Thursday, November 18, 2010

"saya pun tak tahu"


Bismillahirahmanirahim
Salamualaykum wbt

Alhamdulilah dapat lagi hari ni ida menaip di blog yang tak "best " langsung ni.---"saya tak peduli apa orang nak kata,ini adalah BLOG saya" hehe....

Salam EidulAdha Mubarak pada semua muslimin dan muslimat,kehadiran eid bukan sahaja bergembira kerana bercuti,tapi pengajaran dan iktibar yang perlu di ambil di sebalik kisah eiduladha ni..

Untuk anak-anak murid ida,walaupun belum bercuti ,tapi diaorang dah mula tengelam timbul,maklumlah sukatan pelajaran pun dah habis,hari kecemerlangan pun dah berlalu,mungkin dalam fikiran mereka ,"tak yah la datang sekolah,bukan belajar pun"--hehe ida agak je..

Disebabkan cuti raya haji ni berselang dengan hari sekolah,nampak gayanya esok (19/11) sangat-sangatla "kompem" kosong sekolah,mana tidaknya guru-guru lain pun dah mula ikut serta sekali bercuti awal walaupun esok masih hari persekolahan.hehehe ida pun gembira+seronok juga bila nak mula cuti sekolah ni.Tapi cuti ida yang sebenarnya hanya akan bermula 27/11,nak buat macamana tugas tetap tugas.Datang sekolah jenguk-jenguk "kut2" la ada lembu masuk meragut di padang sekolah. Tapi dalam hati ni rasa nak jer "apply" kat tuan Mudir,

"err boleh tak saya bercuti terus?",dengan penuh yakinnya sudah pasti permohonan ida di tolak....arrrrrrghhh incik mudirr,saya ada banyak kerja "persendirian" yang perlu di selesaikan..

tolong permudahkan saya.hehehe.....

istiqamah..istiqamah...

Untuk sesi persekolahan tahun depan,ida diminta untuk terus mengajar di sekolah yang sama,jawapan yang dapat ida beri hanya "InsyaAllah" sahaja.Dapat atau tidak ida bertugas bergantung pada keadaan.Tugas mengajar di rasakan dah sebati dalam diri ni,walaupun masih baru sangat dalam bidang ni.Rasa lain pula kalau lama sangat bercuti.Ida pun kurang pasti kenapa ida lebih suka mengajar murid-murid sekolah rendah daripada mengajar pelajar sekolah menengah.

Mengajar pelajar-pelajar tingkatan 6 ,5,4 di rasakan sama mengajar kawan-kawan sendiri...TAPI mengajar sekolah rendah sangat santai ida rasakan.Walaupun orang cakap susah mengajar anak-anak yang baru nak kenal dunia tapi diorang ni tidak membosankan,malah sangat menghiburkan.>yang paling seronok ialah "saya boleh menyanyi-nyanyi!!!" dalam kelas.Nyanyian bukan sekadar hiburan tapi kaedah yang mudah untuk menghafal.

Pertama kali ida masuk kelas anak-anak yang sangat nakal dan lemah.Kelas ni sangat "terkenal" di sekolah.Ini amanah untuk ida jaga kelas ni,pada awalnya agak buntu juga fikirkan kaedah terbaik untuk menarik kanak-kanak ni.kerana :

mereka ni "nakal tahap memeningkan"

mereka ni "lemah dalam pelajaran"

mereka ni "sangat malas"

Jadi buat pertama kalinya dalam hidup ini ida mengajar dan masuk ke kelas ni bawa "rotan".>>>>adoiiii pakai rotan pun tak jalan.Pada asalnya rotan ni hanya untuk menakutkan tapi diorang tengok rotan pun jadi tak heran.Agaknya dah lali asyik kena rotan je dengan guru sebelum ni..

Jadi untuk "menyuruh" menghafal dan membaca jadi agak susah sedikit kerana mereka ni "TAK BOLEH" membaca........ohhhh bertambah tugasku,dalam hati berkata sendiri "Ya Allah tunjukkan jalan

Akhirnya ida terpaksa "saiko" mereka-mereka ni.Tak hafal=balik rumah lambat,tak hafal=tak boleh rehat,hafal dulu baru boleh main.Ida terpaksa laksanakan walaupun terpaksa bekorban masa.Di sebab mereka ingat itu hanya gurauan jadi diorang tak ambil kisah dengan tawaran ni..Hasilnya ramailah yang balik rumah lambat..

hari kedua---masih mengunakan kaedah sama cuma tambahan rotan..disebabkan mereka nak balik awal bersaing dengan kawan-kawan lain jadi mereka berusaha juga menghafal dan membaca.Alhamdulilah dari yang tak boleh membaca boleh terus menghafal.Walaupun dalam hati kesian tengok diorang menghafal dalam tulisan rumi.semua perkataan jawi mereka tulis dalam rumi.Tak mengapa,sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Masuk hari seterusnya mereka dah tau apa yang perlu buat "hafal dulu baru boleh main"....hehehe padan mukee!!! muke ustazah nakal...

"masa main,ustazah pun join sekali"lalalalala

>>tanak jadi guru yang garang dan menakutkan,tapi ingin jadi guru yang lembut tapi tegas<<

Hari-hari kena ingatkan diri sendiri,mengajar satu tugas dan amanah.Sesen gaji yang dapat semua akan di soal,kena ingatkan diri ,bangsa "kita" sangat memerlukan,"agama" kita sangat-sangat ketandusan,anggap sahaja tugas mengajar tu sebagai medan untuk kita berkongsi segala ilmu.Jadi kena usaha juga untuk membantu agama sendiri.Jika kita tak mulakan siapa lagi yang akan mulakan?sekian terime kasih...hihihihi >>ingatan untuk diri sendiri!!

Di sebabkan hari jeng..jeng.. bakal menjelma tak lama lagi,jadi diri ini agak bizi ..perasan bizi latu..kiki,ida tinggal dulu ym,Fb...dan blog yang merapu buat seketika..Tunggu berita mutakhir dari kami...>>>kami??lalala....

Jika ada apa-apa pesan,anda boleh terus tinggalkan pesanan anda di blog ini atau terus menghubungi ida terus ke HP ..hihi cam operator

sekian terima kasih.
lau amar arib!!
wassalam

ida-UYB


2 comments:

Ishak Zaini said...

Aslmkm..

Barakallahu lakuma Ida dan bakal zauj. :-)

~ida~ said...

waalaikumsalam..

Barakallahulakuma ansari dan bakal zaujah...:)