Tuesday, March 30, 2010

jangan baca!!

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt

sudah sebulan lebih ida berada di tanah air sendiri,dan selama sebulan lebih ini juga la ida setia menjadi penanam anggur yang paling berdedikasi,di samping memenuhi aktiviti sebagai suri rumah sepenuh masa.hehe.. bezanya cuma ida jadi suri rumah tanpa suami mahupun anak-anak di sisi.yang ada hanya adalah adik-adik yang nakal,dan kucing comel yang sentiasa lapar walaupun sudah banyak kali di beri makan.(apasal la kucing ni selalu lapar?)..
bila dah sampai mesia dah mula rasa boring bila tak de keje nak buat,nak update blog pun tak de idea nak tulis,hasilnya mulalah nak merapu kerapu kat sini.Jika anda mahu teruskan pembacaan silalah baca dengan bersahaja tanpa emosi,kerana entry kali ni memang sangat-sangat tak best..

Alhamdulilah baru abis baca buku "rindu bau pohon tin" hasil tulisan saifulislam,orang lain dah lama habis baca,ida baru abis.Memang la baru habis baca sebab baru beli kat book fair kelmarin.Orang cakap best buku tu ,jadi ida saje beli nak tengok sejauh mana bestnya buku tu.Jadi memang betul buku tu sangat best sampai melayang rasa jiwa nak balik jordan.Tapi yang bezanya hanya jamiah sahaja.Kalau penulis buku ini rindu bau pohon tin,bagi ida pula ,ida rindu bau pohon zaitun ...hehe...,mungkin kat mu`tah banyak pohon tin,tapi kat mafraq pula banyak pohon zaitun.Jadi tak hairanlah kalau ida merindukan bau pohon zaitun.Apapun tin dan zaitun sama-sama buah yang telah di sebut dalam quran.Masing-masing ada keistimewaan serta khasiat yang tersendiri.Syekhah ida penah cakap,dimana ada pohon tin dan zaitun di situlah juga terletak bumi yang barakah.Barakah dari segi apa ya?Mungkin di sebabkan tanah para anbiya`?atau barakah dari segi kesuburan tanahnya?wallahua`lam ida pun tak tahu apa jawapannya.

Menerusikan misi pembacaan lagi,kalau boleh nak abiskan semua buku yang di beli dalam minggu ni juga,dalam hati berkata buku fatwa muasoroh karangan wahbah zuhaili pon tak habis lagi baca.Setia je dia menemani ida kat tepi katil ni.Di sebabkan buku ni lebih kepada fakta,jadi perlu ambil masa juga nak menghabiskannya.Baca dan fokus,nak2 lagi bila ada kalimah yang tak di fahami perlu merujuk pada mu`jam.Harap buku-buku boleh bersabar ya mengambil giliran untuk di baca...

cukup dulu setakat ni ,kepala ida pun dah mula kekeringan idea nak tulis,takut kalau di paksa juga menaip jadi lain pula entry kali ni..hehehe....kan dah cakap entry kali ni tak best..

jumpa lagi
wassalam.

No comments: