Tuesday, September 17, 2013

Aisyah "si bahagia"

Bismillahirahmanirahim,
Salamualaikum wbt...

Sungguh lama di rasakan blog ini tidak di update,maklum sajalah si Ummi ni perasan sibuk ... hehehe...

Alhamdulilah,si anakanda sudah pun menginjak ke usia 14 bulan , ini bermakna A`isyah Hanna dah pun berusia setahun 2 bulan.Alhamdulilah.
Banyak perkara yang berlaku sejak adanya anakanda A`isyah Hanna.Walaupun dia tak senormal anak orang lain tetapi aisyah tetap istimewa di hati abi dan umi.

Lahirnya a`isyah dengan segala keistimewaan yang Allah telah merubah segala hidup kami.Allah ajarkan apa erti pergorbanan.Allah juga ajarkan kami apa erti kesabaran dan ketabahan.Kami sudah pun berpindah rumah dari kawasan dekat dengan sekolah ke kampung ummi. . Tidaklah jauh sangat pun dah 64 km pergi dan balik. Macam tu juga dengan abi aisyah dekat sikit hendak berulang ke tempat kerja di KL hari-hari. Kami memilih untuk tinggal berhampiran dengan rumah nenek aisyah sebab sukar mencari pengasuh yang dapat menjaga aisyah sebaiknya.Bila di maklumkan oleh nenek aisyah ada pengasuh yang baik orangnya,elok akhlaknya kami terus ambil keputusan untuk berpindah rumah.Alhamdulilah aisyah sangat selesa dengan orang yang di panggil "wan" itu..

Sejak adanya Aisyah , naluri ibu ini selalu bermotivasi dan bersemangat untuk terus membesarkan aisyah dengan apa juga keadaaan sekali pun. Masalah anakanda A`isyah sekarang bukan sekadar tiada bebola mata , tetapi juga masalah pendengaran. Aisyah tidak dapat mendengar ,semua hasil ujian pendengaran adalah "gagal". Sekali lagi Allah uji ummi dan abi . dan pertuturan A`isyah mungkin juga akan bermasalah.Perkembangan Aisyah yang juga akan bermasalah ,ini semua andaian dari doktor yang merawat aisyah.Walaupun aisyah dah 1 tahun 2 bulan tetapi dia masih belum mampu mengeraskan lehernya.. masih lentuk liuk bak bayi baru lahir kalau adapun hanya sekejap sahaja aisyah mampu mengeraskan lehernya...tetapi anak ummi ni  tetap berusaha dengan sendirinya.

Hari minggu kami banyak di habiskan dengan aisyah, bawa berubat ke sana kemari . Mencari maklumat ke hulu ke hilir demi memberi yang terbaik buat si anak. Usah di hitung berapa banyak wang telah habis, tak perlu di kira masa yang telah banyak di beri buat si putri ,semuanya demi melihat si anak membesar dengan sihat. Ini Amanah dan juga hadiah yang Allah berikan. .

Si ummi dan si abi ni sudah lali dengan pandangan orang terhadap aisyah... Tiap kali bawa aisyah keluar bersiar pasti ada mata yang memandang kekurang Aisyah....

Dalam hati sentiasa bermotivasi " hey ada aku kesah kau nak pandang-pandang anak aku,aku ada anak ahli syurga,kau ada?"

Lantaklah apa orang nak kata tentang aisyah. Apa yang penting kami redha dan BERSYUKUR dengan apa yang sudah Allah hadiahkan buat kami.
Aisyah Hanna sikit pun tidak membebankan kami, malah dia membahagiakan kami, jadi tak salahlah jika ummi dan abi meletakkan nama A`isyah buat anakanda.



Hari demi hari berlalu ,gelagat anakanda sangat menghiburkan. Kadang-kadang sampai tak menang tangan kami melayan.Sudah pandai merajuk,sudah pandai membuat memek muka ,indah sungguh perasan ini. Kadang-kadang ada suara yang bertanya "tak susah ke menjaga anak OKU ni?". Tak susah langsung sebab Allah ada mudahkan kami. Dalam fikiran tu perlu sentiasa positif , bila Allah uji hambaNya bukan bermakna Dia tak sayang,tapi Allah nak tengok sejauh mana kita menerima ujian itu dengan sabar dan tenang.

Ummi dan abi sayang Aisyah, 
Ya Allah kurniakan kami kesihatan yang baik , kesabaran yang tinggi untuk menjaga amanahMu  A`isyah Hanna . ameen.

Ummu Hanna.
12.09 pm