Tuesday, May 3, 2011

Moga Allah bersamamu..

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt..


29 April   adalah hari terakhir incik zauji bekerja di Kajang,Alhamdulilah lepas ini hari-hari la incik zauji di rumah,tak perlu lah puan zaujah asyik risau je bila pulang lewat.Hari terakhir incik zauji di Kajang ,sempat juga ida luangkan masa ke sana selepas habis sesi persekolahan.Letak kereta di Stesen Komuter Tanjung Malim dan terus ambil tiket ke Kajang.Waaaaa lama sungguh perjalanan ini. 2 jam  hingga ke 3 jam.Agaknya inilah yang di rasakan oleh incik zauji yang  terpaksa berulang hari-hari dari Tg . Malim - Kajang.Kebetulan hari Jumaat ramai orang sudah pasti terpaksa bersaing dengan penumpang yang pulang bercuti.Penat,tapi seronok sebab dapat berjalan.Sampai je ida di Kajang di sambut suami yang tinggal hanya 1 jam setengah untuk menamatkan segala kerja-kerjanya di Kajang.Alhamdulilah setelah selesai semuanya kami terus ke Bangi untuk berjumpa dengan kawan baik zauji "incik amin @bdk sempoi", maklumlah lepas ni susah dah nak jumpakan.hehehe,kawan sejak masa belajar dulu tu...Tak sempat nak sembang panjang sebab hari dah nak maghrib,so lepas hantar pulang incik amin ni kami meneruskan perjalanan meredah kesibukan kota,masuk sentul,damansara,gombak,selayang ,rawang dan akhir sekali balik Kalumpang.Disebabkan badan dah tersangat letih,kami putuskan esok saja kereta yang ida letakkan di komuter Tg. Malim itu di ambil.Balik rumah kendiri dan terus tidur dengan lena...zzzzzz


Alhamdulilah tanggal 30 april lepas,ida dan zauj sempat pulang ke kampung untuk sama-sama meraikan ulangtahun perkahwinan mak dan ayah ida yang ke 32. Tarikh  30 yang di minta oleh mak untuk mengosongkannya bagi sama- sama pulang ke kampung.Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar.Encik zauji yang awal-awal lagi sudah di tempah oleh mak untuk mengetuai majlis pada hari tersebut.Program yang di atur dengan mak cukup ringkas tapi penuh pengertian.Bermula dari solat maghrib berjemaah ,bacaan tahlil dan yassin seterusnya solat isyak berjemaah.Alhamdulilah incik zauji tidak kekok dengan tugas di berikan.Lepas dengar tazkirah pendek dari mak ,kami meneruskan aktiviti yang di tunggu-tunggu iaitu "makan"....hehe yang ni tidak dapat elak,nak tak nak kena makan juga sebab dah terliur sangat..Selamat ulangtahun perkahwinan mak dan ayah,moga jodoh kalian tetap berpanjangan hingga ke syurga,amin.Ida sangat beruntung di lahirkan menjadi anak mak dan ayah...


1 Mei ,cuti yang ada tidak di sia-siakan,selepas merancang seminggu lepas akhirnya sampai juga kami di Pesta Buku Antarabangsa di PwTc .Pada asal kami merancang nak pergi menaiki kamuter saja,tapi memandangkan incik zauji nak pergi menaiki kereta,jadi Puan zaujahnya hanya menurut saja,asalkan tiada pertukaran pemandu semasa pergi mahupun balik perjalanan...hehe ni semua gara-gara incik zauji yang suka membuli zaujahnya ni.. :) .Seronok dapat berjalan ke pesta buku,maklumlah tahun lepas pergi dengan kawan-kawan,tahun alhamdulilah ada zauji temankan. Kami pusing juga satu pwtc tu tapi tak sempatlah nak singgah lama-lama dari satu dewan ke dewan yang lain.Mula-mula berjalan tu sempat juga incik zauji menegur Ustaz Amal , senyum sampai ke telinga incik zauji bila dapat berjabat tangan dengan penulis "fav " dia,dan ada juga terlihat kelibat 2-3 orang penyanyi nasyid Malaysia.Selesai di pesta buku kami ke The Mall untuk mengalas perut.Ingat lepas selesai makan nak terus ke Jalan TAR,tapi di sebabkan kaki pun dah lenguh,kami buat keputusan untuk keluar dari KL dan terus pulang ke rumah mak.Dalam perjalanan balik,di Selayang sempat lagi kami belikan durian yang mak pesan,kesian Incik zauji walaupun durian tu dah letak dalam bonet,bau tu tetap kuat menusuk hidungnya.Agak-agak ada tak petua nak buat supaya Incik zauji tidak alah lagi dengan "buah Durian"?? hehehe

2 Mei ,.Semalam pun selepas zuhur sempai lagi kami pergi "mandi sungai" melepaskan  kemaruk nak main air di sungai.Seronok.....kalau dah namanya orang sungai,pergi mana-mana pun mesti tak boleh tinggal sungai la.Inilah dia semangat minangkabau. hehehe. Alhamdulilah sekarang pun ida sedang giat belajar bahasa jawa dari zauji,duduk saja-saja pun kena "tasmik" tau.hehe.... nanti zuriat yang lahir pun kena belajar bahasa jawa +minang + arab +BI + BM dan yang paling penting kemahiran lain yang perlu ada bak kata zauji adalah "bijak matematik".Apapun perkara asas yang perlu adalah bimbangan agama rohani dan jasmaninya.Amin.

sampai di sini dulu ida merepek ,insyaallah ada kesempatan ida sambung lagi...ojo lali yo...!hehe
sayang semua!
ida~
Kalumpang-uyb

10 comments:

ibnu_yemeni said...
This comment has been removed by the author.
Akhi Huzaifah said...

salam wbt..

seronok baca catatan kehidupan sahabat di sana, semoga terus berada dalam rahmat dan redha Allah selalu...=)

~ida~ said...

waalaikumsalam ustaz huzaifah..

terima kasih atas doanya,nanti ada berita baik jangan lupa kasitau okies.. hehehe

Insyirah said...

salam'alaik kak ida.

cumelnya blog dia skrg ni, hehehe. ^__^

~ida~ said...

waalaikumsalam adik syira,.

blog adek lagi comel,secomel isi blognya...hehe

Unknown said...

salam ziarah dari sy...terima kasih...

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum ustazah ida,

Cantik sungguh teratak yang dahulunya hijau kini telah bertukar coklat ini, simbolik kepada sebuah kematangan. Untung suami dapat puan zaujah yang setia menemani. Semoga mak dan ayah ustazah cepat dapat cucu baru.

~ida~ said...

Anak pendang ...
JAzakallah atas ziarah tuan ke teratak buruk ni :)

~ida~ said...

waalaikumsalam ustaz ansari,
errr coklat tu simbol kematangan ek?lagi pun saja nak tukar angin.
Zaujah ansari pun beruntung ada zauj yg setia menemani ke mana saja..:)

Anonymous said...

Salam sis. Tumpang tya. Boleh ajar saya tak macam mana nak naik train dr kajang ke tg.malim. sy confius kena tuka train atau tak. Sbb dlm peta macam direct je. Tq sis.. jasamu dikenang. Hope dpt membantu. 1st nak naik ktm ni. Huhu..