Monday, August 31, 2009

cukur @mencabut bulu kening..??

Bismillahirahmanirahim
salamualaikum wbt..

salam ramadhan buat semua...moga ramadhan kali ini amat 2 memberi arti buat kita.masih ada peluang lagi untuk kita memperbaiki tingkatan amalan kita semua.moga madrasah ramadhan ni tidak kita sia-siakan tanpa mengisinya sebaik-baiknya..Allah terimalah kami...

sambil2 tunggu nak berasahur ni sempat lagi meng"update" blog yang tak seberapa..
masa duk saja2 tadi terlintas sekali lagi kat fikiran ni,kenapa ramai sangat "warga arab" kat sini yang menipiskan dan mencukur bulu kening.dah lama da ida dduk perati jer..leh kata dekat hampir 90% perempuan arab kat sini buat camtu.lawa apa kalo diorg tak cukup,lagi sweet dengan muka arabnya.ida amik contoh biah yang paling dekat dengan ida..contohnya di jamiah ida sendiri.rata2 susah nak cari dak perempuan arab yg tak cukur kening.penah juga ida bertanya dengan rumate arab yang lama dulu.
kenapa suka cukur kening?dia jawab,sebab nak suh nampak cantik dan kemas.ida bertanya lagi tahu tak apa hukum mencukur bulu kening?dia jawab tahu,hukumnya haram.....siap bagi dalil lagi,pandai tol die...
eh,tahu plak haram...pastu die senyum jer.ingat ke lepas pada saat tu dia dah tak mo cukur kening....
.........sekali........
die panggil member2 die datang lepak kat bilik untuk memulakan operasi mencukur bulu kening.
menjerit2 cam kene histeria..tahu plak sakit.menyiksakan diri jer,tu sebablah Allah larang cukur bulu kening..isk2..
yang penting kita dah tegur apa yang patut,satu keistimewaan arab ni yang ida suka,kita leh tegur diaorang secara direct.tak ambil hati pon.bagi diorang bila tegur lagi baik dari duk simpan dalam hati...

sambung lagi...

kadang2 tu bukan pompuan jer,ada juga sebilang lelaki arab kat sini trim bulu kening...aduhhh...ade jugaakkkk...isk2..tapi tak heran la,kebanyakkan kedai gunting rambut lelaki kat sini sediakan khidmat men"trim"bulu kening..(ape punya ayat..)... macam dah jadi satu adat plak mencukur @mencabut bulu kning kat sini.huhuhu.....
kalo omak den dah lamo kono parang..hehehe

jum baca...

Oleh: Professor Madya Dr Anisah Abdul Ghani

KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali. Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini. Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah. Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadith yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah RA mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya. Aisyah RA menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”Hadith kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.”Mengenai hadith pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantikMengenai hadith kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah. Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadith kedua.Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.

*Penulis (Professor Madya Dr Anisah Abdul Ghani) adalah Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

amacam?dah jelas terang2an haram...
moga kita semua tergolong dalam golongan hamba yang mentaati perintahNya..amenn...
ok sampai sini dlu...nak pie bersahur pulak..:D..jum...nyum2..mesia dah siang,xleh makan..nanti terbatal pose..tgok aje xpe.. hehe
sayang semua!!

3.48am jordan

tata
wassalam.

2 comments:

Nusaybah Jr. said...

rindu giler kat kak dah...

~ida~ said...

hehe jangan la gile lagi....hehe
rindu too