Friday, February 12, 2010

detik-detik teakhir

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt..

Hari berganti hari,minggu berganti minggu,setiap yang bermula pasti ada pengakhiran.Masih terlalu letih lagi ,menguruskan hal-hal yang masih belum selesai.Alhamdulilah urusan khirij ida dah pon selesai.Walaupun terasa sedikit azab bila berusan dengan arab,kerap kali bertangguh.Urusan yang sepatutnya boleh siap dalam masa sehari jadi memakan masa seminggu.Penat ke hulu ke hilir,amman-mafraq-amman.Kalo di ikutkan,dah pasti saat ini urusan ida masih tak selesai lagi.Di hari akhir ida di jamiah,masih lagi ida sukar mendapatkan kasyfu alamat dan juga musadaqoh.Semua tu dah tersedia,cuma atas kerajinan pihak atasan sahaja untuk keluarkan.Dan di hari akhir juga ida di jamiah (semalam) ida terpaksa bertegas walaupun tampak semacam kurang sopan.Di hari terakhir di jamiah juga,seboleh-bolehnya ida tak mahu ada sebarang masalah dengan bangsa ni.Tapi apa boleh buat,makin di diamkan ,makin di pijak kepala.Akhir sekali,tidak dapat tidak terpaksa gunakan air mata bagi melembutkan hati si bangsa ni...walaupun bukan sengaja dia mengalir,terlalu sebak dan sedih..di hari terakhir di layan sebegitu.tak mampu nak marah lagi,tiada kata-kata melainkan hanya dapat ida cakapkan pada si bangsa itu " hari ini hari terakhir saya di jamiah" dalam keadaan air mata yang tak kunjung berhenti... Si bangsa ini terpaksa beralah,hanya 5 minit sahaja segalanya sudah selesai .
Setelah selesai di jamiah,terus ida berkejar ke amman untuk pengesahan pula dari JPM ,alhamdulilah berurusan sesama orang kita,tiada masalah.cuma masa sangat-sangat terhad,tak sempat mengucapkan selamat buat orang-orang yang banyak berjasa pada kami anak-anak Malaysia disini.Apapun ida doakan moga kalian semua di rahmati dan di redhai.

Di saat ini,12 febuari ida masih lagi belum berkemas-kemas barang untuk pulang.Keadaan bilik tak ubah macam kapal karam.Sekarang hanya yang tinggal untuk kemaskan barang serta wida` dengan orang-orang yang terpenting sepanjang ida duduk di bumi jordan ni..

Kenapa ida balik tergesa-gesa?semua tu di sebabkan urusan khirij yang dah memang caranya begitu.Tak sangka rancangan ida untuk selesaikan dulu urusan ni jadi membuatkan ida jadi kelam kabut.semua urusan perlu di siapkan dalam masa seminggu bermula dari tarikh iqomah di tarik.Jadi ida perlu tinggalkan jordan dalam masa seminggu ni.Sekarang ida bukan lagi pelajar jadi terpaksa ida gunakan tempoh yang diberikan untuk siapkan semua urusan.Alhamdulilah urusan penting dah pun selesai.

Di saat ini,ida masih tak bersedia dan tak percaya yang ida akan tinggalkan Jordan.Masih belum boleh lagi terima hakikat yang ida terpaksa balik dalam keadaan yang tak bersedia.Hati masih di sini,di sini...dan sini....

Harini,ida sudah pon bergelar graduan,alhamdulilah..Terima kasih Allah atas segala hikmah yang menuntutkan kesabaran.Walaupun adakalanya jatuh tersungkur,perit jerih selama di sini semuanya berbaloi.Imtihan demi imtihan,masalah dengan bangsa arab ni,masalah sistem jamiah,masalah susahnya belajar,masalah cuaca...masalah demi masalah.Segala yang susah ini akan jadi kenangan terindah semasa menuntut ilmu di sini,takkan ida lupakan sampai bila-bila.
Dulu Allah uji dengan kerinduan pada tanah air tercinta,tapi harini ida tak mahu tinggalkan jordan.Kena belajar menerima setiap ketentuan Allah,setiap permulaan pasti ada pengakhiran dengan izin nya.Terima kasih Allah kerana memilih ida untuk menuntut disini.

Tapi Allah,ida harap suatu hari nanti ida berpeluang lagi menjejakan kaki ida di bumi anbiya` ini lagi.amin...

Ida akan pulang ke malaysia pada 14 febuari ini,hari ahad.Jadi ida kena manfaatkan sisa-sisa hari yang tinggal.Pandang dengan pandagan yang sayu....sayu....sayu....

Oh ya ida masih belum lagi cerita tentang main salji haritu,nanti ada masa ida cerita lagi ya,insyaAllah.
QATAR AIRWAYS
amm-doh
(14 feb)
doh-kul
(15 feb)
ok sekian dulu ,jika ada masa lagi ida akan update..
tata
wasalam

2 comments:

Akhi Huzaifah said...

salam...

sebak sero baca kisah kak dah kita nih... nak balik dah la dia.. jadi graduan dah dia loni..hee2..

i.Allah, balik malaysia didik molek generasi pelapis akan datang tu..

semoga generasi akan datang ni, akan lebih baik daripada kita....

~ida~ said...

doakanlah sama2,fah pon samo,bakal sudahkan juga ngaji jgk...
apapun kat mana2 pon kita,yang penting ilmu tu...:)