Thursday, October 29, 2009

demam perantau!

Bismillahirahmanirahim
salamualaikum wbt..

Alhamdulilah harini suhu badan dah beransur kurang,2 hari terbaring atas katil lantaran ketidak sehatan..hehe,bangun pon hanya untuk solat sahaja.Nak study apatah lagi,tak mampu nak buka buku.Ntah tak tahulah macamana boleh demam ni,kurang rehat ke,atau peralihan musim ke,kene hujan ke...al muhim masa dalam kelas 2 hari lepas ida dah rasa macam tak bez da masatu,mula dari pagi batuk sikit2 jer,penghujung kelas terakhir dah mula kerap batuk.huk2...tapi masih gagahkan diri juga nak pergi balad,tk sangka bila sampai jer hostel terus jer rasa cam lain.Cam biasalah ida akan tidur lepas isyak,kol 12 lebih bangun badan rase sejuk sangat,"hirom" yang 8 kg ni tak mampu nak hilangkan sejuk tu,ida tambah lagi dengan "toto" 2 kg.. pon sama juga tak dapat nak hilangkan sejuk..

pusing ke kiri tak kena,pusing kanan tak kena,badan tetap sejuk,hujung-hujung jari kaki ida macam nak tercabut,tak sedar bila masa air mata mengalir...ida mesti kuat!itu yang terlintas kat fikiran masatu,waaa pada masa yang sama teringat pula kat mak tersayang,tapi tak mo kol,takut mak risau.akhirnya duk diam2 dalam selimut..sedar2 dah nak subuh,bangun dan terus solat,gagahkan diri juga cari ubat..akhirnya jumpa juga panadol 4 biji dalam beg laptop.alhamdulilah masuk jam 7 pg tu dah rasa berpeluh..dalam ati tu riang jer...yea2 !! da sehat....
ku sangka panas panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..tak sangka badan kembali panas,dek kerana tak tertahan ida terpaksa mintak tolong kawan belikan ubat,sambil2 menunggu tu musyrifah lalu,die tgok ida cam tak sehat terus check suhu badan,tengah lembik2 landing tu bunyi cam ambulans datang..eno..eno..eno..hehe

Tak pasal2 dapat naik ambulans,terus pegi spital,bez juga ek dapat naik ambulans..hehe,nak bercakap dah x mampu,jadi cakap dalam hati jer la.selama ni asyik teman orang jer naik ambulans,kali ni diri sendiri yang naik ambulans...tak sedar apa,tengok2 dah sampai spital..lali jer rasa,yang terasa bila kena cocok,cakitt ooo!....ida tak bercakap dengan doktor yang rawat tu,semua musyrifah yang uruskan..sedar2 jer dah balik,terus tido..bangun tido tengok ada ubat kaler merah,kaler hijau...apa2 lagi la...

Alhamdulilah pagi ni bangun rasa cam segar sikit,sempat masak bubur untuk diri sendiri,badan da kurang panas,tapi masih batuk dan selsema.InsyaAllah mampu untuk bertapak untuk ke skola.....hihi.

Tak bez langsung cerita harini kan,hihi tapi nak tulis juga sebab kenangan "demam di perantauan",kalau duk kat malaysia kan mak ade,ni dah berjauhan semuanya kena buat sendiri....

ayokk da nak exam,2 madah minggu depan...moga tak demam lagi..chaiyyok..!
oh ya kat sini (h1n1) dah mula merebak,doakan moga kami semua selamat dari wabak tu..ameennn....

ok masa untuk pegi skola...jum2

sayang semua!

wasalam

No comments: