Tuesday, February 2, 2010

Ohh Allah , berdebarnya saat itu

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt...

Akhirnya mahu juga tangan ni menaip untuk mengupdate blog yang tak best langsung ni.Dari sehari ke sehari nak mengupdate tapi masih belum kunjun datang juga idea walaupun ada banyak benda nak luahkan kat open diary ni..harini pula tiba-tiba rajin nak conteng-conteng kat blog ni.
Saat itu kian hampir,keletihan bermuamalat dengan bangsa arab ni yang hilang lagi.Dari ke sehari urusan khirij(grad) tak juga selesai.Nampak gaya ida kena lipat gandakan sikit lagi kesabaran untuk terus menyudahkan urusan-urusan ni.Bermula dengan isi borang dan mendapatkan tanda tangan dari bangunan ke bangunan yang lain.Melayan karenah arab yang kadang kala sambil lewa....lepas bangunan itu bangunan ini..... tapi hasilnya tak juga dapat.


masih belum selesai lagi.....

(husnu zon) je la dalam hati,ida nak cepat-cepat menyudahkan urusan-urusan ,tak nak buat masalah di saat-saat ni.Tak palah susah serta bersabar sikit untuk kali terakhir,dari mula-mula menjejakkan kaki di jamiah ni sampailah sehingga detik ini ,masalah dengan arab tak pernah sudah.Di sebab ida ni bangsa asing di jamiah ni,jadi layanannya agak berbeza sikit,dari segi untuk urusan untuk khirij ni.Kalo ada masalah iqomah(visa) memang agak lama sikit nak uruskannya.Cuma sekarang ida agak pelik,pihak imadah syu`un tolabah (hal ehwal pelajar) tak nak tanda tangan lagi borang "pelepasan" ida,dengan alasan tempoh visa ida lambat lagi tamat tempoh.Hmm dalam hati pon cakap sorang "visa lambat habes pon jadi masalah ke?""lain la visa tu dah memang tamat tempoh"...sabo jer la....

ni dia iqomah(visa),tengok tarikh tu bila habis

depan

Jadi dengan ini ida terpaksa ke aman madani(balai polis) untuk rujuk ke sana,di mana tempat kami semua dapat kad visa.Dahla nak dapatkan muwafaqoh tu terpaksa turun ke amman..Kerja yang sepatutnya dapat siap dalam masa sehari boleh sampai memakan masa sehingga dua tiga bulan lamanya.Pastu bila kena gharomah(denda) terpaksa pula buat infaq gharamah di amman.Jadi tak ke rumit?moga Allah kasi hidayah pada orang-orang ini.aminn..!
Jadi doakan ida dan kawan-kawan yang lain supaya di permudahkan urusan kami.Aminn.

Pening dengan karenah bangsa ini,tapi dalam pening-pening pun,jauh di sudut hati ida berharap dalam kembali lagi ke tanah arab ni walaupun bukan di Jordan.Serik juga,tapi yang serik tu lah jadi kenangan terindah dalam hidup ida....ida berharap suatu hari nanti ida dapat menjejakkan kaki lagi di bumi para anbia ni.Doakan ya...

Teringat lagi masa mula-mula tahun satu dulu,nak cakap arab pon tak reti.Kena tipu dengan arab pon jadi biasa je,maklumlah baru tahun satu.Perkataan yang tahu pon masa tu,ammu,ana,anta,anti...pastu sebutan huruf-huruf (makraj huruf) pon banyak salah.Sampai sering kali tersalah faham dengan arab ..hehe...(serius..benda ni pernah berlaku).
Selalu je kena tipu dengan pakcik teksi,diorang ambil tambang lebih..ish..ish tak patut.


Sehari demi sehari pon berlalu,makin banyak kita bergaul dengan arab makin banyak kita belajar.Dari perkataan baru,budaya diorang,makanan diorang... walaupun ida tak dapat mengusai bahasa arab seratus peratus,tapi ada juga benda baru yang dapat di pelajari.Kalau tak caya korang boleh cuba sendiri.Macamana sekali pun buruk perangai arab tu,diorang tetap menerima bila di tegur.Yang penting kita kenalah tunjuk contoh yang baik.Tapi jangan mudah percaya 100% dengan diorang.

Pernah juga masa dulu jalan-jalan di pasar,pastu ida di sapa oleh arab,sembang punya sembang,akhir sekali dia tanya ida siapa nama.jadi ida dengan nakal pon menjawab

ida : ismi "manggis",wa hiya "betik"..(jahat tak?)
(nama saya manggis,dan dia betik)

Dia cuba menghafal nama kami,kesian juga bila dia tak boleh nak menyebut perkataan manggis tu.Berbelit-belit juga lidahnya..hihi...harap orang arab tu ampunkan ida sebab bohong2 manja..hehe....itu kisah lama,semua jadi kenangan..

Tetiba risau pasal tiket flight yang tak beli-beli lagi,tarikh pon ida tak pilih lagi,korang ada cadangan tarikh untuk bulan dua ni tak?Bukannya ida taknak booking atau beli tiket awal-awal,tapi di sebabkan step urusan khirij ida belum lagi selesai satu persatu jadi bertangguh la dulu ida untuk beli,sambil menunggu kawan ida selesai imtihan takmili dia.Doakan dia juga ya.
Mak ida pon dah tanya bila nak balik,jadi ida pon terpaksa bagi alasan untuk tamatkan dlu mengaji ida dengan syekhah baru ida balik.Doakan ya,moga di permudahkan segalanya.
Di sebabkan urusan di jamiah belum lagi selesai,jadi terpaksa ida tangguhkan dulu untuk selesaikan urusan di MSD.Jadi sekarang kerja banyak lagi yang bertangguh.Masa tu terkejar-kejar.Apa-apa pun doakan ida yeeee.....


Mengantuk dah la...sampai sini dulu cerita ida,lain kali kita sambung lagi...

jom kita pergi bulan dulu ok..
Sambil menunggu salji yang masih segan silu untuk turun.......Oh Allah turunkanlah salji cepat sebelum ida pulanggggggg!!!!!!!!!amenn hihihi

selamat malam jordan!
wassalam

No comments: