Monday, November 1, 2010

umi,kenapa ustazah ajar lain?

Bismillahirahmanirahim
Salamualaikum wbt

"Umi,kenapa ustzah ajar lain,tak sama yang umi ajar?" pertanyaan dari kakak yang mengejutkan ida.
"apa yang tak sama umi ajar?" pertanyaan dari ida untuk kakak inginkan kepastian.Dalam hati tertanya-tanya juga,ada yang salah ke masa ida mengajar kakak.Kakak ni anak sulang kepada kawan ida,darjah 1,agak bijak dan suka bertanya.Mama kakak sebaya dengan ida,sudah jodoh dia kawan di usia muda,umur baru 24 tapi anak sulung dah 8 tahun.Kakak panggil ida "umi",rajin datang belajar bahasa arab dan mengaji.Tapi yang musykilnya kenapa kali ini kakak kata apa yang di ajar di sekolah lain dengan apa yang ida ajar.?Rasanya sebelum ni buku teks bahasa arab kakak ida sudah betulkan kesalahannya.Mustahil ustazah kakak tak perasan buku teks tu salah,edangkan ida dah suruh kakak beritahu ustazah ada kesalahan dalam buku tersebut.Lama juga bersoal jawab dengan kakak dalam kereta haritu.
"kakak ada cakap tak dekat ustazah,buku tu salah?" pertanyaan yang sama ida tanya,entah yang ke berapa kali.
"iya,kakak dah cakap dengan ustazah tu,apa yang ustazah tanya tak sama dengan apa umi ajar "jawapan kakak.
Ida tak salahkan ustazah tu,macamana pun sedikit sebanyak mesti akan ada kesilapan guru.Sebab guru pun manusia biasa.Apa yang penting sedia menerima teguran walaupun dari pelajar sendiri.
"tak pelah kakak,nanti umi sendiri jumpa ustazah kakak" jawapan ida untuk redakan pertanyaan kakak.
Walaupun kakak ada sedikit kekeliruan dalam subjek bahasa arab ni,Alhamdulilah kakak tetap dapat 100% dalam peperiksaan.Tahniah untuk anak umi!Usaha lagi!

Apapun pesanan buat anak umi,belajar kerana Allah taala,bukan semata-mata untuk dapat markah banyak tapi untuk memanfaatkan segala ilmu yang ada.Pesanan yang sama juga ida titipkan buat anak-anak didik yang lain.
Teringat masa mengajar anak-anak tingkatan 2 dulu,di sebabkan mereka ni di ketegorikan pelajar pintar jadi tak menang tangan untuk ida jawab soalan mereka.Selagi tiada jawapan yang memuaskan hati,mereka akan terus bertanya,bersoal itu ini..sampai menggaru kepala jugalah.
Pernah satu hari masuk mengajar tingkatan 1,persoalan yang sudah lama tidak kedengaran "isu couple".Adoiiyaii pusing kepala jawab itu,jawab ini.Tapi ada baiknya mereka bertanya dari terus diam tanpa jawapan.Pelbagai soalan yang ida tak sangka akan di tanya oleh "kanak-kanak riang" ni.Di sebabkan mengajar matapelajaran pendidikan islam,jadi persoalan semua berkaitan dengan hukum hakam,tauhid,aqidah turut di tanya.Dalam hati terdetik juga "anak-anak dahagakan ilmu agama"

aduiii kenapa tiba-tiba blurr pula ni...kehilangan idea dan kata-kata untuk terus menaip di sini..

lain kali sambung cerita lagi.....hehehe jangan marah!

tata
"lau amar arib"
wassalam



2 comments:

Ishak Zaini said...

Aslmkm Wbt.

Cayok2 Ustazah! Hehe.

Nak menjemput ni. Dengan penuh rasa kesyukuran kami mengundang ustazah ida sekeluarga untuk ke Majlis Walimah kami, Ishak & Umu 18 & 26 Dis 2010. Bertempat di Gemas N9 dan Lachang Pahang. Mohon doakan kami juga. Jemput datang ye. Jazakumullah.

~ida~ said...

waalaikumsalam wbt

Barakallahulakuma...
kalau ida pegi walimah ansari&umu, ansari pon kena la datang walimah ida juga ye...hihi

Allahu maakum