Monday, December 7, 2009

~walimah saya~

maaf tajuk di atas tidak kena mengena dengan entry ida di bawah serta diri ida
saja nak ganggu emosi orang2 tertentu..hehe ampunn jangan marah ya.. ! lalalala~
Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt..

Alhamdulilah,selesai sudah imtihan qosos qurani semalam,tu imtihan sani,hanya tinggal menunggu imtihan nihaie(final exam) pula yang bakal menyusul awal januari nanti,tinggal satu lagi madah untuk menyudahkan fatrah imtihan sani ni,madah usul iqtisod islami baru saja tahdid tarikh imtihan sani semalam,insyaAllah kurang dari 2 minggu dari sekarang akan mulanya imtihan usul iqtisod.Seterusnya menamatkan terus imtihan sani terakhir ida di jamiah ni...Allahuma aminn...Harap dapat doakan ida serta kawan yang lain juga.Debaran tetap terus ada,risau tetap ada,bagi kawan2 yang dah biasa tinggal di negara arab atau bermuamalah dengan arab sudah tentu faham suluk orang arab ni.Hari ni mungkin mereka kata kita adalah bakal graduan,sebulan lagi mungkin mereka akan cakap,tunda ke semester depan,nauzubillah dari perkara2 ni..apa2 pun sama2 doa moga di jauhkan dari perkara2 sebegini..Doakan....

Bagi madah Qosos Qurani ni mungkin ida akan merindui untuk belajar lagi madah ni,seronok sangat bila dapat belajar madah ni,antaranya kisah2 nabi(hehe cam budak2),dan hikmah di sebalik kejadian al quran,antara lain pulak,kisah2 israeliyat yang banyak sangat di tokok tambah.Mungkin sebab best baca kitab tu kut,apapun kita tak leh baca hanya dengan satu kitab sahaja untuk terus membuat kesimpulan,perlu ada juga kitab2 sampingan yang lain serta merujuk tafsir2 yang telah sedia ada.


ni kitab yang di gunakan,saje nak promote dengan kawan2,insyaAllah banyak di jual di kedai2 buku di sini,bagi kawan2 yang duk kat jordan ni,anda boleh di cari di kedai2 buku di jamiah sendiri,atau maktabah2 di amman atau seluruh Jordan.InsyaAllah pasti bertemu.. Jika nak tengok dengan lebih jelas lagi boleh klik pada gamba terus. tajuk bukuk qosos Al Quran Al karim,tulisan Ust Doc Fadhil Hassan Abbas,keluaran Darul Nafais ,Al urdun.., Bagi kawan2 yang kat di Mesir,ida tak berapa pasti sangat sama ada atau tidak Kitab ni,tapi insyaAllah anda boleh cari di Madradh kutub yang di adakan setiap tahun.Jangan lupa singgah di gerai Darul Nafais ni,banyak kitab2 dari bumi syam boleh di dapati.. hehe tak pasal2 promosi free2 je maktabah ni...cukup dulu cerita pasal buku..lain kali sambung lagi..
MySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpace

Musim sejuk di bumi syam ni pon sudah mula menunjukkan tanda2 cuaca makin sejuk..Tak sabar nak tunggu salji turun,..boleh tak kalo tak nak sejuk,tapi nak salji turun?mustahilkan bagi manusia...tapi tak mustahil bagi Allah..,Banyak2 musim ida paling suka hujung musim luruh hingga masuk musim panas.cuacanya tak terlampau panas dan berangin lebih kurang macam cuaca kat mesia.hehehe....,ida suka musim ni sebab tak perlu pakai tebal2 cam beruang kutub atau macam sleeping beg bergerak.dan tak perlu bersejuk-sejukkan.... tak perlu memakai stokin berlapis2 dan tak perlu nak nak pakai snow cap walaupun duduk di dalam bilik.. aha......! dan yang paling penting tak perlu study di dalam selimut yang tebal yang sangat berisiko untuk ke bulan (tidoz) dalam tak sedar... apapun musim sejuk macam ni takkan ada di mesia,melainkan pada musim hujan..hehehe... apapun semua ni jadi kenangan yang paling indah bagi ida sepanjang menuntut di bumi syam ni.
~~~teringin nak pergi Madinah~~camna ya cuacanya bila musim sejuk?MySpace

Antara musim panas dan sejuk,di situ banyak sangat perbezaan,perkataan pun dah berbezakan,sejuk-badan jadi beruang-kulit jadi puteh(ye ke?)hehe -best tido-malam panjang-makan banyak...... manakala musim panas-tak yah pakai tebal-kulit jadi gelap-susah tido malam sebab panas-makan sikit jer sebab tak lalu..(ye ke),itu orang lainlah,tapi ida ni sentiasa je berselera makan tak kire musim apapun,tak kire sedih atau gembira. dlu kat kampung selalu cakap "time tengah sihat ni la nak makan" nanti dah sakit dah tak selera takut kempunan pulak..hehe tapi jangan pakai sangat teori mak ni..hehe mak gurau je.."tekanang kek kampuang",amakkk tunggu milah baliak yo mak......saje je tu ayat tambahan,bila masa pulak den jadi milah ni..hihihi

Harini ida sangat za`lan(marah) manja dengan pemanas ni lalala~, atau di panggil sobba,sebab dia telah membuatkan stokin yang tak berdosa ini terbakar,atau membentuk satu bulatan kecil ...hehe kesian pulak sobba di salahkan..ish..ish.... salah diri sendiri sebab kusyuk sangat duk julur kaki di sobba,sobba tak bersalah sebab ini bukan kejadian pertama melibatkan stokin tak berdosa terbakar,hehehe....moralnya jangan julur kaki dekat2 lagi dalam sobba.Walaupun ada tadfiah markazi dalam bilik ni,tapi itu tak cukup untuk menampung kesejukkan di musim sejuk ni.Tadfiah ni pon sejenis pemanas juga,tapi tak bahaya seperti sobba ni.Tadfiah ni tak guna gas seperti sobba ni.Dan tadfiah ni berfungsi ikut sistem (markazi),bila di nyalakan satu hostel turun nyala.Manakala sobba ni,terpulang pada individu sama ada nak nyalakan atau tidak.MANUal,gunakan gas,dan sangat berisiko.Bagi kawan2 yang biasa guna sobba ni mesti tahu risikonya,bahaya jika tidak di tutup semasa kita tidur.dan bagi yang gunakan pemanas elektrik pula,tak ada risiko nya kecuali kenalah bersedia jika bil elektrik melambung di musim sejuk ni..Apapun 2 benda ni tak dapat jumpa di mesia..aha....~rasa cam nak pemanas yang macam kat jepun tu la,ade meja..apa ek nama die..?hehehe
ni nama dia tadfiah markazi dan dibawanya tu SOBBA

Tu belum cerita pasal air lagi...sejuk..mandi tak mandi....dan macam2 lagi.Yang tu tak yah cerita la..hehe sebab isu sensitif bagi orang malaysia yang duduk di negara 4 musim ni.Baik di negara arab,negara omputeh,negara mata kecik.. Malaysia juga tanah air tercinta.Ada air terjun,ade sungai Klang,ada Pantai2 yang cantik,ade MAKANAN yang sangat sedap,dan macam-macam lagi.Tapi ade juga benda yang tak da di mesia dan ada di negara orang.apapun setiap negara masing sudah pasti ada lebih dan kurangnya.Apapun kita kena hormat uruf masyarakat di negara kita pergi tu,serta kumpul sebanyak mungkin pengalaman yang bermanfaat.Moga musafir kita ke negara orang tak menjadi sia-sia. aminnn

Rasanya cukup sampai sini dulu ida cerita,nanti kita sambung cerita lain pula.oh ya sambil2 tu jum layan gamba2 ni, akhir kalam dari ida,selamat menyambut tahun baru hijrah 1431,serta tahun baru 2010..moga setiap langkah kita sentiasa di redhai Allah.Masa yang berlalu tak mungkin dapat kembali.Yang berlalu biarkan ia berlalu,moga tabah menghadapi ranjau yang bakal tiba .LUpa kebaikan kita pada orang dan ingatlah keBaikkan orang pada kita,Moga Allah merahmati kita semua.

sayang semua!






wassalam..

No comments: