salah kami?
Ujian buat kamikah ini?

Itu persoalan yang sering berlegar-legar di kotak fikiran kami tatkala mula-mula menerima berita tentang A`isyah.Tapi sekarang bersangka baik dengan Allah itu lagi penting dari mempersoalkan apa juga nikmat dan anugerah yang telah Allah beri.Bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan.Bersyukur kerana Allah menunjukkan perhatiannya kepada kami dengan memberi ujian ini.Bersyukur kerana A`isyah sihat walafiat

A`isyah anak yang baik , solehah tanpa membebankan ummi dan abi.Kehadiran A`isyah tetap menambah seri dalam keluarga kami.Kehadiran A`isyah yang istimewa membukti Allah maha berkuasa atas apa yang di kehendakinya..A`isyah lain dari yang lain.Istimewa di hati kami buat selamanya.InsyaAllah ada "bahagian" buat A`isyah kelak.

A`isyah sudah memasuki usia bulan kelima , suka gelak-gelak...suka senyum-senyum..suka membebel sorang-sorang. Telinga A`isyah kuat mendengar setiap bunyi,hidung a`isyah kuat menangkap bau orang-orang tersayang.Mulut A`isyah ramah menyapa.Umi dan abi tidak pernah tinggalkan A`isyah untuk ke mana-mana. Kami tidak pernah ada rasa malu dengan orang yang menyapa tentang kelainan pada mata A`isyah.
Umi A`isyah paling tak suka bila orang simpati dengan A`isyah,tetapi apa yang umi harapkan adalah orang akan mendoakan A`isyah tatkala melihatnya.

Alhamdulilah anakanda kami A`isyah Hanna senang di jaga,A`isyah tak suka tidur dalam buaian.A`isyah tak suka hisap puting palsu. Dan yang paling "best" A`isyah dah pandai tidur sendiri tatkala umi dan abi sangat letih seharian bekerja.

Terima kasih Allah kerana kuniakan kami anugerah terhebat untuk kami. ..A`isyah hanna !

Wassalam

A`isyah 3 bulan

A`isyah  2 bulan
A`isyah 3 bulan lebih...lasak..
.

Monday, October 1, 2012

A`isyah Hanna Fauzi

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulilah ,setelah berbulan ida blog ni tak di kemaskini  akhirnya peluang yang ada ini tidak di sia-siakan.. Kali terakhir kemaskini blog sebelum bersalin,sekarang anak kami pun dah keluar jumpa ummi dan abi dia.alhamdulilah.


Perjalanan sepanjang kehamilan ida telah berjaya di tempuhi dengan jayanya..hehe alhamdulilah.Di sebalik proses kehamilan 39 minggu 2 hari tersembunyi rahsia Allah yang tidak di perlihatkan kepada hambanya ini sehingga lahirnya puteri  comel kami. Kronologi sepanjang tempoh bersalin sehingga sekarang di tempuh satu persatu.Tak sangka bayi kami akan keluar awal dari tarikh yang di jangka,awal pun dalam 4 hari.alhamdulilah. Rancangnya akan bersalin di Hospital Selayang sebab dekat dengan rumah mak,tetapi rencana Allah tu lagi hebat. Ida terpaksa bersalin di Hospital Kajang dek kerana tanda-tanda baby nak keluar tu dah ada. Kebetulan masa tu ida ikut incik zauj pergi kerja , nasib baiklah dah " packing beg " awal-awal jadi tidaklah kelam kabut sangat.Cuma nampak jugalah muka incik zauj yang kegelisahan..hehe , ida pulak dah turun tanda tu siap boleh ajak zauj pergi makan lagi maklumlah dah tengahari mestilah lapar.


Siap jer makan terus kami pergi ke hospital terdekat,iaitu Hospital Kajang.Disini bermulanya kisah ida melahirkan anak tersayang.3/7/2012 ida di masukkan ke wad kerana turun air sedangkan belum sakit pun.Tetapi kerana risaukan keselamatan baby di dalam di gagahkan jua duduk dalam wad. Malam tu masa doktor "check" ,dia kata kalau baby tak keluar juga malam tu ,dorang akan masukkan air. Huhu ini bermakna bersalin secara paksa. Malam tu dah rasa sakit-sakit , makin lama makin kerap tetapi jalan masih belum buka sepenuhnya. Siang 4 / 7/ 2012  sakit menjadi-jadi,dan ida terpaksa di tolak ke " Labour room ". Ingat ke dah tak kena induce ,rupanya kena juga. Ubat tu hanya bertahan selama lapan jam sahaja.Jika baby tak keluar juga jawabnya kenalah belah perut ni.Sakitnya tak terkata dek kerana ubat yang di masukkan tu.lebih kurang jam 2 petang ida di labour room dan anak kami  pun lahir jam 10.30 pm..berpeluh-peluh menahan sakit sorang -sorang (mati nanti pun sorang-sorangkan)alhamdulilah anak kami keluar dengan selamat dengan sekali teran.haa tu dia 3.5 kg sama dengan berat ummi masa lahir dulu. hehe berjaya melahirkan baby secara normal.fuhh lega tak terkata tatkala baby dah keluar. Hikmah anak keluar awal rupanya nak sambut malam nisfu syaaban (15 syaaban 1423 ) dengan ummi dan abi dia. Alhamdulilah di sambut oleh dua orang bidan perempuan bertauliah.



ismi A`isyah Hanna ... umri thalatha ayyam..


Maka dengan izin Allah lahirlah puteri kami yang di beri nama "A`isyah Hanna binti Fauzi ". Puteri kami di azankan dan di iqamatkan masa tu juga dan di situ juga oleh abi dia. Detik-detik nilah paling tak leh lupa tengok muka incik zauji cam cuak je dapat baby.Hadiah pertama buat bayi kami selepas A`isyah keluar dari perut ummi adalah bacaan surah luqman oleh abi . Mesti orang pelik kenapa incik zauji boleh masuk ke dalam labour room.Dah doktor panggil dah tentulah boleh masuk. Selain itu adalah kerana kelainan yang ada pada A`isyah ketika itu.Selepas menyusukan A`isyah buat pertama kalinya,dia terus di bawa ke NICU  dan di pantau rapi.Alhamdulilah A`isyah tidak menyusahkan semua orang dan senang di jaga. Hari pertama bergelar ibu  tu kami berpisah sementara kerana ida masih di wad dan a`isyah di pantau rapi oleh doktor di NICU. Setelah 5 hari kami berkampung di hospital akhirnya kami di benarkan pulang. Alhamdulilah a`isyah tidak ada masalah kesihatan .Segala urusan di hospital di permudahkan.Bila dengar boleh balik terus melompat,dah tak tahan duduk kat hospital lama-lama.Tak sabar nak bawa A`isyah terus balik jumpa atuk dan nenek dia.Sampai rumah mak disini bermulanya ida kena berpantang.Nak cepat sembuh kenalah dengar cakap orang tua kan kan...


Ni jelah yang larat untuk ida kemaskini blog ni,insyaAllah gambar-gambar A`isyah yang lain akan menyusul.Banyak gamba ada  dalam laptop incik zauji jadi tak dapatlah ida nak upload gambar banyak-banyak..Apa kelainan yang ada pada A`isyah yang betul-betul menguji keimanan kami suami isteri akan ida cerita pada entry yang akan datang.Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga.


Terima Kasih Allah atas kurnian terindah ini..

Wasallamualaikum .
Sayang semua!

Saturday, June 16, 2012

sabar menanti..~

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum WBT


Alhamdulilah , masih di berikan kesempatan untuk "update" lagi blog...


Alhamdulilah usia kandungan ida sudah pun masuk minggu ke 37,teruja sangat nak jumpa baby.Terima kasih kat Allah sebab permudahkan segala urusan sepanjang kehamilan ni.Mula dari awal mengandung sampai sekarang ida tidak mengalami sebarang masalah.Tidak sempat merasa pun apa itu "morning sickness".Tidak alah dengan apa-apa juga makanan.Tidak mengidam makanan yang pelik-pelik.Semuanya berjalan dengan lancar.Alhamdulilah.Mudah-mudahan Allah mudahkan juga proses kelahiran anakanda nanti.aminn (berdebar betul..maklumlah tak ada pengalaman).hehe


Alhamdulilah sepanjang minggu peperiksaan dan kuliah di maktab semuanya berjalan lancar. Walaupun adakalanya terpaksa "menapak" ke tingkat tujuh tanpa bantuan lif . Minggu peperiksaan yang sangat "stress" dan menyerabutkan,tapi Allah ada kirimkan semangat dan sokongan melalui incik zauji & baby. Sian baby dalam pewot kena lalui semua ni dengan ummi dia.Kecik-kecik lagi dah ikut ummi dia pergi kuliah dan exam.
Dalam dewan peperiksaan tak usah cakaplah,tiap kali cuba mengingati kembali fakta mesti baby tolong "kick" .Masih baby tolong kick tulah ilham datang .Terima kasih sayang.


Sekarang dah cuti ,barulah ida rasa dapat berehat,bagi masa pula untuk baby..Tapi tulah kalau dah memang biasa buat kerja memang tak boleh nak duduk diam..Ada ke tengah-tengah sarat ni boleh pula ida minta izin dengan incik zauji nak bekerja pergi mengajar fadhu ain ke apa ke......hohoho memang dah pastilah jawapan dia "no"..hehe . Padan muke!


Jadi sekarang duduklah rumah mak ni diam-diam. Menjahit la memasak la..baca buku la..menyapulah...dan yang paling "best"  suka sangat basuh "toilet"..tak boleh tengok "toilet" tu kering sikit,terus nak menyental jee.Pastu pantang tengok mesin jahit,ada je benda yang nak di jahit..nak buat apa ntah jahit sarung tilam , bantal tu banyak-banyak.Dah memang tak boleh duduk diam ..hehehe


Bercakap tentang makanan tambahan pula,ada juga kawan-kawan tanya tentang susu.Minum susu apa,makan apa masa hamil ni?.Senang je jawapannya,ida cuma konsisten minum susu kambing.Incik zauji memang tak benarkan ida minum mana-mana susu formula mahupun air soya sejak awal mengandung.Anmum ke ,Mead Johnson ke, Dumex ke atau apa-apalah.Kadang-kadang ida  rasa macam tak cukup untuk baby ,tapi incik zauji bijak meyakinkan tentang minuman sunah ni walaupun ida memang dah biasa sejak dulu .Biasalah ibu mengandung mesti nak yang terbaik buat kandungannya.Bila tanya dengan nurse kat klinik boleh tak minum susu kambing?,nurse cakap susu kambing panas tak elok untuk baby bla..blaa..hihi .Agak pelik juga,balik rumah cerita dengan zauji,zauji cakap pengaruh barat tu lagi hebat berbanding dengan sunah nabi.So kesimpulannya tak usahlah percaya.Alhamdulilah dari sebelum kahwin sehingga sekarang susu kambing tetap menjadi amalan.Siap buat permintaan lagi dengan zauji,"boleh tak nak bela kambing,nak wat haiwan peliharaan " hehehe
Dulu sebelum kahwin mak yang belikan susu kambing sekarang Incik zauji pula yang pikul tugas tersebut..hehe....
tenang je kan tengok muke kambing..hehehe


Itu bab minuman,ni bab makanan pula.kalau dulu memang ida tak boleh telan kismis mahupun kurma, sekarang bila dah di ajar oleh incik zauji,sikit demi sedikit ida dah boleh makan.Dah tak payah kena suruh,boleh makan sendiri.Mula-mula belajar makan segigit je ,yang selebihnya zauji akan tolong abiskan,sekarang alhamdulilah dah boleh makan sebiji habis lincin. Itu pun kadang-kadang kena selang seli dengan kacang badam.Tapi selalunya badam yang habis dulu baru kurma..hehe...kismis pon sama,kena makan perlahan-perlahan. Apapun yang kita makan ,kita kena yakin...Bismillahirahmanirahim...hehe


Di sebabkan sekarang dah masuk fasa yang terkhir kehamilan,alhamdulilah segala kelengkapan baby dah pun selamat di sediakan.Walaupun teruja nak sambut orang baru,barangan yang penting tetap di beri keutaman.Nak kena sentiasa beringat-ingat ,beli apa yang perlu sahaja jangan sampai membazir.Nasib baik incik zauji ada tolong ingatkan..hehe.Sepanjang kehamilan ni juga ida belum ada lagi beli baju untuk ibu hamil walaupun ada beberapa kali di "offer" oleh incik zauji. Walaupun ada hampir 15 helai jubah yang dah tak boleh pakai dan kene masuk almari,baki yang selebihnya tu masih longgar dan boleh di pakai.So tak payah susah-susah beli baju baru.Jadi tak perlu membazir.Lagipun dah  masuk sembilan bulan ni barulah orang perasan yang ida sedang berbadan dua..dan sekarang jugalah ida baru terasa perut ida berat..hihi. Minggu lepas pergi scan baby,alhamdulilah semua sihat ,berat baby yang di anggarkan pun sesuai dengan usia kandungan .Tetapi macam biasa,setiap kali pergi scan mesti tak nampak jantina baby..Allah tetap terus menyimpan rahsiaNya..Allahuu,kami pun tetap menanti dengan penuh kejutan dan kesabaran.Lelaki ke perempuan kami tetap gembira..insyaAllah


Rasanya cukup dulu setakat ni,kalau ada kelapangan boleh update lagi...doakan ida selamat melahirkan dan di permudahkan segala urusan..aminn


sayang semua..!
Wassalamualaikum

Friday, April 20, 2012

"jangan-jangan"

Bismillahirahmanirahim
Salamualaykum wbt...


Hari ini dengan senang hatinya dan pura-pura macam tak de keje ida meng"update" blog yang di rasakan baru je update 2 minggu lepas.Macam biasa sambil incik zauji selesai kerja di "main office " beliau di KL.Balik je sekolah tadi incik zauji terus jemput ida,orang tu tak ajak pun tapi ida sendiri yang "rajin" menawarkan diri  nak ikut ..hehe padahal kalau duduk kat rumah berehatkan lagi baik. Tang ni tak dapat elak,sejak mengandung ni asyik nak berjalan je biarpun hanya dekat.Incik zauji pula memang suka berjalan walaupun pusing-pusing satu taman perumahan.
Macam tak ingat pulak esok ada sekolah ganti,ini bermakna kena pergi sekolah walaupun hari minggu bercuti. Esaimen pula menanti untuk di siapkan walaupun "due date" sudah hampir tamat.Tinggal seminggu lagi nak habis praktikum,lepas ni dah tak payah nak tulis RPH 2 buah dan panjang-panjang. Tinggal fokus kepada baki intraksi lepas ni..kemudian....kemudian....kemudian......tunggu baby keluar! teruja..!


abi...masa g jenjalan cuti pertabalan minggu lepas..


Sebut pasal baby ni ,teringat semalam pergi klinik cap ibu dan anak untuk pemeriksaan 2 minggu sekali pula.Punyalah lama menunggu , dah nak pukul 5 petang barulah selesai segala urusan.Alhamdulilah.Nasib baik incik zauji tak ikut sekali ,kalau tidak jenuh juga dia menunggu. Itupun sebelum tu dia cakap nak teman ida,ida pula selesa pergi sorang-sorang sebab dah tahu mesti lama kat klinik . Mula-mula tu macam malas dah nak menunggu tapi bila ingat balik ,semalam tarikh untuk "scan" baby ,di pujuk jugalah hati supaya bersabar menunggu  supaya dapat tengok perkembangan baby.Dapat tengok baby terus jadi lembut hati..seriessss!naluri bakal ibu! Doktor duk scan mencari-cari jantina baby,tapi tak jumpa.Katanya, awak orang pertama hari ni yang saya tak dapat lihat jantina baby.Dalam hati ida jawab juga , saya pun taknak tahu lagi jantina baby saya. Biar rahsia Allah ni di simpan dulu sampai baby lahir. Janji baby saya  sihat pun dah cukup.


Ida pun tengah membayangkan ketiadaan incik zauji 2-3 minggu lagi .Duk sorang - sorang la nampaknya,tak best betul. Tinggallah ummi dan baby je.waaa dah mula bayang yang bukan-bukan masa incik zauji "out station".Err camne tiba-tiba "blackout"..mesti gelapkan!dahlah zaujah dia ni tak suka duduk dalam gelap @ penakut.Camne tiba-tiba muncul katak dalam toilet?siapa yang nak halau?sebab selama ni incik zauji je yang halau katak.Camne pula kalau tiba-tiba cicak tu jatuh?sape yang nak buangkan?dahlah cicak & katak tu musuh nombor satu ida.Semua ini menyebabkan ida selalu terkejut sampai mengeletar badan. Drive kereta laju-laju tak takut pulak.Cicak & katak pula yang di takutkan a.k.a geliii!.Satu lagi,camne kalau hujan lebat,petir,guruh.....huhu,selalunya kalau hujan ida mesti takut,nak-nak lagi kalau sorang-sorang..huhu fikir yang bukan-bukan je ida ni.Padahal sebelum ni bermusafir ke rantau orang bertahun-tahun seorang diri pun tak ada masalah,ni kan pula hanya di tinggalkan untuk beberapa minggu sahaja.Ayat penyejuk hati : "Allah kan sentiasa ada bersama!"Dah takmo fikir yang bukan-bukan!....takut dengan azab Allah tu lagi penting!


Sakit mata la pulak mengadap skrin lama-lama,nanti bertambah rabun pula ida ni.hehehe nauzubillah...!
Rasanya sampai di sini je ida larat nak menaip..hehe lain kali sambung ok,insyaAllah


Untuk anak abi dan ummi dalam rahim ni,semalam kita dah gelak dan naggis baca kisah Maryam,hari ni kita baca tentang nasihat Luqman kepada anaknya!Ada part yang best baby mesti tau! Surah yang "wajib" anakanda dengar hari-hari dari abi dan ummi.
Terima kasih Allah atas kelebihan yang di berikan ini!


sayang semua!
Wassalamualaikum.

Friday, April 6, 2012

I love You ..!

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum WBT..

Alhamdulilah setelah berbulan tak update blog,hari ini dengan izinNya dapatlah ida merapu lagi di sini.Biasalah tiap kali nak update  ada sahaja kekangan yang tidak dapat di elakkan.Tuntut kerja lain sangat memerlukan lebih masa.Hari-hari singgah di blog sendiri tapi entry sahaja yang tidak " dibaharui" . 

Alhamdulilah masa yang ada sambil tunggu Incik Zauji ida gunakan untuk update blog.Hari ini terpaksa "menguzurkan" diri untuk tidak hadir ke sekolah.Bukan sengaja menguzurkan diri tetapi "keuzuran " yang tidak dapat di elakkan . Dari semalam rasa macam kurang sihat selepas di suntik "Tetanus" (eh betol ke eja ni??).Rasa macam kena suntik dadah pun ada sampai ke hari ini rasa semacam tidak bermaya.Jadi di sebabkan hari ini hari jumaat , dengan tunjuk muka simpati pada Incik Zauji meminta beliau agar tidak kerja hari ini dan teman ida ke klinik untuk ambil MC. Tetapi lain pula yang jadi, ida pula yang ikut dia pergi kerja. Sambil tunggu zauji siapkan kerja , ida pun meng"online" kan diri. hehehe.... Ingat ke nak tunggu zauji bawa ida ke Klinik , tetapi lain pula perancangannya , sambil boring tunggu incik zauji ,ida sendiri pergi ke Klinik,kebetulan lalu lalang di kawasan pejabat zauji ternampak Pusat Rawatan Kohilal.Apa lagi siap je bayar parking ida terus masuk.Macam "best" pusat rawatan ni. "Islamic" pun ada. Rasa selamat jer kalau doktor sentuh-sentuh .Maklumlah doktor perempuan pakar sakit puan.

Lepas scan ,barulah dapat tahu kenapa sakit perut jer .Doktor cakap baby sedang mengembara dalam perut ummi dia , patutlah rasa sakit jer.Tapi doktor tu cam garang pun ada juga...garang ala mak-mak gitu.Errr malas nak layan sangat.Apapun alhamdulilah setakat ni baby sihat dalam perut ummi dia , sesuai dengan usianya hampir mencecah 7 bulan.Baby buatlah apapun dalam pewot ummi,janji ummi tahu baby bergerak setiap masa.

Dengan pantas masa berlalu , dalam tak sedar hujung bulan ni sahaja ida akan menamatkan praktikum yang di rasakan sangat "stress". Minggu ni sahaja dah kena "observe" 2 kali oleh pensyarah. Penat pun ada ,tertekan pun ada ,maklumlah takut ada buat silap tanpa tidak sedar. Tapi Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar.Isnin ni kena observe lagi . Rajin pulak pensyarah ida datang banyak kali walaupun sekolah ida jauh dari sekolah kawan-kawan yang lain.Apapun doakan ida moga semuanya berjalan dengan lancar.

Tak sabar rasanya nak bercuti lama-lama,letih sangat bila berada di sekolah. Nak-nak lagi waktu praktikum ni.Alhamdulilah nasib baik ada zauji sentiasa di sisi . Bagi semangat dan dorongan yang tak putus-putus. Terima kasih Allah kerana mengurniakan kepada ida suami yang baik dan penyabar. Zauji cool je setiap masa melayan ida,nak-nak lagi time berbadan dua ni. Wasiat terakhir untuk zauji belum lagi ida tinggalkan , maklumlah takut masa melahirkan sama juga takut menghadapi mati . Apapun boleh terjadikan...Melahirkan sama bererti kita pergi berjihadkan. Ada dua pilihan sahaja "hidup atau mati ".Bukan minta perkara yang buruk terjadi tetapi "beringat-ingat" sebagai persediaan dengan sebarang kemungkinan.Sejak usia baby dalam rahim ni membesar perasaan ida makin sensitif , biasalah ibu hamil memang begitu.hehehe..24 jam kalau boleh nak "mengendeng" je dengan zauji..hik2.

Rasa dah tak tahu nak merapu apa kat sini nak merapu lagi kat sini..hehe tunggu lain kali pula jika di izinkan Allah ida update blog lagi...

Untuk anak Ummi dan Abi dalam rahim ni.....we love u!!


Sayang semua!
Wassalam...

Wednesday, February 8, 2012

Sorang-sorang ^_^

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt..


Alhamdulilah ,hari ini Allah beri kesempatan kepada ida untuk update sikit blog yang tak berapa nak best ni..


Kebetulan incik zauji terpaksa kerja malam untuk malam ni dan malam esok,jadi terpaksalah ida berdikari duduk seorang diri di rumah,opsss bersama baby ."Allah pun ada".Selalunya kalau sorang-sorang ida akan balik ke rumah mak.Tapi memandangkan esok kerja dan ada banyak kerja yang perlu di selesaikan jadi duduk jela kat rumah diam-diam. Ermm elok jer zauji bertolak pergi kerja,hujan pun turun . Risau tak terkata tok sah cakaplah,tapi insyaAllah Allah tu ada bersama-sama incik zauji "setia menjagaNya".Maklumlah ibu " mengandung" perasaan tu  macam- macam datang.Padahal incik zauji tu "rilek" jer. Sempat lagi zauji pesan supaya mengaji sementara tunggu isyak. Memang dah sah budak penakut, gelap pun takut ..dalam kubur nanti macam manalah kan.Ida pulak cepat sangat terkejut.Kadang-kadang tengah "drive" pun boleh terkejut...Allahuuu..


Alhamdulilah kandungan ida dah pun masuk ke 19 minggu ,huhu dah hampir ke lima bulan. Baby pun dah mula aktif dalam perut ummi dia,dah pandai "hint" kalau lapar. Kalau abi dia baca Quran,pandai dia duduk diam-diam yang terasa hanya denyut jantung dia."Moga Allah melindungimu nak". Kalau sebelum ni ida bergerak aktif ke hulur hilir dan tak reti duduk diam,sekarang nak bergerak laju pun terbatas sikit,kena tarik nafas dalam-dalam barulah selesa. Kadang-kadang tu macam tak beringat juga berbadan dua,lasak jer kat sekolah . Bila baby dah "kick" barulah "slow"  sikit. hehehe . Alhamdulilah masih ramai lagi yang tak perasan ida sudah berbadan dua. Allah mudahkan.


Sekarang ida dah pun masuk ke "fasa praktikum " , sibuk sangat tidak terkira,selalunya kalau kerja banyak tak dapat nak siapkan incik zauji akan hulurkan bantuan . Tinggal bagi jer kerja .pasti zauji tolong siapkan.Ingat ke malam ni boleh "hulur kerja " lagi , tapi "tak dapek " nampaknya.Buat sendiri jelah...hehehe "padan mukee!" 
Alfee sangat suka main2 dgn pak lang@incik zauji
hehe saje2 nak letak gamba 

ape la yg di sembangkan tu?agaknya alfee tanya :
" mana spek paklang?"paklang pon jwb.."tadi jatuh dalam sungai"

Oklah rasenya banyak lagi kerja nak kena selesaikan ni,takut kang mata dah mengantuk kerja pun tak siap.huhu.....Lagipun ida dah tak tau nak cerita apa lagi kat sini...:).Lain kali ida sambung lagi ek...insyaAllah..


Selamat malam..
sayang semua!
wassalam.



Thursday, January 12, 2012

"tahun baru 2012"semangat baru..kisah baru

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt..


Alhamdulilah ,setelah beberapa  bulan tidak berblog,harini di berikan kesempatan oleh Allah untuk ida merapu lagi di blog sendiri.
Sebenarnya ida tidak tahu apa yang hendak ceritakan di sini ,pada asalnya memang banyak yang nak di tulis,tapi bila mula jari bermain di keyboard mula rasa dah tak ada idea..hehe..cehhh cam tak biasa la pula.Tengok incik zauji dah pun lena ke bulan,baru la terasa rajin sikit untuk menaip...hehe


Alhamdulilah tahun 2011 merupakan tahun pertama ida beraya sebagai seorang isteri. Sangat berbeza dengan tahun-tahun lepas.Sebelum ni kan "single" dan tiada apa pun nak di sibukkan melainkan membantu kerja -kerja di dapur.Tahun ni raya banyak benda perlu di sediakan ,termasuklah segala kerperluan incik zauji.Sebagaimana ida "menyiapkan"nya setiap pagi sebelum pergi kerja begitu jugalah pada hari raya.Pengalaman baru di tahun pertama bergelar seorang isteri.Apa yang penting tahun ni dapat balik kuantan bawa zauji jumpa nenek tersayang.


Alhamdulilah dan tinggi kesyukuran di panjatkan ke pada Allah di ulangtahun pertama perkahwinan kami yang jatuh pada 19 Disember 2011 lepas,tarikh keramat penyerahan tugas dari seorang bapa kepada seorang isteri. Uhhh cam tak percaya pon ada..Tapi ini kenyataannya,ida memang sudah bergelar seorang isteri.Setahun hidup bersama incik zauji,susah dan senang kami bersama.Anugerah yang terindah ida rasakan bila di kurniakan Allah SWT seorang suami yang sangat penyabar dan penyayang.Belum pernah lagi ida dengar suaranya di tinggikan apatah lagi berkasar dengan sesiapa.Syukur kepada Allah  tidak terhingga sehingga ke detik ini
Untuk zauji tersayang.......
"terima kasih kerana menjadikan diri ini insan yang sangat bertuah di dalam hidupmu,kesabaranmu sangat menyenangkan diriku" errrr sowi tak reti nak taip jiwang-jiwang cam abi....hehe.. tahun ni kita sambut ulangtahun perkahwinan  bertiga.Seorang lagi  tengah syok berenang-renang dalam pewot ummi dia. Alhamdulilah..


Tidak jauh dari tarikh 19 Disember tu , tarikh 22 Disember  merupa hari lahir ida yang ke 25 , dan alhamdulilah tahun kedua menyambut hari lahir bersama incik zauji. Rasa macam dah makin tua pun ada. Sebab itulah ida sangat suka bulan Disember ...hehehe
sebenarnya ida pun tak de cerita sangat nak kisahkan di sini,setiap hari buka blog sendiri ,hajat di hati konon nye nak update,tapi sampai kesudah tak berupdate.


Sibuk sangat dengan urusan dunia yang tidak berkesudahan ni,"esaimen " yang bertimbun-timbun . kerja -kerja di sekolah banyak lagi yang perlu di bereskan.Kalau dah namannya tanggungjawab perlulah di laksanakan ,takut di akhirat kelak di tanya hasil wang setiap bulan kemana perginya.
Adalakal hati memberontak letih,tetapi bila melihat ada orang lain lagi letih dan dia mampu melakukan setiap amanah itu dengan baik dan  sedikit sebanyak menjadi motivasi buat diri ini.


Semalam sempat juga menyuarakan isi hati kepada incik zauji . Boleh tak nak berhenti kerja dalam beberapa tahun lagi?Kalau boleh nak besarkan anak-anak dengan tangan sendiri.Incik zauji setuju ajee..hehe dalam hati berbunga riang macam nak melompat,tapi pandai "cover" depan zauji..Incik zauji pun memang kalau boleh nak ida duduk rumah je...InsyaAllah itu perancangan akan datang.Semuanya terletak di tangan Allah.


Alhamdulilah dan bersyukur kepada Allah , Ida pun sudah hampir ke minggu ke 16 minggu berbadan dua,membawa baby di dalam rahim.Kehadirannya pun kami tidak sangka-sangka.Maklumlah ida masih di dalam kontrak pengajian,tetapi semua yang berlaku dengan izin kuasa Allah.Rupanya Allah nak ida bawa baby sama-sama pergi maktab ,pergi sekolah.Awal-awal lagi dia dah ikut ummi dia pergi belajar dan mengajar.Sekarang ida hanya bertawakal kepada Allah,moganya di permudahkan segala urusan di maktab mahupun di sekolah.Ikutkan ida sudah melanggar peraturan maktab.Itu semua kehendak Allah,anugerah terindah yang di kurniakanNya bukan satu kesalahan di sisinya .itu yang paling penting.Setakat ini ida ida yakin dengan apa yang Allah tentukan dan mengambil langkah berdiam diri dari pengetahuan maktab.Cerita kat blog tak pe sebab tak de orang nak baca pun.hehe..lagipun memang ida sengaja senyapkan khabar ini dari kawan-kawan,manalatau tiba-tiba sampai ke teliga pensyarah kan...:) nak-nak lagi di Facebook..Doakan kami ya.moga di permudahkan.


Sepanjang tempoh kehamilan ni ,alhamdulilah ida tiada alami alahan yang teruk ,cuma batuk-batuk kecil sahaja.Bab makan pun tiada masalah,boleh memasak macam biasa,tiada lagi mengidam apa-apa pun cuma sentiasa lapar,hampir setiap jam.Minggu lepas dengan di teman incik zauji ke klinik untuk scan,pada mulanya ida kurang yakin tentang kesihatan baby ,bukannya apa risau juga ada kesan apa -apa kt baby ,maklumlah ummi dia ni sangat lasak sewaktu di maktab,orang melompat,berlari ida pon turut sama lakukan.Bila cerita hal ini dengan doktor ,dia pun terkejut juga ,alhamdulilah tiada kesan apa-apa.Kata doktor ini memang rezeki untuk kami ,baby masih sihat di dalam kandungan.Katanya lagi dengan aktiviti ida tadi boleh menyebabkan keguguran.tapi Allah maha kaya ,masih berkehendakkan baby terus membesar dalam rahim.Kata doktor baby sihat siap angkat tangan beri salam kat ummi dengan abi dia.Nak menanggis terharu masa tu ,tapi tahan je.Doakan ida dan baby moga sihat walafiat..
Kebetulan 2 hari lepas ,ida ke klinik kerajaan untuk buat buku merah.Ingat ke senang, rupa-rupa hampir 3 jam juga duduk kat klinik.Dalam hati nakal ini siap merungut manja lagi "kalau tau lama macamni lebih baik balik rumah siapkan esaimen"hehe teruk betul ida kan..Dahlah kena cucuk 6 kali ,semua gara-gara tak jumpa urat. Baby punya pasal apapun ummi sanggup :P


Okla rasanya ida pun dah tahu nak cerita apa lagi,ni pon dah 3 kali edit baru pos,insyaAllah kalau ida rajin ,ida update lagi...:)


Salamulaikum wbt
tata..
saya sayang semua!