Friday, November 20, 2009

~aduhai imtihan sirah~

Bismillahirahmanirahim...
salamualaikum wbt...

tangan dah mula tak duduk diam,nak usik2 laptop...yeah akhirnya masuk blog,tulis open dairy kat sini.mencari mood nak study...mujahadah lawan kedinginan sejuk,kemengantukan mata dan keresahan untuk harini yang sedikit menganggu perasaan...
kesal...emo...dengan perkara yang berlaku(feel madi),bukan nak mengungkit apa yang dah berlaku tapi macam yang ida tulis tu "kesal".
hari yang kebetulan ida demam tu ade 2 paper untuk imtihan awal,alhamdulilah bagi paper usul iqtisod tu,doc dah pon bagi rukhsoh untuk takmili,atau amik balik imtihan tu,tapi bagi paper sirah tu,sampai sekarang doc tak bagi lagi amik balik di sebabkan ida tak ada surat dari pihak hospital...
dah 2 kali pergi rujuk dengan doc,di bantu pula dengan musyrifah yang temankan ida ke hospital tu bagi mengukuhkan hujah,tapi doc masih berkeras dengan pendirian dia,"tak de surat,xde imtihan"...
dengan keadaan diri yang masih belum sihat sepenuhnya bercakap dengan doc,terbatuk2....
adakah doc masih tak percayakan ida??
sedangkan dia sempat cakap "salamatuki"....,dalam masa tu juga dia sempat mintak surat hospital....
Ya ALLAh, manalah ida nak cari surat tu,sedangkan beberapa hari sudah berlalu.
kenapa ida tak minta awal2 dari pihak hospital surat tu??
sebabnya sepanjang 4 thun lebih kat sini,tak penah lagi doc mintak surat hospital jika nak takmili imtihan.dan doc bagi madah satu lagi pon tak de masalah nak kasi ida takmili imtihan tu....,alhamdulilah dah selamat ambil pun.
kenapa tiba2 doc yang sirah ni tega dengan pendirian dia?(semua orang tahu doc ni syadid),tapikan takan la dalam masalah macamni tak leh nak tasamuh?sedangkan bukan kita minta untuk sakit....(Allahu yutika afiah doc 1000000000000000000000x)
tak tahu nak cakap camna lagi dengan doc,rasa kesal sebab tak dibenarkan imtihan takmili kerana tak ada surat spital...Dah masuk imtihan sani dah pun,tapi masih tak dapat sempurnakan imtihan awl tu,hanya satu madah..Ya Allah lembutkanlah hati "doc muhammad zu`bi " ni...

blurr tak tahu nak buat apa lagi untuk meyakinkan doc,sekarang hanya tinggal doa dan sebenar2 tawakal padaNYa moga di bukakan jalan untuk selesaikan masalah yang datang..
iya mungkin juga silap dari ida sebab tak amik surat tu awal2,cuma masa sakit tu ida ada cakap ngn musyrifah ida tolong mintakkan surat,tapi pihak hospital cakap,kene datang hari lain sebab mudir hospital tak de haritu untuk tanda tangan...jadi apa boleh buat...
takkan nak salahkan "sakit" pula.hmmmm kena belajar bersabar lagi ... "Allah bersama orang2 yang sabar kan?"...(menyedapkan hati sendiri)......

lawan bisikan syaitan yang selalu cuba menghidupkan api amarah dalam diri,yang selalu mahu menamatkan mujahadah dalam diri...yang sentiasa mahu menyesatkan manusia dalam apa juga keadaan...

sabar lah wahai diri yang kerdil....
"jangan alirkan air mata untuk perkara yang sia2"
لا تدمعيش يا عين....

sayang semua!
wasalam


No comments: