Wednesday, November 21, 2012

Allah sayang kitakan..?

Bismiilahirahmanirahim
Asslamualaikum wbt..

Sudah jatuh di timpa tangga,lebih kurang begitulah ungkapan yang paling hampir dapat ida gambarkan tatkala mendapat tahu hasil keputusan MRI yang di lakukan ke atas anak kami A`isyah Hanna. Keputusan menunjukkan bahagian tengah otak A`isyah tidak berfungsi.Mungkin perkembangan A`isyah ada masalah,begitu juga dengan deria-deria yang penting seperti mulut ,hidung dan telinga. Wallhua`lam.
Bilamana doktor membaca keputusan MRI di hadapan kami,keadaan semua menjadi kaku termasuk doktor ,ida, zauj dan juga beberapa orang jururawat yang berada berhampiran dengan kami.Tertunduk ida untuk beberapa seketika sambil perlahan-lahan memandang wajah zauj di sisi. Rasa macam nak menanggis tapi tidak ada air mata yang keluar.Tidak terkata....

Perlahan-lahan nafas di tarik dan terus mendengar penerangan doktor selanjutnya. Kami sendiri seakan tidak percaya apa yang doktor katakan.Kami berharap agar keputusan MRI yang kami dengar sebentar tadi adalah tidak tepat.Wajah lena anakanda yang di riba terus di tatap sambil berdoa agar apa kami dengar tadi bukanlah sesuatu yang pasti.Kami sendiri tidak percaya apa yang berlaku pada A`isyah,walaupun dia tidak nampak apa-apa tetapi dia tetap aktif seperti bayi lain. Mulut a`isyah tetap ramah menyapa. Walaupun gembira melihat a`isyah aktif tetapi jauh di sudut hati seorang ibu ni tetap sedih melihat a`isyah yang cuba untuk membuka matanya yang tidak terbuka.Kini , sedikit sebanyak hasil keputusan MRI amat menganggu emosi ida sebagai ibu.Selama ini kami beranggapan anakanda hanya mempunyai masalah mata,tetapi rupanya tidak.Apapun doa tetap di panjatkan agar buat a`isyah agar membesar dengan sihat dan sempurna seperti bayi lain.Mohon doakan juga untuk a`isyah.

Aisyah "survivor" , rajin meraba-raba wajah orang yang dekat dengannya.Ummi tahu a`isyah nak melihat tapi  apakan daya anakku, ummi tidak ada kuasa melainkan Allah.Antara ramai-ramai bayi ,A`isyah Hanna adalah anak terpilih oleh Allah. Mungkin a`isyah gelap pandangannya tetapi tidak pada hati A`isyah .Kadang-kadang  ummi tengok A`isyah selalu bersembang-sembang tetapi tak tahu dengan siapa.Dengan para malaikat agaknya , teka ummi.Kadang-kadang ummi tengok A`isyah seolah-olah berfikir tetapi ummi tidak tahu apa yang di fikirkan.Suatu hari nanti kalau A`isyah bertanya ummi kenapa mata a`isyah tak nampak,ummi hanya boleh menjawab,"A`isyah istimewa,Allah sayang A`isyah".

iyyahhhh.....saya baru bangun titoww...

sempena 1 muharam saya dan abi di botakkan oleh ummi.....hehe


 A`isyah jarang menanggis , kalau menanggis pun semasa tengah lena tidur . Masa tu barulah kami dengar suara a`isyah menanggis dengan sayu. Itu pun tangisan A`isyah sekejap sahaja.Allah kurniakan anugerah tidak ternilai seperti A`isyah kepada ummi dan abi.Mungkin Allah nak suruh ummi dan abi sabar dan redha dengan apa yang Dia beri.

Sekarang A`isyah dah pandai mengiring dan perlahan-lahan meniarap. Tempat tidur A`isyah pun kena luas,sebab ummi tak jangka A`isyah akan bergolek-golek ke mana.Tengok-tengok dah ada atas lantai.
Sejak A`isyah di lahirkan dengan keistimewaan yang Allah beri,kami agak tidak terurus sedikit. Masa di rasakan cepat sangat berlalu. Temujanji demi temujanji untuk a`isyah di lakukan.Kejap-kejap ke hospital sana , kejap-kejap ke hospital sini. Abi pun selalu cuti. Dalam sebulan pasti kena cuti demi a`isyah. Mungkin Allah bantu kami,orang sekeliling faham situasi abi. Kadang-kadang rezeki untuk A`isyah tidak di jangka.Alhamdulilah murah rezeki A`isyah.Walaupun banyak wang ,masa dan tenaga habis untuk A`isyah tetapi sikit tidak merasa penat untuk memastikan anakanda yang seorang ini membesar dengan sihat.

Alhamdulilah sekarang cuti sekolah, dapatlah ida menumpukan sepenuh perhatian untuk A`isyah. Lepas ni banyak lagi perkara yang perlu kami lakukan buat anak kami yang istimewa ini.Apa yang pasti setakat ni A`isyah perlu di rujuk ke 3 buah hospital pakar . Ummi dan abi buat ni semua untuk a`isyah. Allah bagi A`isyah sebagai amanah untuk di jaga sebaiknya. Apa sahaja demi  kebaikan A`isyah kami cuba usahakan.Walaupun tergiang-giang lagi kata-kata doktor tentang perkembangan A`isyah , hati ummi ni tetap menafikan. Semuanya di serahkan kepada Allah. Allah yang berhak keatas a`isyah.

Untuk incik zauji yang tersayang, terima kasih kerana sentiasa ada dengan ummi untuk hadapi semua ini. Selain kekuatan yang di bekalkan Allah , kekuatan ini juga datang dari abi yang tak jemu-jemu mendorong ummi . Ummi nak kuat hadapi semua ni .Jika kita  merasakan ujian ni berat buat kita , ada lagi orang yang menerima ujian yang lebih berat dari ini. Bersyukur dan redha dengan apa yang Allah bagi.

Alhamdulilah Allah bagi ahli syurga buat kami!

wassalam!
Sayang A`isyah Hanna

3 comments:

Noor Hakimah Kamaruzaman said...

Assalamualaikum k.dah,smoga k.dah sekeluarga tabah dgn ujian ini. ALLAH tahu k.dah sekeluarga dapat menghadapi ujian ini sebab itu diletakkan ujian ini kpd k.dah n famly, doa kami mengiringi k.dah n fmly..semoga a'isyah membesar dengan chat..aamin..

~ida~ said...

waalaikumsalam

terima kasih kerana mendoakan kami ya....

doakan juga a`isyah menjadi anak yang solehah

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum w.b.t.

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, kadangkala seorang mukmin dan seorang mukminah akan tetap berada dalam ujian penderitaan disebabkan oleh dirinya, anak-anaknya, dan hartanya, sehinggalah sewaktu ia bertemu dengan Allah s.w.t kelak, tiada satu dosa pun yang tinggal padanya. (Hr Tirmizi: 2399)

Dalam sebuah hadith qudsi Dari Abu hurairah r.a, dari Nabi s.a.w bersabda Allah s.w.t berfirman: Barangsiapa yang telah ku ambil dua anggota yang dicintainya (iaitu matanya), kemudian ia bersabar dan mengharapkan ganjaran, tiada ganjaran baginya kecuali syurga. (HR Tirmizi: 2401))