Saturday, November 10, 2012

Ujian buat kami!

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulilah anakanda kami A`isyah Hanna sudah pun genap 4 bulan.Cepat je masa berlalu.Hari demi hari melihat anakanda kami membesar di depan mata.Kelainan yang ada pada A`isyah membuatkan kami suami isteri lebih memberikan perhatian padanya.Sedangkan A`isyah sama juga seperti kanak-kanak lain.Apa yang membezakannya dan membuatkan ida serta suami benar-benar rasa teruji adalah kelainan yang ada pada mata A`isyah. Sewaktu A`isyah di lahirkan dia lambat menangis,mungkin dia merasakan masih lagi berada di dalam perut umi dia sedangkan A`isyah sudah pun berada di dunia nyata. Sakit semasa melahirkan A`isyah hilang tatkala melihat anakanda sudah pun berada  di depan mata. "Assalamualaikum baby..." itu ucapan pertama ida buat anakanda. Selang beberapa minit ida di datangi doktor pakar sambil memengang A`isyah yang sudah di bersihkan.Sambil di temani Incik zauji .Doktor memberi memberi penerangan " Puan,saya lihat baby pun seperti tiada kelopak mata,mata dia tertutup rapat ,apapun saya tidak dapat memberi kepastian..kita akan tunggu doktor pakar kanak-kanak". Apapun baby puan sihat".Semasa mengandung puan ada alahan apa-apa tak?tak ada jawab ida. Puan atau suami ada keturunan yang cacat penglihatan? tak ada juga jawab ida. Semasa mengandung saya tak pernah ada alahan.Saya tak mabuk langsung semasa mengandung. Itu jawapan ida  kepada doktor.Doktor terdiam dan berfikir.  A`isyah terus di bawa ke NICU untuk mendapat permerhatian lanjut.Saat di beritahu sebegitu oleh doktor, hati ini rasa seperti di tusuk-tusuk,sakit melahirkan belum pun hilang,tetapi terus di beritakan keadaan anakanda sebegitu. Setiap hari di hospital di temani dengan air mata.Bagaimana kedaan sebenar A`isyah kami sendiri pun tidak tahu.Apa yang kami tahu doa dan terus berdoa agar mendapat berita yang positif. Setelah hampir 4 hari anakanda di tahan di NICU dia sudah boleh di bawa pulang dan terus mendapatkan rujukan doktor pakar mata.Dari sini bermulanya kisah permata hari kami  A`isyah Hanna .

Usaha demi usaha di lakukan demi anakanda kami A`isyah. Akhirnya setelah 2 bulan lebih menunggu ,tarikh temujanji bersama doktor pakar pun tiba. Ketika ini mata A`isyah masih belum terbuka. Perasaan seorang ibu ingin melihat anaknya sempurna seperti kanak-kanak lain tetap membuak-buak. Saat di beritakan oleh doktor pakar mata bahawa anakanda mungkin tiada bebola mata , terus hati ini di sentap. Air mata gugur lagi.Menanti hari yang di janjikan untuk melakukan pembedahan mata bagi memastikan keadaan mata A`isyah pun tiba.Kali ini apapun keputusan dari doktor kami suami isteri bersedia menerimanya. Setelah menunggu untuk beberapa jam pembedahan , kali ini pasti kami mendapat jawapannya.
A`isyah Hanna permata hati kami di lahirkan bukan tiada kelopak mata tetapi di lahirkan semulajadi tanpa "bebola mata" .Anakanda kami tidak dapat melihat dunia ini .Tidak dapat melihat ummi dan abi . A`isyah yang di lahirkan malam nisfu Sya`ban ini tidak dapat membuka mata selama-lamanya sehingga di izinkan Allah untuk berlaku dengan dengan kehendaknya .Mimpi ida sewaktu mengandungkan A`isyah menjadi kenyataan.Rupa a`isyah dalam mimpi tu..mimpi tu tunjukkan mata a`isyah memang lain..mimpi tu menunjukkan mata a`isyah memang tidak terbuka.Mimpi yang di sangkakan mainan tidur kini menjadi kenyataan.

Allah.....
Kenapa Kau pilih kami ?
Apakah salah kami?
Ujian buat kamikah ini?

Itu persoalan yang sering berlegar-legar di kotak fikiran kami tatkala mula-mula menerima berita tentang A`isyah.Tapi sekarang bersangka baik dengan Allah itu lagi penting dari mempersoalkan apa juga nikmat dan anugerah yang telah Allah beri.Bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan.Bersyukur kerana Allah menunjukkan perhatiannya kepada kami dengan memberi ujian ini.Bersyukur kerana A`isyah sihat walafiat

A`isyah anak yang baik , solehah tanpa membebankan ummi dan abi.Kehadiran A`isyah tetap menambah seri dalam keluarga kami.Kehadiran A`isyah yang istimewa membukti Allah maha berkuasa atas apa yang di kehendakinya..A`isyah lain dari yang lain.Istimewa di hati kami buat selamanya.InsyaAllah ada "bahagian" buat A`isyah kelak.

A`isyah sudah memasuki usia bulan kelima , suka gelak-gelak...suka senyum-senyum..suka membebel sorang-sorang. Telinga A`isyah kuat mendengar setiap bunyi,hidung a`isyah kuat menangkap bau orang-orang tersayang.Mulut A`isyah ramah menyapa.Umi dan abi tidak pernah tinggalkan A`isyah untuk ke mana-mana. Kami tidak pernah ada rasa malu dengan orang yang menyapa tentang kelainan pada mata A`isyah.
Umi A`isyah paling tak suka bila orang simpati dengan A`isyah,tetapi apa yang umi harapkan adalah orang akan mendoakan A`isyah tatkala melihatnya.

Alhamdulilah anakanda kami A`isyah Hanna senang di jaga,A`isyah tak suka tidur dalam buaian.A`isyah tak suka hisap puting palsu. Dan yang paling "best" A`isyah dah pandai tidur sendiri tatkala umi dan abi sangat letih seharian bekerja.

Terima kasih Allah kerana kuniakan kami anugerah terhebat untuk kami. ..A`isyah hanna !

Wassalam

A`isyah 3 bulan

A`isyah  2 bulan
A`isyah 3 bulan lebih...lasak..
.

2 comments:

kisah hati said...

Salam ida.
Subhanallah, tuhan maha kaya. Dia sayang ida sekeluarga dan pilih ida untuk melalui dugaanNya ini. Dia tau ida dapat laluinya. Sy pun masih ternanti2 rezeki allah yg satu itu. Dan bertanya pada diri sendiri, sekiranya Dia memeberi rezki itu dalam keadaanyang tak terduga, dapatkah sy terima. Insyalah..Allah maha penyayang dan tau kemampuan hambanNya. Alhamdulillah A'aisyah membesar dengan sihat, cergas dan cerdas. Banyak lagi kelebihan A'aisyah yg ida dan suami akan temui nanti semakim dia membesar. Semoga dia menjadi anak yg solehah dan setabah umminya. Insyaallah.... Tahniah ya dah dapat baby.

~ida~ said...

waalaikumsalam..

Terima kasih doakan untuk permata hati kami a`isyah..doakan juga kami terus sabar dan tabah membesarkan amanah yang di beri Allah ni...