Bismillahirahmannirahim..
Assalamualaikum wbt...
waaaa!!! agak lama juga ida tak update blog sendiri...ni bukan sawang lagi tapi dah tertutup habes dengan kayu kayan semak samun...
Aisyah juga sudah pun setahun bergelar kakak....Sibuk....sibuk...dan sibuk sampai tak sempat nak update apa-apa.hehehe biasalah sejak ada media sosial yang bermacam-macam dan lagi pantas membuatkan ida menjeguk blog sekali sekala..
Alhamdulilah ida pun dah dapat berpindah sekolah dari jauh ke dekat dengan rumah.Alhamdulilah , tak perlu nak travel jauh pagi2 .. Al penting ....dapat luang masa bersama family .Suamilah orang yang paling gembira bila dapat permohonan pertukaran ida berjaya.Masih mengajar dalam satu daerah juga.
2 hari sebelum ida memulakan tugas di tempat baru, mak ida di serang strok sebelah badan.Seribu hikmah bila dapat berpindah sekolah,dapat menjaga dan menjeguk mak tak kira masa.Allahuuu...
rindu nak tengok mak sihat macam dulu..Moga Allah sihatkan mak cepat....
Alhamdulilah usia kakak aisyah pun bakal masuk 3 tahun tak lama lagi, adik amna pun dah masuk 1 tahun, ida kadang-kadang macam tak sempat nak kejar si adik yang cepat sangat belajar sesuatu perkara.. Selama ni sebelum ada adik amna ada,rumah kami simpatlah juga berkemas, sebab kakak aisyah tak mampu nak capai benda- benda yang berada di tempat yang tinggi.berlainan dengan adik amna,yang dapat mencapai dan memanjat sana sini..... tak menang tangan ummi dan abi dia...rumah dah macam kapal pecah. kemas sekejap, sepah balik...ummi dia lipat baju adik amna punggah balik...macamnilah gayanya bila anak kecik kat rumah...adik....adik..
aishh banyak pula ida nak citer..maklumlah lama tak update.hehe
dah setakat ni je dulu...ada masa kita update lagi....
Wassalamualaikum
Ummu aisyah
~AnuGEraH~
.::nikmat itu kekadang tidak di sedari,hanya apabila ia hilang barulah manusia benar-benar merasa::.
Wednesday, June 17, 2015
Tuesday, January 14, 2014
Pembuka 2014
Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulilah masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernafas lagi di tahun baru 2014. Pejam celik pejam celik makin meningkat usia kita, kalau 10 tahun dulu masih lagi bergelar pelajar sekolah, tapi sekarang sudah pun bergelar isteri , ibu dan juga pendidik. Pantas betul masa berlalu . Teringat zaman sekolah menjadi budak yang nakal dan malas baca buku , dah di leter barulah terhegeh-hegeh nak buka buka. Dulu di leteri tapi sekarang meleteri..hehe nasiblah anak-anak didikku..
Alhamdulilah usia anakanda A`isyah Hanna sudah pun menginjak ke 1 tahun 6 bulan . Pantasnya anakanda membesar . A`isyah dah semakin manja dengan ummi dan abi,sangat sensitif, sangat pandai merajuk ... Ummi dan abi dah pening.. Siang dan malam adalah sama bagi anakanda , sepanjang siang anak tidur dan sepanjang malam jugalah anak berjaga . Ummi dan abi dah biasa , turutkan sahaja .... Kalau malam-malam aisyah tertidur atau senyap ummi akan pelik , sebab dah menjadi kebiasaan anakanda berjaga sambil bising memanggil ajak bermain......
Aisyah masih macam dulu juga , bersendiri di dunianya, ramah dengan orang dengan cara tersendiri walaupun tidak dapat melihat dan mendengar.. Hari-hari ummi dan abi hantar aisyah berurut saraf dan fisio dengan seorang makcik , alhamdulilah anak ada perubahan sikit demi sedikit walaupun tidak banyak.Moga aisyah cepat sihat dan kuat boleh menguruskan diri sendiri jika ummi dan abi pergi menghadap illahi suatu hari.
Aisyah kuat makan macam ummi dan abi tapi bezanya badan aisyah semakin kurus dan susut. Ummi dan abi semakin berkembang dengan jayanya. Aisyah dah tak tembam macam dulu, muka pun da kecik kata nenek aisyah , tapi lasaknya aisyah sampai ummi pun kadang-kadang kalah..Aisyah anak solehah , senang di jaga , tak banyak ragam bila di tinggalkan dengan orang . Cuma sekarang aisyah lebih garang berbanding dulu. Aisyah sensitif dengan keadaan di sekeliling . Paling suka kalau naik kereta , terus "happy "tunjuk gigi yang banyak tu.. Kalau nanggis boleh terus diam , jika tidur aisyah akan bangun,sampaikan dalam kereta pun bau aisyah..oh anak!
Ummi paling suka tengok anakanda tidur, tenangnya wajah aisyah Ya Allah. Mata aisyah tertutup setiap masa hanya yang membezakanya hanya tidur dan tidak sahaja.
Satu hari sedang anakanda bermain-main di rumah nenek , abang aqiel datang dekat dengan aisyah(sepupu merangkap abang sesusuan aisyah).umur 4 tahun,buat pertama kalinya abg aqiel bertanya " eh,mana mata aisyah? " , semua orang sekeliling terdiam memikirkan jawapan yang perlu di beri pada abang aqiel. Ummi yang ada duduk di sebelah aisyah terus menjawab " mata adik aisyah ada di syurga"... Abang aqiel nampak macam tak faham tapi berpuas hati. InsyaAllah satu hari nanti abang aqiel akan faham. Ummi pun tak tahu dari mana ummi dapat kekuatan untuk menjawab pertanyaan abang aqiel.Tapi Ummi yakin Allah ada tolong ummi.
Alhamdulilah di hari jadi ummi ke 27 bulan Disember lepas , ummi dan abi juga menyambut ulangtahun perkahwinan kami ke 3 (2010-2013) bersama-sama anakanda aisyah hanna bertiga. Rasa sangat bersyukur dan berterima kasih sangat kepada Allah kerana masih memanjangkan usia perkahwinan kami. Ummi tak sangka Allah akan hadiahkan Abu Aisyah untuk menjadi imam ummi dan abi kepada aisyah. Bila ingat kembali detik-detik perkenalan dengan Abu aisyah rasa macam tak percaya. Kenal sekejap ,tunang dan terus kahwin. Masa tu memang target ummi nak berumahtangga pada tahun 2010 walaupun masih tiada calon dan siapa sudi.Mungkin Allah dengar doa ummi dan dengan iziNya di pertemukan jodoh dengan Abu Aisyah melalui perantaran sahabat.Allah hebat..Moga rumahtangga yang di bina sentiasa di hiasi dengan mawadah wa rahmah. InsyaAllah
Dalam bulan Januari ini juga Abu Aisyah menyambut hari lahir yang ke -29 pada 11/1 , alhamdulilah Allah masih panjangkan umur dan memberi nikmat kesihatan yang baik buat Abu Aisyah.
" Untuk Abu Ayush yang di sayangi"
.............Selamat hari lahir ke 29 , Moga Allah memberkati setiap pekerjaan dan langkah abi walau di mana juga abi berada. Semoga Allah panjangkan umur abi dan di berikan kesihatan , ketabahan , kesabaran yang tinggi untuk terus menjadi imam pada ummi dan menjaga,mendidik Aisyah Hanna serta adik-adik sebaik mungkin..Moga Rasulullah menjadi ikutan kita semua.
Moga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur kepadaNya.
Ummu A`isyah
Rumahku Syurgaku
12 Rabiul`awal 1435
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulilah masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernafas lagi di tahun baru 2014. Pejam celik pejam celik makin meningkat usia kita, kalau 10 tahun dulu masih lagi bergelar pelajar sekolah, tapi sekarang sudah pun bergelar isteri , ibu dan juga pendidik. Pantas betul masa berlalu . Teringat zaman sekolah menjadi budak yang nakal dan malas baca buku , dah di leter barulah terhegeh-hegeh nak buka buka. Dulu di leteri tapi sekarang meleteri..hehe nasiblah anak-anak didikku..
Alhamdulilah usia anakanda A`isyah Hanna sudah pun menginjak ke 1 tahun 6 bulan . Pantasnya anakanda membesar . A`isyah dah semakin manja dengan ummi dan abi,sangat sensitif, sangat pandai merajuk ... Ummi dan abi dah pening.. Siang dan malam adalah sama bagi anakanda , sepanjang siang anak tidur dan sepanjang malam jugalah anak berjaga . Ummi dan abi dah biasa , turutkan sahaja .... Kalau malam-malam aisyah tertidur atau senyap ummi akan pelik , sebab dah menjadi kebiasaan anakanda berjaga sambil bising memanggil ajak bermain......
Aisyah masih macam dulu juga , bersendiri di dunianya, ramah dengan orang dengan cara tersendiri walaupun tidak dapat melihat dan mendengar.. Hari-hari ummi dan abi hantar aisyah berurut saraf dan fisio dengan seorang makcik , alhamdulilah anak ada perubahan sikit demi sedikit walaupun tidak banyak.Moga aisyah cepat sihat dan kuat boleh menguruskan diri sendiri jika ummi dan abi pergi menghadap illahi suatu hari.
Aisyah kuat makan macam ummi dan abi tapi bezanya badan aisyah semakin kurus dan susut. Ummi dan abi semakin berkembang dengan jayanya. Aisyah dah tak tembam macam dulu, muka pun da kecik kata nenek aisyah , tapi lasaknya aisyah sampai ummi pun kadang-kadang kalah..Aisyah anak solehah , senang di jaga , tak banyak ragam bila di tinggalkan dengan orang . Cuma sekarang aisyah lebih garang berbanding dulu. Aisyah sensitif dengan keadaan di sekeliling . Paling suka kalau naik kereta , terus "happy "
Ummi paling suka tengok anakanda tidur, tenangnya wajah aisyah Ya Allah. Mata aisyah tertutup setiap masa hanya yang membezakanya hanya tidur dan tidak sahaja.
buat muke comel.. |
ntahlah....buat apa bawah meja |
lasak... |
air madu feveret aisyah |
berzikir bawah sofa |
uu...uuu..uuuu |
aisyah asah gigi. |
Satu hari sedang anakanda bermain-main di rumah nenek , abang aqiel datang dekat dengan aisyah(sepupu merangkap abang sesusuan aisyah).umur 4 tahun,buat pertama kalinya abg aqiel bertanya " eh,mana mata aisyah? " , semua orang sekeliling terdiam memikirkan jawapan yang perlu di beri pada abang aqiel. Ummi yang ada duduk di sebelah aisyah terus menjawab " mata adik aisyah ada di syurga"... Abang aqiel nampak macam tak faham tapi berpuas hati. InsyaAllah satu hari nanti abang aqiel akan faham. Ummi pun tak tahu dari mana ummi dapat kekuatan untuk menjawab pertanyaan abang aqiel.Tapi Ummi yakin Allah ada tolong ummi.
Alhamdulilah di hari jadi ummi ke 27 bulan Disember lepas , ummi dan abi juga menyambut ulangtahun perkahwinan kami ke 3 (2010-2013) bersama-sama anakanda aisyah hanna bertiga. Rasa sangat bersyukur dan berterima kasih sangat kepada Allah kerana masih memanjangkan usia perkahwinan kami. Ummi tak sangka Allah akan hadiahkan Abu Aisyah untuk menjadi imam ummi dan abi kepada aisyah. Bila ingat kembali detik-detik perkenalan dengan Abu aisyah rasa macam tak percaya. Kenal sekejap ,tunang dan terus kahwin. Masa tu memang target ummi nak berumahtangga pada tahun 2010 walaupun masih tiada calon dan siapa sudi.Mungkin Allah dengar doa ummi dan dengan iziNya di pertemukan jodoh dengan Abu Aisyah melalui perantaran sahabat.Allah hebat..Moga rumahtangga yang di bina sentiasa di hiasi dengan mawadah wa rahmah. InsyaAllah
Dalam bulan Januari ini juga Abu Aisyah menyambut hari lahir yang ke -29 pada 11/1 , alhamdulilah Allah masih panjangkan umur dan memberi nikmat kesihatan yang baik buat Abu Aisyah.
" Untuk Abu Ayush yang di sayangi"
.............Selamat hari lahir ke 29 , Moga Allah memberkati setiap pekerjaan dan langkah abi walau di mana juga abi berada. Semoga Allah panjangkan umur abi dan di berikan kesihatan , ketabahan , kesabaran yang tinggi untuk terus menjadi imam pada ummi dan menjaga,mendidik Aisyah Hanna serta adik-adik sebaik mungkin..Moga Rasulullah menjadi ikutan kita semua.
Moga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur kepadaNya.
Ummu A`isyah
Rumahku Syurgaku
12 Rabiul`awal 1435
Subscribe to:
Posts (Atom)