Tuesday, October 27, 2009

"tidur la...."

Bismillahiramanirahim..
Salamualaikum wbt.

Mata tak boleh pejam,dah nak masuk jam 1.00 pg,tapi mata ida masih tak dapat lelap,pejam-pejam tapi dia buka balik.camne nak buat ni,akhirnya ida amik keputusan untuk conteng-conteng dalam blog yang tak berapa "best" ni.Masa nak tutup mata ni la macam-macam datang dalam fikiran,badan rasa sakit tak terkira,tapi mata masih tak mahu mengajak ke "bulan".Walaupun seakan "blurr" ketika menconteng blog,tapi masih di mahu teruskan menaip.ESOKKK SKOLA LA IDAAA!!tadi bukan main mengantuk,bila dah dapat bantal tak mau pula dia lelap..harap-harap lepas ni dapat ida lelap.

Semalam selasai sudah satu imtihan madah qosos qurani,alhamdulilah ida dapat jawab walaupun jawapan tu seakan-akan merapu.hehe,nak merapu pon kena juga membaca,kalo tak dapat sifirlah nanti.Madah ni pada mulanya ida sangka susah,tapi bila dah kenal dengan lebih rapat,rasa macam seronok pula.Sedikit sebanyak kita dapat tahu tentang Al quran dan isinya.Walaupun tak dapat nak di hadam sekaligus.Senyum sorang-sorang ida masa menyemak semula kertas jawapan tu,mana tidaknya,banyak juga kesalahan penyusunan ayat,dek kerana terlampau "excited" sangat nak menjawab.Kesalahan nahu dan sorf tu semestinya tak dapat lari,al muhim belajar dari kesilapan tu sangat penting.Itu pentingnya kita menyemak semula kertas jawapan :P

Beberapa hari lepas ida ada belaja buat nasi arab,namanya "kabsah",dah nama nasi arab,sudah pasti agak rumit cara untuk menyediakannya.Tapi sebab ida suka bab makan-makan ni,ida belajar juga buat dengan teman arab sorang ni.Dia ajar satu persatu,mula dari cara bersihkan ayam sehinggalah menghidang.Seronok dapat belajar masak masakan arab ni,tapi tak bolehalah selalu sangat makan,sebab banyak kolestrol.jarang-jarang tak pe..hik2.sepengetahuan ida yang cetek ni,nasi kabsah ni sangatlah terkenal di negara-negara arab,selain dari maqlubah dan mansaf.mungkin penggunaan nama sahaja yang berbeza.seperti kabsah ni,negara-negara arab seperti dataran syam ni sangatlah terkenal.Asal usul kabsah ni ida tak berapa tahu,cuma ada juga bertanya dengan teman-teman arab dari negara lain,seperti yamen.Diorang cakap memang kabsah ni sangat-sangat la masyhur.Bagi negara arab seperti mesir,ida tak berapa pasti tentangnya.Sebelum balik malaysia ni kena belaja semua masakkan arab ni.senang nanti bila kempunan..hehe (cam tak nak balik jee...hehe)





selesai makan dengan teman-teman arab masa tu,sempat juga menyembang dengan diorang.Diorang macam pelik bila lihat ida makan dengan tangan.diorang tanya kenapa makan dengan tangan,jawapannya mestilah sebab dah biasa.diajar sejak kecik makan dengan tangan.diorang pon macam mengiyakan aja tentang sunah makan dengan tangan.dan soalan cepumas satu lagi ialah bila diorang tanya,"kenapa kamu tak mencukur bulu kening?",soalan yang dah acap kali di ajukan.acuh tak acuh ida menjawab "haram".nasib baik tak da serangan balas masa soalan tu di ajukan.cuma ida sempat menjawab "halal dan haram itu jelas".hehe (jahat ke ida cakap camtu?).Kawan2 lain hanya menganggukkan aja.Apapun peringatan untuk kita semuakan.

Adoiyaii nyamuk makin banyak ni,esok nak hujan lagi kut,tadi dah hujan kejap,bersorak-sorak kawan arab..hehe maklumlah dah lama tak hujan.Ini bermakna musim akan bertukar,tunggu saja masanya.eeee tak saba nak main salji.mudahan-mudahan ida sempat merasa semua tu.Iqomah pon dah nak mati,kena cepat-cepat tajdid,makin lama makin banyak imtihan,ini bermakna makin sibuk..

Mata masih tak mau tutup,esok ida skola la mata!tito la tito laa....hehe,tak palah nanti ida pujuk dia suruh tidur.
Cukup sampai sini dlu ya,nanti sambung lagi.....
sayang semua!

wasalam...

No comments: