salamualaikum wbt...
Salam eiduladhah al-Mubarak buat semua muslimin dan muslimat di muka bumi Allah.Dan buat para hujaj,moga antum mendapat haji yang mabrur,insyaAllah.
Alhamdulilah sudah masuk 5 kali ida beraya di perantauan (eiduladhah+eidulfitri),baru 5 kali ..hehe,orang lain lagi dah banyak kali (ye ke??)mudahan-mudahan,tahun akan datang ida dapatla beraya dengan family tercinta pula,ameenn.....
Tak tahu nak cerita apa harini,tapi nak menaip juga cam biasa,maklumlah jamiah cuti,takkan nak pie skola sengsorang plak.Boringla pula kalau tak pie skola,tapi kalo pie skola pulak rasa nak cepat2 cuti...lalalala~~
Berdebar.....
Makin pantas masa berlalu,dah nak masuk bulan disember dan tak lama lagi awal muharam....
Berdebar ida rasakan sebab tak lama lagi semester ni nak berakhir,insyaAllah final exam bermula pada 10 januari ,tapi ida dah mula da exam dari sekarang bagi madah tilawah&hifz,tu yang berdebar sangat ni,ni adalah fasal penentu...hati dah rasa nak balik sangat,tapi takmo fikir sangat pasal balik ni,selagi tak bertebuk hawiyah jamiah(kad matrik),selagi tu lah ida tak leh katakan ida akan balik.Apapun pada Allah kita bermohon moga di permudahkan segala urusan..
Apa yang ada di hadapan sekarang tu lah yang kita kena hadapi dahulu.Sekarang dalam fatrah imtihan sani,dah mula kembali sibuk balik cam biasa.. kelas,study,ngapal...dan macam2 lagi....
mujahadah melawan kesejukkan syita`,kemalasan....kemengantukkan mata....kecepatan kelaparan.... hehe...macam2 lagi...
Apapun tak saba menanti salji turun...waaa.....moga2 tahun ni ada peluang bermain salji lagi buat kali terakhir..amennn..
Berdebar lagi....
berdebar yang satu lagi ni bila masuk disember ialah ulang tahun kelahiran ida...Bedebar sebab angka umur makin bertambah..hihi...berdebar tau,makin hari makin dekat dengan mati.....
bab ni ida tak mo tulis banyak2,sebab mesti semua orang dah tahu menda yang realiti ni,yang tak dapat di nafikan atau mengikarkan.Moga Allah panjangkan umur ida,agar di beri peluang untuk terus berkhidmat dengan orang tua ida...amenn
kat sini ida nak kongsi lagu dari Yasin,bila di hayati lirik lagunya sangat menyentuh hati,seorang hamba yang mencari cinta abadi dariNya,seorang hamba yang meluahkan rasa cintanya pada yg Esa,...itu pada padangan ida,tapi terpulang pada orang lain untuk menafsirkan maksud di sebalik lagu ni...
Rindu PadaMu
Artist: yasin
Tiada sehari yang berlalu
Artist: yasin
Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakanKasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna
Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu
Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi
Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu
Jika seluruh cinta tu dapat di berikan sepenuhnya pada pemilik cinta,pada tiada yang kecewa dan berputus asa.Tapi siapa kita untuk di gelarkan ma`sum,melainkan utusanNYA.Tiada juga manusia takkan lari dari melakukan kesilapan.Dan tiada juga manusia akan lepas dari di Uji,kerana tu adalah cara Allah menunjukkan sayangNya dan perhatianNya dia pada hambaNya..
Fitrah manusia yang kadang kala sukar menerima segala ketentuan bila berputus harapan dari sesamanya, jalan yang paling adalah kita perlu tanamkan keyakinan tu padaNya kerana kasih sayang Allah itu tidak pernah putus.HambaNya sahaja yang selalu melupai pencipta kasih sayang ini..... terima kasih Allah kerana mengurniakan kami nikmat Islam...
hihihihi.....jiwangnyaa....(sambil cuba memerahkan muka walaupun tak merah2) ntah apa2 lah merapu kerapu harini..,tapi wat tak tahu je la,ni blog peribadi ida,jadi boleh la ida tulis apa-apa je kan.. cuma kalau yang terlampau privacy je ida takkan share kat sini.Jadi terpulang pada sapa2 je nak baca , taknak baca pon tak pe. tak perlu memberatkan fikiran anda..
hihihihi.....jiwangnyaa....(sambil cuba memerahkan muka walaupun tak merah2) ntah apa2 lah merapu kerapu harini..,tapi wat tak tahu je la,ni blog peribadi ida,jadi boleh la ida tulis apa-apa je kan.. cuma kalau yang terlampau privacy je ida takkan share kat sini.Jadi terpulang pada sapa2 je nak baca , taknak baca pon tak pe. tak perlu memberatkan fikiran anda..
Rasanya cukup sampai sini dlu ida merapu untuk harini.....moga kebahagian menjadi milik kita semua...
sayang semua!
wassalam.
No comments:
Post a Comment