Tuesday, March 9, 2010

saya sudah meninggalkannya

Bismillahirahmanirahim
salamualaikum wbt

Alhamdulilah sekian lama ida tak update blog ni,akhirnya datang juga mood yang masih tersisa.
Dekat lebih 10 kali duk keluar masuk kat blog ni.Bila buka je terus tak jadi nak update,walaupun dalam hati ni masih banyak lagi yang berbuku.Haritu sebelum balik Malaysia ida ingat nak update dulu ,tapi gara-gara terlampau sibuk tak berkesempatanlah ida nak menaip-naip kat blog nil.Ceh..camlah best sangat blog ni,ntah apalah si ida ni duk merapu meraban kat sini.
Dari sehari ke sehari nak update,mula-mula sampai je yang agak sibuk sikit,tapi sekarang dah kembali normal.

Alhamdulilah hampir sebulan juga ida sudah berada di Malaysia ,bertolak keluar meninggalkan Jordan jam 5 pm,delay 50 min dalam flight,elok juga lambat masa tu,dapatlah ida mengamati serta menikmati pemandangan Jordan buat kali terakhir.Tapi sayangnya masa tu dari amman ke doha,tak dapat duduk tepi tingkap,apapun dapatlah juga mengintai-intai keluar tingkap dari jauh.Sambil belek-belek buku autograf ,helaian demi helaian.Tiba-tiba datang sayu tu bila baca ucapan dari kawan-kawan yang sedia tertulis.Dalam hati berbisik,selamat tinggal kawan-kawan,selamat tinggal Jordan.Entah berapa kali ida mengalirkan air mata masa dalam flight tu.
Terasa sedih dan hiba juga melayan perasan sorang diri dalam flight.Sedih dan pedih bila teringatkan kenangan demi kenangan sepanjang menuntut di bumi Jordan .Kenangan paling manis adalah bila sudah bergelar graduan.Kenangan paling pahit,bila selalu kena bergaduh dengan arab.hehe... apapun semua tu jadi kenangan dan pengalaman.Kadang-kadang tu kita tak sedar sebenarnya pengalaman tu lah yang menjadi cikgu dalam hidup kita.

Ahh..kenangan,terima kasih tinggalkan kenangan terakhir buat ida,terima kasih sangat-sangat buat kawan-kawan yang telah susah payah adakan majlis buat kami para khirijat.Hari jumaat 11 hb ida dari pagi duk kat amman selesaikan beberapa urusan,tiket,sijil-sjil di MSD.pulang dari amman - mafraq terus pergi ke hostel akhwat di jamiah.Badan masih letih masa tu tapi terubat dengan majlis perpisahan dari akhwat sana.huhu terharu bila majlis tu di adakan untuk kami para khirijat.Sungguh-sungguh korang raikan kami.Bertambah terharu masa padam lampu dan sama-sama nasyidkan lagu selamat tinggal teman ,dan selamat berjuang.Saat tu ida sendiri tak dapat tahan sebak,dalam hati berkata "bilalah lagi kita dapat berjumpa".Apapun moga Allah lindungi kita semua,serta ukhuwah kita .Terima kasih atas majlis yang sangat memberi kenangan pada ida.Balik dari majlis terus turunkan beg2 dari almari untuk mulakan operasi menyimpan barang-barang masuk beg.Agak lewat juga tidur,pagi sabtu,hari masih berbaki sehari ida gunakan sebaiknya,pagi-pagi lagi ida dah keluar jumpa syekhah yang mengajar ida mengaji untuk habiskan sedikit lagi bacaan.Masatu dah mula rasa sayu,masa ngaji pon ida tak dapat tumpukan perhatian sepenuhnya,dalam hati sebak sangat sebab ida tahu,itulah hari terakhir ida akan berjumpa dengan syekhah ,dan haritu jugalah ida akan mengaji.Sedih sangat sebab tak sempat nak habiskan keseluruhan bacaan.Apapun ida tetap bersyukur sebab masih di beri peluang oleh Allah untuk menuntut di detik terakhir ida di Jordan.Doa dari syekhah adalah benda yang paling mahal di saat itu.Pelukan lama dan erat dari syekhah tak mungkin ida akan lupakan.Terima kasih syekhah sebab sudi mengambil ida menjadi anak murid,terima kasih atas ilmu-ilmu yang sangat berharga.Moga Allah memelihara kamu serta keluargamu berpayungkan rahmat serta keredhaan dari Nya....kami berpisah di situ.......

petang sabtu selepas wida dengan syekha ida terus ke pekan beli barang apa yang patut buat yang di Malaysia.Serius masa tu ida tak de langsung perasaan untuk "bershopping" atau "tasawuq" ,hati sangat tawar,tak rela nak tinggalkan jordan dalam keadaan tak bersedia..Tapi apa nak buat,saat itu akan tiba juga kan.siap beli barang dan apa yang patut ida sambung balik menyimpan barang-barang ,sampai lewat pagi juga,terima kasih kawan-kawan yang sudi temankan ida di hari-hari terakhir ida di sana.mula dari mengemas,membasuh,mengosok.memasak dan lain-lain.Jika ida sorang pasti ida tak mampu nak lakukan seorang diri dalam keadaan hati yang sangat sedih..Terima kasih sangat-sangat.

14 hb hari ahad,masanya pon tiba untuk ida meninggalkan bumi mafraq,hmm bertambah sayu,mafraq dalam kenangan sep 2005-febuari 2010.Ida amati sepuas puasnya gurun sahara tu,bau pasir,bahang gurun,sejuk gurun...dan segalanya..Selamat tinggal Jamiah Al albayt,selamat tinggal doktor2,kawan-kawan....popo,medo,dan bilik 29 sakan arin.bilik penuh kenangan.Bertambah lagi sayu bila tiba di mator,flight dah pun nampak,tak dapat tahan lagi air mata ni,akhirya tumpah juga bila wida dengan kawan sebelum check in.kawan arab ida "nur" turut hantar juga ida ke mator,pelukan sangat lama dari nur,tak tahu bila lagi kami akan berjumpa,kenangan dari tahun satu sampai habes pengajian takkan ida lupakan sampai bila-bila.
terima kasih pada kawan - kawan yang hantar ida,paling sayu bila teman-teman satu kelas masa markaz lughah tahun satu turut sama menghantar.hmm sayang sangat kat korang.kenangan susah payah dan senang kita bersama,takkan ida lupakan sampai bila-bila.Ida akan merindui korang semua.

nah sekarang saatnya ida perlu berdikari lagi ,masuk dan check in.Yakin Allah tu sentiasa bersama walaupun beg banyak.Alhamdulilah barang-barang sebanyak 48 kg lepas tanpa sebarang denda dan bayaran.Ikutkan berat beg hanya di benarkan 30-35 kg,tapi mungkin pacik yang bertugas menimbang beg ida tu baik,kesian agaknya bila tengok hujung mata masih basah jadi 48 kg tu di lepas camtu aja..Alhamdulilah..semuannya berjalan dengan lancar,transit di doha 5 jam dan perjalanan sambung semula ke kuala lumpur.jam 4 ptg malaysia ida tiba di balai ketibaan KLIA dengan selamat ..alhamdulilah.
Jangan tak percaya,saat kaki melangkah masuk hati ida masih di sana,ingat pada Jordan menjadi-jadi.DAN sehingga harini hati ida masih di sana dan masih cuba sesuaikan diri di negara sendiri.

Senyum terus terukir bila kelibat orang - orang yang di sayangi kelihatan di balai ketibaan.......
mak,ayah....ida dah pulang dengan membawa harapan yang telah di janjikan.
harini ida sudah pon bergelar khirijah.Semangat belajar ini masih belum padam,doakan ida agar berjaya menghadapi hari yang mendatang.

sampai jumpa lagi,
sayang semua!

wasalamualaikum wbt.

2 comments:

-MiszSpade- said...

sayu...~

~ida~ said...

sayu ke..?sesayu hati ini..hehe